Usahawan dan juga hos, Neelofa berkongsi foto kamar anak lelakinya, Muhammad Bilal membuatkan ramai teruja.
Isteri kepada pelakon dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz itu turut berkongsi akan pulang ke rumah pada ruangan di Insta Story.
Sebelum itu, Datin Noorkartini Noor Mohamed Yang juga ibu Neelofa memuatnaik beberapa sajian berpantang seperti lauk pauk yang diperap dan bubur nasi yang disediakan untuk anaknya dalam pantang.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Sememangnya sejak awal lagi rata-rata peminat tidak sabar dan teruja. Malah meluahkan tidak sabar melihat wajah anak sulung pasangan ini.
“Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”.
[Riwayat al-Bukhari (6307)]
Itu level Rasulullah SAW. Seorang yang maksum. Seorang yang tak melakukan dosa. Seorang yang dijamin masuk syurga. Pun masih beristighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT.
Level kita mesti la kena istighfar lebih banyak. Sebab kita tak terlepas dari melakukan dosa. Ada yang kecil, ada yang besar. Ada yang sengaja, ada yang tak sengaja.
Kita pun boleh contohi Rasulullah SAW. Kita mesti memperbanyakkan istighfar. Paling kurang 70 kali dalam sehari.
So, saya nak share tips macamana kita semua boleh beristighfar lebih daripada 70 sehari macam Rasulullah SAW.
-Selesai solat Subuh – 14 kali.
-Selesai solat Zohor – 14 kali.
-Selesai solat Asar – 14 kali.
– Selesai solat Maghrib – 14 kali.
– Selesai solat Isyak – 14 kali
Semuanya berjumlah 70 kali.
Macamana nak bagi lebih daripada 70 kali macam Rasulullah SAW?
Ambil la peluang selain daripada waktu solat tadi untuk tambah sendiri supaya jadi lebih daripada 70 kali.
InsyaAllah kita dah berjaya mengamalkan antara sunnah Rasulullah SAW yang paling mudah.
Salam Jumaat buat semua teman atas talian.
Perbanyakkan istighfar di hari yang mulia lagi berkat. Semoga hidup kita mendapat keredhaan dan juga rahmat.
Semalam, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi khabar duka tentang pemergian abang sulungnya, Mohd Attaful Uzair bin Arshad ke negeri abadi dalam sebuah entri di Instagram miliknya.
Hari ini, turut memuat naik perkongsian di platform yang sama, ibu Uyaina turut berkongsi peribadi anak sulungnya itu di akaun Instagram miliknya.
“Pedih, perit, luluh, remuk hati Ummi atas pemergian Uzair.. Namun Ummi tetap bersyukur untuk 35tahun ini Uzair sudah menjadi anak Ummi yang sangat baik. Anak yang sedari kecil sudah menggalas tugas sebagai ketua keluarga dengan baik, anak yang sentiasa menjaga nama baik keluarga, yang menjadi penyejuk hati Ummi, kebanggaan Ummi, anak yang sentiasa sangat menjaga solat dari zaman kanak2 lagi, yang selalu ajak solat berjemaah, yang sentiasa rajin ke masjid/surau, yang tidak meninggalkan Al-Quran dan solat2 sunat, yang sentiasa sangat beraklak mulia, yang sentiasa pemurah, yang sentiasa baik dengan insan insan lain, yang sentiasa menunjukkan contoh tauladan dan nasihat yang baik2 pada adik2 dan Ummi..
“Selagi Ummi hidup akan Ummi terus kasihi dan sayangi Tini, Haura dan Hanessa sepenuh hati Ummi.. Pergilah Uzair kembali pada Ilahi.. Ummi redha seredhanya.. Ummi ampunkan segalanya.. Ummi halalkan semuanya.. Semoga Syurga terindah tempatmu duhai permata hati sulungku, Mohd Attaful Uzair bin Arshad..” kongsinya.
Terdahulu dalam perkongsian Uyaina, dia sempat meluahkan kata mengenai abang sulung kesayangannya itu yang meninggal dunia sama usia dengan arwah bapanya.
