Rebus Nangka Sebiji-sebiji, Barulah Getah Tak Melekat Di Pisau & Isi Putih Bersih!

Share

Siapa yang pernah potong buah nangka muda untuk dijadikan gulai lemak memang tahulah bagaimana leceh dan susahnya bila getah nangka melekat pada pisau dan tangan. Nak bungkan kulitnya bukan senang dan ini menjadikan kita tidak selesa malah ada yang merungut bila nak buat gulai nangka.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

Tapi rupanya kalau kita rebus nangka tersebut sebiji dengan kulitnya sekali adalah cara paling mudah untuk pastikan tiada lagi masalah berdepan dengan getah nangka untuk menyediakan hidangan gulai lemak nangka yang enak dan lazat.

Ini sebagaimana petua yang dikongsikan oleh Puan Zizah Mizie  dan bolehlah dijadikan rujukan.

“Rebus sebijik nangka untuk  buang getah. Dapat petua ni dalam group mahn ni jugak, memang betul menjadi, getah tak melekat pun pada pisau. Saya rebus dalam tempuh 1 jam. Terima kasih pada yang berkongsi petua semoga pahala sentiasa mengalir untuk awak,’ ujarnya. 

Lain orang lain caranya ikut keselesaan masing-masing siapa yang nak follow silakan.

“Cara saya ni rebus sampai empuk, selepas itu buang kulit dan tak perlu nak rebus lagi, terus lebur jer dengan bahan dan santan,” jelasnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN : Sup Ikan Elok Je Tak Hancur Isinya. Ada Petua Memasaknya!

LAGI ARTIKEL MENARIK : Karipap Nak Kekal Rangup Dari Pagi Sampai Ke Petang, Sebelum Ibu Masak Ikut Petua Ni!

Ini Resepi & bahan gulai nangka cara saya

Bahan-bahan:

Cili padi

Serai

Kunyit

Santan

Nangka

Kiub ikan bilis

Ikan bilis

 

Cara Buat :

1.Tumbuk cili padi, kunyit hidup dan serai.

 

2.Masukkan nangka yang telah direbus tadi serta bahan0bahan tumbuk  dan santan.

 

3.Dah letak atas dapur baru teringat nak masukkan ikan bilis dan kuib bilis.

 

  1. Biarkan mendidih, siap!

Selamat  mencuba.

Sumber : Zizah Mizie

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club