
Perahan jus limau kasturi bukan sahaja penambah keenakan rasa hidangan sup, mee goreng dan sebagainya malah jika dibuat air minuman terasa begitu menyegarkan. Pun begitu, keistimewaan limau kasturi dalam perawatan tradisional juga tidak dinafikan banyak digunakan.
Dan salah satunya adalah diamalkan minum air rebusan limau kasturi untuk mengawal kandungan gula dalam darah bagi pesakit diabetes. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh June Junaidah dan bolehlah dicuba untuk melihat keserasian pada tubuh badan anda.
Sekurang-kurangnya cara ini sebagai satu alternatif yang boleh diamalkan dan dalam masa yang sama tetap mengikut saranan doktor bagi memastikan paras gula dalam darah berada di tahap yang stabil.
Untuk itu, jom ketahui langkah-langkah penyediaan air rebusan limau kasturi ini. Jom semak.
PETUA BAIK UNTUK PESAKIT DIABETES
Assalamualaikum..disini sis nk bgi sikit petua untuk kita kurangkan penyakit seperti kencing manis dan seangkatan dengan nye..cuba la..inshallah..
Bahan-bahan yang diperlukan :
Buah limau kasturi 15 biji dan air 1 liter
Cara penyediaan:
- Direbus sampai mendidih
2. Biarkan sejuk dan kemudian diblend air dan limau tu sekali smpai hancur
3. Kemudian campurkan secubit garam
4. Tapiskan, ambil airnya sahaja
5. Masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk
Ekstra Info : Minum satu gelas setiap pagi selepas sarapan dan malam sebelum tidor..inshallah..boleh mengawal penyakit ..
Sumber : June Junaidah Via Pesan Bonda
Kanser Ovari, Keputihan Yang Berair Antara Tanda-Tandanya. Rawat Sebelum Terlambat!

Apabila dimaklumkan penyanyi dan penghibur serba boleh, Kak Adibah Noor meninggal dunia akibat penyakit kanser ovari tahap 4, sungguh berita ini cukup mengejutkan kita semua.Bersama kita doakan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Salam takziah dari Majalah Keluarga untuk seluruh keluarga.
Menyentuh tentang kanser ovari, mungkin sebelum ini ada antara kita tidak ambil tahu berkenaan penyakit pembunuh senyap ini. Apatah lagi difahamkan pesakit tidak menunjukkan tanda-tanda yang spesifik dan akan hanya nampak dalam tempuh yang agak lama hingga sedar-sedar sudah di tahap serius.
TANDA AWAL KANSER SERVIK
Kanser ovari atau kanser rahim sering dikaitkan sebagai pembunuh senyap. Menurut Pakar Ginekologi Onkologi Hospital Serdang Dr Andi Anggeriana Andi Asri, kanser rahim adalah salah satu kanser yang mampu dikesan seawal tahap satu. Malah bagi individu yang berusia di bawah 30 tahun, rawatan susulan mampu memberikan tahap penyembuhan pada kadar yang cepat serta tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan rahim.
“Walaupun di Malaysia kanser rahim berlaku seawal usia 26 tahun, ia tidak berbahaya selagi pesakit mengetahui perubahan diri mereka dan mendapatkan rawatan awal. Semakin awal mereka mendapatkan rawatan, peratusan untuk pulih sepenuhnya sangat cerah,” katanya.
Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin atau kandungan. Organ ini berbentuk buah pear dan terdiri daripada bahagian badan (uterine body) dan bahagian pangkal rahim (serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim dipanggil istmus.
“Apabila disebut kanser rahim, ia merujuk kepada kanser yang terjadi atau berasal daripada bahagian badan rahim. Ada dua bahagian utama badan rahim iaitu selaput dinding rahim ataupun endometrium dan dinding rahim yang terdiri daripada tiga lapisan otot dan stroma,” jelasnya.
Dalam bidang perubatan, terdapat tiga jenis kanser rahim iaitu selaput dinding rahim dinamakan kanser endometrium, kanser yang berasal daripada otot dinding rahim iaitu liomiosarkoma (Leiomyosarcoma) dan kanser yang berasal daripada kedua-dua komponen selaput dan dinding rahim dinamakan karsinosarkoma.