“Pulangnya abang sulungku ke negeri abadi.. Bertemu Sang Pencipta. Orang baik selalu pergi dulu. Dia tersangat baik. Terlalu baik. Anak yang baik. Abang yang baik. Suami yang baik. Ayah yang baik.
“Lepas arwah Baba meninggal, dia jadi ketua keluarga. Dari kecik lagi dia dah set contoh yang baik untuk kami adik2. Dia masuk asrama. Kami semua nak masuk asrama. Dia berjaya dalam pelajaran. Kami semua nak berjaya dalam pelajaran. Dia sentiasa dahulukan Ummi. Kami adik2 berebut nak berbakti untuk Ummi.
“Dia baik. Dia pemurah. Dia penyayang. Baru je semalam kami berjumpa. Makan sama2. Bersembang macam2. Gelak sama2. Macam2 juga dia pesan.. Dia risaukan adiknya nak bersalin. Rupa-rupanya dia yang pergi dulu. Rasa tak percaya dia dah tak ada. Terlalu awal dia pergi.. Sama usia dengan arwah Baba sewaktu dia meninggal dunia.” tulisnya.
Lebih menyentuh hati, pemergian abang sulungnya itu jatuh pada hari jadi ibunya sendiri yang melahirkannya.
“Rasa terlalu perit dan sakit nak diungkap dengan kata2.. Kehilangan seorang insan yang terlalu baik. Kehilangan darah daging yang terlalu kami sayang..Hari ini, 19 Ogos adalah hari jadi Ummi.. Lama dia plan nak sambut birthday Ummi.. Akhirnya, hari lahir Ummi diiringi dengan pemergian anak sulungnya.. Allahuakbar..
“Abangku Uzair, Semoga syurga menantimu. Minta kalian semua hadiahkan Al-Fatihah buat Mohd Attaful Uzair bin Arshad.. Doakan juga kesejahteraan & kekuatan buat isteri & anak2nya.” tambah Uyaina.
Dalam pada itu, isteri kepada abang sulung Uyaina juga memuat naik entri tentang peribadi suaminya dan dia reda dengan pemergian suami kesayangannya.
“Ya Allah, aku redha atas ketentuanMu. Pergilah hubby menemui Sang Pencipta yg Mulia. Sayang bersaksi sesungguhnya hubby seorang suami, ayah, anak dan hambaNya yg sangat baik. Pergilah hubby.. Sesungguhnya Allah tempat kita kembali.
“Jika arwah suami saya ada berhutang dgn sesiapa, blh hubungi saya. Maafkan salah silap dia ya. Allahu hubby, belum 24jam hubby pergi sayang dah rindu sgt sgt.. Rasa mcm hubby oncall sahaja malam td dan akan balik rumah kejap lagi. InsyaAllah sayang akan jaga anak-anak kita dengan sepenuh jiwa dan nyawa sayang. Semoga kita disatukan semula di syurga nanti🤲” tulisnya.
Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Piai, Kuala Selangor selepas Zuhur semalam. Takziah dari kami team Majalah Keluarga.
Allahuakbar, Kanak-Kanak Maut Terjatuh Dari Kerusi Bayi
Sayu hati apabila mendapat berita mengenai kanak-kanak maut di Johor akibat terjatuh dari kerusi bayi di restoran.
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari kerusi bayi (baby chair) di sebuah restoran dekat Taman Sutera di sini, petang semalam.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Dalam kejadian jam 3 petang itu, kanak-kanak itu dikatakan sedang makan bersama keluarganya di restoran sebelum terjatuh menyebabkan kepalanya terhentak di lantai.
siasatan awal mendapati, ketika makan, kanak-kanak itu menolak meja menggunakan kakinya menyebabkan kerusi bayi yang didudukinya terjatuh.
“Ketika sedang makan, kanak-kanak berkenaan bertindak luar kawalan dengan menolak meja menggunakan kakinya hingga menyebabkan kerusi bayi terjatuh dan kepalanya terhentak di lantai.
“Dia kemudian menangis dengan kuat sebelum pengsan, Bapa kanak-kanak itu kemudian membawanya ke sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas,”