
Untuk mengekalkan jantung yang sihat, pastinya kita perlu tahu cara yang betul dan mudah untuk menjaga kesihatan jantung.
Terbaharu muat naik Instagram pelakon, Norman Hakim beliau berkongsi mengenai kesihatan jantungnya setelah melakukan pemeriksaan di Institut Jantung Negara.
Rutin ‘medical checkup’ 2 kali dalam setahun dengan my cousin sebelah ayah Dato Sri Dr.Azhari Rosman di #IJNprivate @ijnmalaysia .Reading’ ada lari sikit but still under control.
Dalam pada itu, beliau juga menasihati supaya peminat kekal menjaga kesihatan seawal usia 20 an.
Doc cerita, ‘lifestyle’ hari ni terutama dari segi pemakanan mmg betul2 kena jaga.Seawal usia 25 tahun dah kena start atleast buat blood test dulu utk diagnos kalau ada apa2 penyakit, tak kisah samada nak buat kat mana2 hospital kerajaan atau swasta.
Selalu orang akan start buat medical checkup ni bila umur masuk 40 tahun.ltu kalau gaya hidup 10 tahun lepas still boleh digunapakai la benchmark umur 40 tahun ni Apa2 pun sekadar share ni utk peringatan bersama.Pencegahan lebih baik dari rawatan kawan2.
Sumber: normanhakim_786
Ini Sebabnya Kenapa Sesi ‘Bedtime stories’ Waktu Terbaik Untuk Nasihati Anak. Ibu-Ibu Kena Baca Ni!

‘Bedtime story’ merupakan sesi ibu bapa membaca buku cerita atau berkongsi kisah-kisah menarik mahupun kisah tauladan kepada anak-anak sebelum mereka tidur. Sesi ini penting dan menjadi lebih bermakna kerana ia melibatkan hubungan emosi diantara anak-anak dan ibu bapa.Jalinan erat dan kualiti masa bermasa anak-anak pasti dapat dimanfaatkan ketika sesi bedtime stories ini.
Namun, jika tidak pernah lakukan ‘Bedtime stories’ dengan anak-anak,baik mulakannya dari sekarang.Ini kerana waktu masuk ke bilik tidur adalah waktu minda kita mula relaks berbanding waktu lain. Begitu jugalah pada anak. Suasana bilik yang samar-samar serta pengudaraan yang selesa akan membuatkan emosi anak-anak juga lebih tenang. Gelombang otak pula berada pada gelombang Alpha yang lebih baik untuk saranan positif dalam menasihati anak-anak.
Menerusi perkongsian Asrulnizam Abas, beliau berkongsi perkara yang Ibu Bapa boleh lakukan ketika sesi ‘Bedtime stories’ ini.
1.Bercerita
Berceritakan kisah pendek yang kurang dari 10 minit. Sebab biasanya kita masuk bilik pun tak terus tidur. 10 hingga 15 minit juga baru boleh lena. Ceritakan sahaja kisah rasul, kisah nabi asalkan ada value positif yang diterapkan. Sebenarnya bukan cerita yang nak disampaikan, tapi nilai dari cerita.
Di hujung sebelum tidur, berikan penerapan kepada nilai diri supaya anak-anak faham tentang konklusi kepada apa jua cerita dan ilmu yang kita cuba terapkan. Lepas ending cerita, terus baca doa tidur bersama mereka. Peluk dan cium mereka dengan ikhlas.
2.Ajarkan doa
Doa yang mula-mula lekat pada minda anak saya adalah doa tidur walaupun ada banyak doa lain saya ajarkan. Kenapa begitu? Seperti yang saya bagitau, waktu tersebut lebih fokus dan bertenang jadi mereka lebih cepat ingat. Ajarkan juga doa lain bila anak anda dah pandai doa tidur. Jika 1 bulan satu doa, satu tahun dah 12 doa. Banyak tu.
3.Questionaire
Yang ni adalah yang selalu saya buat. Sebab kekadang rasa kekok nak bercerita, jadi saya suka sharing berkaitan sains atau maklumat waktu nak tidur. Contoh; “Man, tahu tak kenapa telinga gajah sangat besar?” So anak-anak akan mula menjawab. Jika salah biarkan sahaja. Kemudian saya akan terangkan jawapan supaya mereka faham.
4.Rasionalkan situasi
Biasanya satu hari kita akan ada marah-marah pada anak kita. Percayalah, ini selalu kita buat. Dan selalu ya waktu marah kita sendiri tak rasional dan tak boleh jelaskan kepada mereka dengan baik. Jadi, waktu ini adalah waktu paling sesuai untuk rasionalkan situasi negatif yang berlaku pada hari tersebut.
Yang penting, 10 minit, tetapkan value. Buat ulangkali.
Semoga bermanfaat
Sumber Facebook: Asrulnizam Abas
“Mujur Masuk Mulut…” Pejam Mata Sambil Makan Gelagat Anak Tomok Mencuit Hati Warganet.