Bagaimana tanda-tanda seseorang mendapat “KANSER OVARI”??
1) PENDARAHAN SELEPAS MENOPAUS
2) HAID TIDAK TERATUR & BANYAK
3) PERUT TIDAK SELESA
4) MUDAH LETIH
5) KERAP MEMBUANG AIR KECIL
6) SAKIT SEAKAN SENGGUGUT
7) PERUBAHAN BERAT BADAN SECARA DRASTIK
Sekiranya anda ada mengalami simptom-simptom di atas, dapatkanlah nasihat doktor. Semak semula sekiranya tedapat ahli keluarga terdekat ada yang menghidap kanser ovari.
Namun begitu, jangan terlalu panik jika anda menghadapi gejala-gejala di atas. Ada beberapa lagi penyakit yang menyerupai tanda kanser rahim seperti PCOS atau fibroid. Ujian saringan awal boleh dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.
Sumber :
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan. Public health
Baca artikel menarik : “Kami Syak Kematian Bukan Sebab Kemalangan…”-Keluarga Arwah Faziani Mahu Siasat Semula!
Baca ini juga : Jadikan ‘Air Teh’ Daripada Bahan Ni, Dr Kata Mujarab Hilangkan Batuk Berkahak!
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Perut Rasa Kenyang Je Kalau Makan Ni. Taklah Mulut Tu Asyik Nak Mengunyah, Jadi Berat Badan Pun Boleh Maintain!

Usaha untuk turunkan berat badan tak akan berhasil kalau mulut ini asyik hendak mengunyah makanan dek kerana perut mudah sangat terasa lapar.
Oleh itu, tahukah anda ada jenis-jenis makanan tertentu yang dapat memberi rasa kenyang lebih lama dan sesuai sangat untuk dijadikan pilihan makanan bagi ibu-ibu yang ingin berdiet.
Nak tahu apakah makanan tersebut, jom Kita baca perkongsian daripada seorang doktor ini.
ADA KE MAKANAN KURANGKAN LAPAR?
Ini soalan yang bermain dalam otak ramai orang. Makanan apa yang kurangkan rasa lapar. Makan dan rasa kenyangnya lama.
Jadi dah tak rasa nak mengudap atau berjajan lagi. Saya kongsikan 3 makanan yang beri kesan kenyang lama.
1. Kacang cerdik atau pistachio. Jumlah 43 biji. Kajian oleh In U.S. Agricultural Research Service. Tambah cerdik bila makan bukan seperti pendapat kata makan 7 biji kismis jadi cerdik.
Walaupun kecil pistachio kaya dengan fiber. Fiber inilah beri kesan rasa kenyang yang lama. Lebih menarik lagi pistachios ini kaya dengan vitamin B6.
Vitamin B6 ini stabilkan gula dalam darah. B6 juga penting untuk pembentukan hemoglobin darah – yang kerjanya oksigen dalam sel darah merah.
2. Minyak Zaitun. Campurkan dalam makanan yang telah siap dimasak. Bukan masak minyak zaitun.
Kajian dari Technische Universität München (TUM) dan the University of Vienna dapati kesan rasa kenyang atau satiety berlaku apabila neurohormon serotonin juga meningkat di dalam darah. Serotonin adalah hormon yang jaga kestabilan mood, selera, memori dan aktiviti seksual.
Menurut pengkaji rahsianya terletak pada dua jenis bau atau aroma minyak zaitun iaitu Hexanal and E2-Hexanal.
3. Avocado. Ni lah pemenang pertama. Avocado kaya denga lemak sihat dan fiber. Dua anugerah utama sebabkan hormon lapar ghrelin menurun dan malu untuk naik dalam jangka masa panjang.
Lebih menarik lagi avocado sebabkan dua peptide rasa kenyang naik iaitu peptide GLP-1 dan PYY. Detail kajian ini ada dalam Faseb Journal tahun 2017.
