Red Flag Tanda Aras Anak Ada Masalah, Mak Ayah Bantu Perkembangan Anak Cepat-Cepat!

Share

Ketika kita membesarkan anak, kita perlu berilmu dan sentiasa peka dengan perkembangan anak. Semuanya kerana bimbang anak lewat perkembangannya atau tidak mengikut carta perkembangan atau mildstone yang tepat dan sesuai dengan usia anak.

Menurut perkongsian Dr Harith Ismail, mak ayah seharusnya lebih peka kepada empat komponen penting dalam perkembangan anak dari bayi lagi. Semua ini dapat membantu perkembangan anak yang sihat.


Pastinya perkembangan anak-anak amat penting dan kita boleh simpulkan perkembangan anak ini ada empat komponen utama iaitu perkembangan kasar, perkembangan halus, percakapan dan sosial.

Bila kita ceria mengenai perkembangan secara total kita kena faham perkembangan kasar adalah berkaitan pergerakan, berjalan, berlari, melompat dan perkembangan halus pula bagaimana mereka menggerakkan pergerakan tangan mereka.

Dalam pertuturan kita ada dua komponen penting iaitu pemahaman dan pertuturan. Bagaimana perkataan yang mereka keluarkan dan bagaimana mereka gabungakan perkataan ini.

Begitu juga dengan pemahaman, bagaimana mereka memahai arahan ibu ayah dan mereka faham warna dan arahan spesifik.

Sosial pula bagaimana tingkahlaku mereka dan bagaimana mereka berkomunikasi dan bergaul dengan rakan-rakan dan orang lain disekeliling. Semua ini adalah carta yang perlu anak-anak kuasai untuk membesar.

Red flag tanda aras anak ada masalah
Red flag adalah sangat penting kerana ia petanda awal sebelum kita berjumpa dengan doktor.

Pertama sekali untuk kanak-kanak 18 bulan, mereka mesti sudah boleh berjalan. Jika tidak kita mesti berjumpa doktor untuk mengenal pasti masalah anak ini.

Pada usia ini juga, kanak-kanak akan mula bertutur perkataan bermakna seperti susu, mama, papa dan perkataan biasa mereka guna. Malah sudah boleh menggabungkan dua perkataan dengan baik dan jelas.

Apa mak ayah perlu lakukan?
Aktiviti dalam dan luar adalah aktiviti yang sangat-sangat penting untuk bayi dan kanak-kanak yang sedang berkembang.

Saya bagi satu contoh paling mudah, kalau dalam rumah ambil bola dan beri pada anak untuk anak sepak bola itu semula.

Nampak mudah tapi menerusi sebiji bola itu, anak akan mula mengeluarkan perkataan dan mula ada eye contact yang baik dengan mak ayah.

Kita boleh juga boleh buat aktiviti mewarna untuk tingkatkan perkembangan halus anak dan paling penting jangan sekat anak untuk berinteraksi dengan orang lain. Biar anak tahu dan belajar apa yang ada di luar rumah mereka.

Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club