Kata-kata yang cukup indah dan cukup berinspirasi. Demikian antara komen netizen apabila Bonda kepada Dato’ Seri Aliff Syukri memuat naik satu nukilan menerusi laman instagramnya.
Bodan Rozita yang sememangnya orang lama yang penuh dengan pengalaman memuat naik nukilan yang cukup puitis dan mendalam maksudnya. Jika diamati dengan mendalam , ia sebenarnya adalah satu nasihat dan teguran kepada anak muda di luar sana.
Ini antara bait-bait nukilan tersebut:
Selagi ada nyawa, jangan keterlaluan melayani perkara dunia dan emosi .
Menurut Bonda, ramai orang mendapat tekanan mental kerana terlalu leka dan fokus kepada masalah dunia dan dirinya
Dalam masa yang sama tidak bijak mengagih rasa, mengurung rasa yang akhirnya membunuh jiwanya sendiri.
Selain berkongsi bab penjagaan kesihatan secara tradisional serta resipi sihat, Bonda juga rajin memuat naik kata-kata nasihat buat semua di laman instagramnya.
Pernah dengar kan tentang kamera yang disembunyikan oleh pihak tidak bertanggungjawab sama ada dalam bilik hotel mahupun tandas awam.
Jadi, kalau anda yang nak pergi bercuti tu, apa kata baca terlebih dahulu tips penting yang dikongsikan ini. Supaya anda tidak menjadi mangsa oleh ‘mata-mata’ yang ada di dalam bilik hotel.
Justeru, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memeriksa hotel atau tempat penginapan selepas anda check-in.
Terdapat lLma tips yang boleh membantu anda Untuk mencari sekiranya terdapat kamera tersembunyi di dalam bilik seperti yang dikongsikan oleh Arin di akaun Twitter miliknya.
Pernah tak korang check in dekat hotel ataupun airbnb, then rasa macam ada orang perati? Ataupun rasa macam tak sedap hati je?
Kena alert dan perhati barang barang yang ada dalam bilik tu. Sebagai contoh, penggera asap, celah susunan buku ataupun majalah, bawah meja makan, rak TV, dekat aircond, gambar kat dinding, mentol lampu, penapis air, hanger baju & seumpama dengannya lah.
Perhati benda yang berwayar ataupun berlampu. Kalau nampak adapter ataupun suis yang macam seram, cabut je wayar ataupun off je suis tu terus. Yang selalu ada kes camera tersembunyi ni dekat hanger, jam, pengecas USB, flash disk & mentol lampu. Seram!
1. GUNA MATA KASAR
Korang kena alert & perhati barang barang yang ada dalam bilik tu.
Macam penggera asap, celah susunan buku ataupun majalah, bawah meja makan, rak TV, dekat aircond, gambar kat dinding, mentol lampu, penapis air, hanger baju & seumpama dengannya lah
Kalau lepas check in, dengar elok elok takut ada bunyi something! Sebab sesetengah camera dia kadang ada bunyi macam ‘buzz’, tapi slow je & dia boleh record benda yang gerak kat sekeliling.
2. BUNYI MAIN PERANAN
Kalau lepas je korang check in tu, dengar elok elok takut ada bunyi something!
Sebab sesetengah camera dia kadang ada bunyi macam ‘buzz’, tapi slow je & dia boleh record benda yang gerak kat sekeliling.
Ni ramai tak tahu ni: – off semua lampu dan biar bilik tu gelap – bukak camera phone dan halakan dekat tempat yang anda rasa seram tu sambil tengok dekat screen phone – kalau nampak macam lampu berkelip kat phone tu, maybe tu sinaran infra merah camera.
Mostly camera memang ada sinaran infra merah untuk record dan tengok dalam gelap. Sinaran infra merah tu memang takleh tengok dengan mata kasar, boleh tengok guna camera phone je!
3. GUNA CAMERA PHONE
Ni ramai tak tahu ni:
– off semua lampu & biar bilik tu gelap
– bukak camera phone & halakan dekat tempat yang korang rasa seram tu sambil tengok dekat screen phone
– kalau nampak macam lampu berkelip kat phone tu, maybe tu sinaran infra merah camera
Selain jeruk cili padi, ada juga antara kita gemarkan rasa jeruk cili hijau untuk dimakan bersama bihun goreng mahu pun cukup popular untuk melengkapkan lagi sajian cha kiew tiaw yang dijamah. Rasa jeruk cili yang pedas-pedas manis, masam dan menyengat serta ditambah keranggupan rasa ketika mengunyah cili jeruk menjadikan ianya cukup sempurnan.
Untuk itu, mungkin ada yang tercari-cari cara dan bagaimana untuk menyediakan cili jeruk yang enak dan ranggup. Dan bertuahnya, resipi tersebut banyak di kongsikan oleh rakan kita di media sosial dan tanpa lokek berkong tip dan petua bagi menghasilkan cili jeruk yang terbaik.
Ini sebagaimana perkongsian Nurul Nadia di akaun fbnya. Jom semak.
“Saya nak share cara saya buat cili jeruk…Biasa kalau ada tempahan mee goreng atau mee kari,saya akan sertakan cili jeruk ni sekali..Alhamdulillah setakat hari ni tak mengecewakan & mendapat pujian..Cili jeruk yang biasa saya buat,boleh tahan berbulan-bulan dan masih rangup tau…”–Nurul
Bahan-bahan:
Cili hijau (ambil yang segar/keras)
Gula
Garam
Cuka
cara buat :
LANGKAH PERTAMA: Pastikan cili hijau kering. Kalau lepas basuh dan tak larat nak tunggu lama,lap pakai tisu, yang penting kering.
LANGKAH KEDUA : Bila dah kering,potong ikut suke ye. Nak cantik, pakai pisau yg betul2 tajam. Lepas dah siap potong. Buang biji-bijinya.
LANGKAH KE TIGA : Masukkan dalam botol kaca, kalau botol lain saya tak jamin fresh. Masukkan 2 sudu gula dan 2 camca kecik garam..dalam kes saya ni,saya bubuh 5/6 cili,buh gula dan garam,kemudian bubuh lagi balance cili (sebenarnya sbb tak nk bagi gula dan garam tumpah. Kemudian masukkan cuka sehinga 2/3 botol…takyah buh penuh cukanya,nanti susah nak ceduk..membazir pun ado).
LANGKAH KE EMPAT : Dah siap,tutupkan botol kaca tu,tunggang terbalikkan botol untuk sebatikan garam, gula dan cuka.
AKHIRNYA : Siap,esok dah boleh makan. InsyaAllah tahan lama dan rangup.
Tips: Botol dan cili perlu dipastikan betul-betul kering. Kalau tak ,cili jeruk akan cepat diselaputi lapisan putih (kulat).
sumber : Nurul Nadia Dan Azhar Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Telur dadar dimakan dengan nasi putih dan kicap sahaja pun sudah mampu membuka selera.Bahan asas bagi membuat telur dadar juga cukup mudah iaitu telur ayam, garam, bawang merah dan cili merah/hijau.
Namun begitu, seringkali juga telur dadar yang dihasilkan kelihatan leper, tidak cantik dan berminyak-minyak. Sebenarnya, ada beberapa kaedah dan tip yang boleh dicuba untuk memastikan telur dadar kelihatan gebu,lembut dan sedap bagaikan didalam iklan di kaca tv. Antaranya:
1.Tambah Mayonis
Tambah satu sudu besar Mayonis didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut dan bertambah enak.
2.Pukul telur dengan lebih lama
Pecahkan beberapa biji telur kemudian pukul telur dengan lama sehingga kembang, kemudian barulah dimasukkan apa sahaja bahan yang digemari.
3.Tapis telur yang telah dipukul
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul telur sehingga menjadi kembang. Setelah itu tapiskan telur tadi untuk menapis buih-buih yang ada pada telur. Selepas itu barulah dimasukkan bahan-bahan yang lain.
4.Masukan sedikit air
Pecahkan telur di dalam mangkuk dan masukkan sedikit air. Kemudian pukul hingga kembang dan goreng.
5.Tambah perahan limau nipis
Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan perahan limau nipis, pukul seketika sehingga kembang. Tunggu minyak betul- betul panas, kemudian tuangkan telur dari jarak yang agak tinggi, seperti kaedah membuat teh tarik, kemudian kecilkan api dan tunggu sehingga masak sebelum terbalikkannya. Hasilnya telur dadar akan kelihatan lebih gebu dan sedap.
6.Tambahkan serbuk penaik
Boleh juga menambahkan sedikit serbuk penaik didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut, cantik dan bertambah enak.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...