Dalam kajian lain yang lebih terkini dan terNow di jurnal Nutrients (2019) pula dapati peserta kajian yang obes hanya rasa lapar selepas 6 jam mengambil avocado.
Ketiga makanan ini antara 3 pemenang awal. Ada lagi makanan lain yang bantu beri rasa kenyang. 3 ini lebih hebat lagi.
Oh ya. Satu perkara hebat tentang avocado. Makan avocado boleh hilang perut mengandung abam abam. Hakak hakak nak badan lentik pun boleh cuba. Kurus secara natural tanpa lapar.
Sumber : DrRizal Abu Bakar
Setiap Kali Bangun Tidur, Akan Rasa Sakit Kaki. Cuba Petua Ni Untuk Hilangkannya!

“Aduh!… Kenapalah dengan tumit kaki aku ni? Setiap kali bangun daripada tidur, nak berjalan mulalah rasa sakit dan ngeri. Bila waktu lain, ok pulak? Kenapa ya, ada masalah serius ke dengan kaki aku ni….?”
Mungkin ini antara keluhan yang sering diucapkan tiap kali berdepan dengan masalah tumit kaki terasa sakit bila bangun daripada tidur. Sebenarnya jika ia jarang terjadi pada anda, mungkin rasa sakit tersebut berlaku bila mana di waktu siangnya anda melakukan aktiviti berat, atau kebarangkalian semasa tidur kaki anda tertindih, atau mungkin juga posisi tidur yang salah menjadi sebab anda rasakan demikian. Ini normal kaki anda akan rasa sakit bila bangun daripada tidur.
Namun, bila mana rasa sakit kaki tersebut dirasai SETIAP kali bangun daripada tidur. Sewajarnya anda perlu ambil serius, segera dapatkan rawatan doktor!
Penyebab kepada rasa sakit ini adalah apabila berlaku radang pada bahagian plantar fascia mengikut bahasa perubatannya. Lazimnya plantar fascia kebanyakan dialami oleh mereka yang berusia antara 40-60 tahun. Pun begitu tidak mustahil bagi sesiapa pun terkena di usia di usia muda jika tidak menjaga kesihatan kaki dengan baik.
[su_highlight background=”#d2cdcf” color=”#da2835″] Cara Atasi[/su_highlight]
Ada beberapa cara atau kaedah untuk menyembuhkan rasa sakit tersebut. Salah satunya adalah dengan mengamalkan rawatan secara tradisional dengan menggunakan bawang bakar.
Amalan ini telah dipraktikkan oleh Siti Raudzah dan apa yang menarik perhatian, setelah tiga hari mengamalkan cara ini Siti Raudzah merasai perubahannya. Menurutnya, “Dah 3 hari saya amalkan makan 3 biji bawang putih bakar ni setiap pagi sebelum sarapan. Masalah sakit kaki bila bangun tidur yang saya hidapi dah ok sekarang. Kalau tak, sebelum ni nak pijak lantai bila bangun tidur memang sakit. Kena jalan slow-slow dulu baru ok. Tapi sekarang bangun je, terus boleh jalan laju.”
“Petua ni ada sorang kakak bagi tahu saya. Dah dekat 1 tahun dia amalkan. Badannya pun saya tengok cantik. Perut pun kempis je. Segala angin dalam badan dapat diatasi. Kebaikannya untuk seluruh badan.”
[su_highlight background=”#c3c9b2″ color=”#da2835″]Cara-caranya:[/su_highlight]
1. Ambil 3 ulas bawang putih
2. Bakar dengan kulit sekali dalam 3 minit dengan api yang kecil.
3. Selepas itu makan terus isinya saja.
[su_highlight background=”#b9d8dc” color=”#da2835″]7 Ekstra Khasiat Bawang Putih[/su_highlight]
Bawang putih juga cukup terkenal mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan kecantikan.
- Melancarkan pencernaan
- Sumber stamina
- Mencegah dan mengubati selesema
- Mengubati sakit gigi
- Anti penuaan
- Menghilangkan bekas selulit
- Menurunkan berat badan
Kredit: Siti Raudzah via MAHN