Apabila bulan puasa, waktu mencabar buat ibu bapa adalah waktu ketika bersahur untuk menyediakan menu yang menyelerakan buah ahli keluarga.
Paling mencabar sudah pastinya membangunkan anak-anak kecil untuk bersahur. Bahkan ada anak makan sambil pejam mata. Pelbagai ragam anak-anak yang pastinya membuatkan ibu ayah geram dan tak kurang juga mencuit hati.
Begitulah juga situasi dialami penyanyi Tomok yang berkongsi video dimuat naik di laman Instagramnya yang memaparkan gelagat anaknya, Arrian yang makan sambil pejam mata ketika sahur.
“auto pilot” – Tomok
Dalam pada itu, rakan artis turut terhibur dengan gelagat Arrian yang tidak menyedari gelagatnya dirakam.
MOMEN JADI KENANGAN
Sumber: tomokofficial
Isteri Asyik Pakai Baju Dan Tudung Sama, Teguran Deep Kawan, Buat Suami Ini Ubah Sikap.

Perkahwinan adalah permulaan kepada rumah tangga. Ia adalah permulaan kepada suatu perjalanan kehidupan yang baru. Suami dan isteri berkongsi sebuah kehidupan dalam membentuk keluarga yang harmoni.
Dalam tempoh itu menuju bahagia, sebenarnya pasangan akan mengharungi hidup onak duri dalam rumah tangga.
Begitu juga apabila kelahiran cahayamata, tentunya ia lebih mencabar termasuk sumber kewangan.
Sudah pasti, pasngan suami isteri akan memastikan ekonomi keluarga stabil agar anak-anak dapat membesar cukup keperluan.
Begitulah cabaran yang dilalui oleh pasangan ini yang berkongsi suka duka kehidupan kira-kira 10 tahun yang lalu.
Menerusi perkongsiannya di facebook, saudara Akhtar Syamir kehidupannya dulu fokus kepada keperluan yang utama sahaja sehingga alpa untuk membahagiakan isteri.
Sehinggalah suatu hari, teguran rakannya memberi kesedaran kepada dirinya untuk berubah menjadi lebih baik terutama untuk mengembirakan hati isterinya.
Mula menyusun strategi untuk memantapkan ekonomi, hasilnya selepas 10 tahun pasangan ini menjalani kehidupan yang lebih sempurna.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau. Moga ia menjadi motivasi buat pasangan suami isteri lain.
10 tahun yang ‘struggle’
Kami simpan gambar ni dah lama. Gambar ni selalu kami tengok dan gelak bersama-sama. Memang kelakar dan dalam masa yang sama sangat menginsafkan.
Gambar ini menjadi bukti kepada usaha kami untuk berubah ke arah yang lebih baik. Bukan hanya dari segi fizikal, tetapi dari segi emosi juga.
Benar, kami struggle dahulu.
Langsung tak peduli pasal penampilan diri. Fokus kepada minggu depan nak makan apa, pampers cukup ke tidak, pakaian pun tak bertukar. Pakai yang sama je. Nak beli rasa macam membazir sangat.
Sedihnya bila tengok isteri pakai baju dan tudung yang sama je. Saya pun sama. Sampai kawan saya pun ada tegur “ko ni takde baju lain ke?”
Sampai satu tahap kami sedar yang kami nak berubah ke arah yang lebih baik. Saya mula fokus kepada mencari rezeki, isteri fokus kepada memudahkan urusan saya mencari rezeki dan dalam masa yang sama, kami sangat mengambil berat tentang kegembiraan dan emosi kami. Ini benda penting yang kami tertinggal sebelum ini.
Fokus bahagiakan isteri, rezeki makin bertambah
Fokus saya untuk sentiasa gembirakan dia. Fokus dia, untuk sentiasa menggembirakan saya. Saya sentiasa utamakan hati dan perasaan isteri. Sebab saya tahu, apabila dia gembira, dia pasti akan menggembirakan semua.
Kami jadi lebih rapat, kami lebih bertolak ansur. Kami sentiasa berkomunikasi. Jika ada masalah, kami terus selesaikan. Siapa betul dan siapa salah bukan lagi keutamaan. Kami sedar, bukan hanya perlukan duit semata untuk gembira.
Menggembirakan pasangan juga boleh membawa ke arah rezeki yang lebih baik.
Sejak dari itu, semuanya menjadi lebih mudah dan dipermudahkan. Alhamdulillah rezeki kami semakin bertambah. Yang dahulunya hanya jadi angan-angan dan gurauan sewaktu sebelum melelapkan mata, mula menjadi kenyataan.
Syukur Alhamdulillah. Rezeki ramai orang ada dalam rezeki kami. Tanpa apa yang kami lalui, tanpa bantuan ramai orang secara sedar atau tidak sedar, besar kemungkinan kami takkan sampai ke tahap ini.
Terima kasih atas challenge ini. Jika anda sedang melalui proses yang perit itu, kekal positif. Ada sinar di hujung jalan nanti. Gembirakan seramai mungkin orang yang boleh. Mulakan dengan yang paling dekat dengan kita. Pasangan, ibu bapa dan anak-anak. Insya-Allah berkat doa semua, pasti akan dapat membantu. Yang penting, jaga hubungan dengan Allah.
Sumber: Akhtar Syamir