Recycle Makanan Berkulat Tempah Bahaya Buat Keluarga. Sila Takenote, Pesan Dr Ni!

Share

Ada orang sayang sangat hendak buang makanan hinggakan sanggup recycle berkali-kali makanan tersebut dengan beranggapan masih boleh dimakan.

Pun begitu, mungkin ia terlupa makanan juga ada tempoh hadnya dan bila jangkamasa terlalu lama, pasti akan rosak.  Bahkan jika tetap juga dimakan ianya akan menjadi penyebab bahaya buat diri dan keluarga sendiri. Apatah lagi jika makanan itu telah berkulat!

Ini sebagaimana perkongsian ilmu daripada Dr. Aida Azmi Official. Semoga bermanfaat.

RECYCLE MAKANAN BERKULAT?

Kulat adalah sejenis fungus seperti cendawan.Ia mempunyai akar yang boleh bercambah, yang dipanggil hyphae dan tidak dapat kita lihat.

Apabila mold mula membiak, ia sebenarnya menyebarkan bahagian yang boleh direproduksi (reproductive) yang dipanggil “sprorangium”.

Sporangium ini menyebarkan berpuluh-puluh ribu spora yang tidak dapat dilihat.

Jadi, apabila sesuatu makanan itu berkulat, sporanya terawang-awang dalam bekas makanan tersebut.

Ada yang berkata, boleh je makan kulat ni. Ada je “kulat baik” dalam yang ada dalam molded cheese atau pun yang digunakan sebagai antibiotic (penicillin).

Ya, ada kulat baik. Tapi bagaimana kita membezakan samada kulat itu kulat baik atau sebaliknya. Mengambil risiko untuk memakan makanan yang telah berkulat, walau hanya pada permukaannya (kulat memang membiak di permukaan kerana ia memerlukan oksigen untuk membiak) adalah satu perjudian!

Beberapa contoh kulat yang mengakibatkan keracunan makanan adalah seperti Alternaria, Aspergillus, Botrytis, Cladosporium, Fusarium, Geotrichum, Monilia, Manoscus, Mortierella, Mucor, Neurospora, Oidium, Oosproa, Penicillium, Rhizopus and Thamnidium.

Kulat Cladosporium boleh mengaibatkan alergi tetapi tidak berbahaya, sementara kulat Penicillium crutosum boleh menghasilkan toksin berbahaya iaitu Mycotoxin.

Mycotoxin banyak ditemui dalam bijirin, kekacang dan juga makanan lain seperti celery, jus anggur, apple dan beberapa jenis tumbuhan lagi. FAO menganggarkan sebanyak 25% food crop (hasil pertanian) dicemari dengan mycotoxin.

Suhu yang tinggi tidak dapat membunuh MYCOTOXIN yang telah terbentuk dalam makanan yang tercemar dengan kulat.

Sebab itu membasuh dan memasak semula dodol yang telah berkulat adalah a BIG NO-NO. Saya amat terkejut membaca perkongsian netizen dalam satu group berkenaan apa yang perlu dilakukan sekiranya dodol didapati berkulat.

Ya Allah, mengucap panjang saya! Janganlah nanti ada kluster keracunan makanan akibat dodol pula.

Mungkin ada yang berkata, “elok je, xde pun kes orang mati lepas makan dodol berkulat tu”.

Jawapan saya, Alhamdulillah jika tiada. Tapi bagaimana jika benar-benar terjadi keracunan? Harus diingat bahawa tahap imuniti setiap manusia adalah berbeza. Kanak-kanak, golongan tua dan juga ibu mengandung biasanya amat terdedah kepada risiko seperti ini.

Keracunan ini boleh menyebabkan sesak nafas, alergik dan cirit-birit serta muntah. Dan untuk kes yang serius, boleh menyebabkan kematian.

Jadi, sebelum berlaku perkara yang lebih teruk, baiklah dielakkan.

Gambar dodol berkulat ini pula adalah dodol yang baru beberapa hari dibeli oleh ayah saya sebelum raya. Jarang dodol berkulat, kan? Tahukah anda apa sebabnya dodol berkulat?

Dodol mengandungi kadar gula yang tinggi yang dapat menjadi salah satu pengawet semulajadi. Ada kemungkinan dodol ini kurang manis (kurang daripada 60 Brix)

Keduanya, mungkin ia tidak cukup dimasak dan menyebabkan kandungan air dan aktiviti airnya tinggi (Kandungan air dan aktiviti air adalah berbeza – ramai yang salah faham – insyaAllah nanti saya akan ulas perbezaan antara kedua-duanya). Kandungan air dan aktiviti air yang tinggi ini menyebabkan kulat mudah membiak.

Faktor penyimpanan – makanan yang telah dibuka pembungkusnya harus ditutup dengan sempurna dan di simpan di dalam peti sejuk jika mahu memanjangkan jangka hayatnya. Namun, dodol tidak sesuai disimpan di dalam peti ais kerana ini akan menyebabkan ia ter-retrogradasi dan menyebabkan ia hilang kekeyalan dan menjadi keras.

Faktor kebersihan – kebersihan pembuatan dodol juga perlu diambil kira. Jika dodol dimasak dan dibungkus dalam keadaan yang kurang kondusif (tempat yang kotor, tiada pengudaraan yang baik) maka kulat mudah hidup di permukaan dodol tersebut.

So apa yang perlu dibuat dengan dodol berkulat ni? USFDA menyarankan agar makanan yang berasaskan bijirin (tepung) yang berkulat ini agar dibuang kerana dikhuatiri ia juga terkontaminasi dengan bakteria lain yang turut membiak bersama-sama kulat tersebut.Dengan ilmu, kita dapat mengelakkan keracunan makanan.

Sumber : Dr. Aida Azmi Official.