Kata-kata yang cukup indah dan cukup berinspirasi. Demikian antara komen netizen apabila Bonda kepada Dato’ Seri Aliff Syukri memuat naik satu nukilan menerusi laman instagramnya.
Bodan Rozita yang sememangnya orang lama yang penuh dengan pengalaman memuat naik nukilan yang cukup puitis dan mendalam maksudnya. Jika diamati dengan mendalam , ia sebenarnya adalah satu nasihat dan teguran kepada anak muda di luar sana.
Ini antara bait-bait nukilan tersebut:
Selagi ada nyawa, jangan keterlaluan melayani perkara dunia dan emosi .
Menurut Bonda, ramai orang mendapat tekanan mental kerana terlalu leka dan fokus kepada masalah dunia dan dirinya
Dalam masa yang sama tidak bijak mengagih rasa, mengurung rasa yang akhirnya membunuh jiwanya sendiri.
Selain berkongsi bab penjagaan kesihatan secara tradisional serta resipi sihat, Bonda juga rajin memuat naik kata-kata nasihat buat semua di laman instagramnya.
Antaranya petikan ini:
Selain itu, Bonda juga ada berkongsi kisah dirinya sendiri yang tidak suka bermewah-mewah dan lebih bersikap sederhana dalam segala hal.
Sumber: IG bondarozitaibrahim