Rebus Kacang Kuda Tak Perlu Tunggu Berjam-jam, Masak Dalam Periuk Nasi & Masukkan Satu Bahan Ni Cepat Je Empuknya!

Share

Kacang kuda ini kalau direbus memang sedap dimakan sebagai kudap-kudapan, sekejap sahaja kita boleh makan habis tanpa sedar. Rasanya yang lembut dan empuk bila digigit memang menyelerakan.

Tapi bab merebusnya memang tidak dinafikan memakan masa yang lama, berjam-jam. Itu yang kadang-kadang terbantut niat untuk merebus kacang kuda, dan kita sanggup tunggu untuk beli di pasar malam sahaja.

Tapi tahukah anda, sebenarnya ada cara mudah dan cepat hendak rebus kacang kuda ini. Menurut Ani Zam, tak sampai 30 minit pun sebenarnya.

Teruja untuk ketahuinya?

Jom baca perkongsian penuhnya di sini.

Selamat hari minggu, ini kali ke 2 rebus kacang kuda. Cepat di masak, empuk dan cantik kejadiannya dari masak kali pertama bulan ogos haritu. Saya dpt petua dari group masak juga ..mula2 rebus aritu kemain lambat , Satu jam setengah baru empuk..lps dpt petua ni dlm setengah jam dah empuk.

Cara-caranya:

  1. Rendam setengah kilo kacang kuda semalaman ,

2. Kemudian paginya cuci bersih, toskan

3. Masukkan ke dalam rice cooker, tambahkan air tapis hingga melepasi aras kacang.

Photo by MChe Lee on Unsplash

4. On kan suis…kalau tak on kang tak masak pulak kacang kudanya

5. Masukkan setengah sudu teh serbuk bikarbonat of soda ( untuk mempercepatkan kacang empuk )

 

6. Bila telah mendidih masukkan garam gula dan serbuk kunyit

7. Masak hingga kacang empuk. Bila kacang telah empuk Offkan suis periuk.

8. Angkat periuk dan tuang kacang ke dalam tapisan. Sedia untuk dinikmati

Perkongsian ini mendapat perhatian warganet yang dikongsikan di salah satu group masakan di fb dan ramai juga memberi komen berkongsi cara dan tip untuk merebus  kacang kuda agar cepat dimasak dan empuk rasanya.

Ini antaranya seperti komen daripada Salinah Jamingan : “Cara saya pulak cuci kacang kuda rebus bersama gula dan garam hingga mendidih selama 15 minit matikan api biar 2/ 3 jam nanti dia kembang dan lembut . Nak buat minum petang buat sebelah pagi”

Komen Zalina Ali pula, “Arwah apak dlu pstu rebus tu tumis ngn cabai kerin ngn daun kari pulak suka sgt die”

Tulis Norhayathi Abdul Kader pula, “Kita wat cam lain ..dapat petua dari orang juga .basuh kacang rendam gn soda baikabornat semalaman..esok basuh bersih terus rebus masukn sedikit garam dn gula..kacang tu jadi kembang dn lembut..in shaa allah..sama2 ler kita mempraktikkan.”

Sumber : Ani Zam 

 

 

ARTIKEL MENARIK:Walau Dah Buat Bisnes Tapi Gagal Juga Nak Menyimpan, Wanita Ni Kongsi Solusinya!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!

Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.

Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club