Menikmati jagung rebus memang enak, apatah lagi bila digigit terasa manis, lemak dan rangup isinya.

Namun perasan tak, kadang-kadang jagung yang kita rebus tidak berasa dan menyebabkan tidak enak dimakan.

Sebenarnya ada cara dan tip yang perlu dilakukan untuk pastikan jagung yang direbus enak rasanya. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh saudara Salman.

Ini perkongsiannya.

Abam dah cuba ikut tips rebus jagung yang dishare dalam group ni hari tu, memang betul sedap rebus jagung cara tu. Nah abam copy paste balik tip tu, minta izin ya tuan tanah.

Ads

TIP-TIP MEREBUS JAGUNG:

* Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda.
Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.

Ads

Rebus Jagung Nak Lagi Sedap Rasanya, Ikut Cara Ni!
* Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.

Rebus Jagung Nak Lagi Sedap Rasanya, Ikut Cara Ni!
* Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.

Ads

Cara merebus
* Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dalam keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.

Rebus Jagung Nak Lagi Sedap Rasanya, Ikut Cara Ni!
* Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.
* Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.

sumber : Salman Rahim Via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI