Jika ingin diukur pengorbanan seorang ayah atau ibu, jujur kita katakan mana mungkin seorang anak dapat membalasnya. Telah terlalu banyak bakti dan budi yang dilakukan, semua itu kerana sayang dan tanggungjawab mereka demi membahagiakan kita sebagai anaknya. Apa yang pasti, sedikit pun tidak pernah luak kasih sayang yang diberikan. Begitu tulus dan ikhlas.
Puan Juriah Jalalus Shuti berkongsi pengalamannya dalam memenangi hati ibunya yang telah berusia 75 tahun untuk tinggal bersama-samanya. Matlamatnya satu, bila sebumbung dengan ibunya yang juga merupakan seorang ibu tunggal akan memudahkannya untuk memberi khidmat terbaik untuk ibu tercinta.
“Emak saya memang telah berusia, namun dia tidak sedikit pun menunjukkan keadaannya yang lemah atau sakit. Tambahan pula emak berkali-kali mengatakan bahawa dia boleh buat semua kerja dan dia mampu uruskan dirinya sendiri. Tidak mahu menyusahkan anak-anak katanya.
“Sebagai anak, saya tidak betah membiarkan ibu sendirian. Jadi boleh dikatakan setiap hari usai waktu bekerja saya akan singgah ke rumah mak untuk menjenguknya. Jujur saya katakan, saya lihat mak sihat-sihat sahaja. Jadi setiap kali menjengah ke rumahnya.
Pun begitu saya bercadang untuk jaga mak dan minta agar mak berpindah ke rumah saya. Namun mak berkeras dan tetap bertegas mengatakan boleh jaga diri sendiri dan tidak mahu kehadirannya mengganggu kehidupan anak-anak bila duduk sebumbung.
Ads
“Jadi demi keselesaan mak dan saya akur dengan keputusan yang diambil, lalu saya ambil pembantu rumah untuk cuci rumah mak setiap pagi. Manakala bila balik kerja menjadi rutin harian saya pula untuk singgah melawat mak di samping lakukan kerja mop lantai dan tukarkan kainnya. Hari-hari berulang alik memang penat. Jadi saya terus merayu pada mak untuk berpindah ke rumah saya. Bukan sekali saya usahakan malah hingga setahun lamanya memujuknya,” ujar Ju panjang lebar yang tidak pernah mengenal erti lelah memberikan keprihatinan kepada orang tuanya.
Tunaikan segala syarat
Ads
Proses memujuk bukan sekadar dengan mulut. Malah turut ditunaikan semua syarat dan keinginan ibunya bagi menyelesaikan beberapa masalah yang dijadikan alasan kukuh untuk tidak berpindah.
“Katanya kalau pindah rumah saya, nanti dia tak boleh mengajar mengaji sebab katanya taman perumahan saya tiada orang. Sunyi semua keluar bekerja. Lalu saya carikan beberapa orang jiran untuk menjadi anak murid mak walau pun masa itu mak belum lagi duduk dengan saya. Kiranya saya dapatkan murid mengaji terlebih dahulu untuk mak.
Ads
“Begitu juga katanya, dia tak selesa di rumah saya sebab dapur dekat dengan bilik dan dia tak mahu orang tengok dia selalu keluar masuk bilik air. Jadi saya buat mejor ubah suai rumah mengikut apa yang membuatkan mak saya rasa selesa.
“Saya tambah satu bilik lagi untuk dijadikan ruang mengaji untuk mak mengajar dan saya juga sediakan satu bilik baru untuk mak yang mana dekat dengan tandas dan tidak terlihat daripada dapur.
“Alhamdulillah, setelah semua ini saya lakukan mak akhirnya mahu duduk sekali dengan saya. Bila saya berjaya pujuk itu bermakna semua masalah-masalah sebelum ini yang terjadi di rumah mak kini dibawa ke rumah saya pula. Namun tidak sedikit pun membebankan saya, apa yang saya lebih utamakan adalah kebahagiaan mak. Biarlah mak dengan saya kerana saya mahu lakukan yang terbaik untuk mak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masalah sampah di rumah kita memang menjadi satu masalah besar jika terlambat dibersihkan. Terlambat sampah dibuang, mulalah tong sampah kita dihinggapi ulat sampah.
Geli juga bila terlalu banyak ulat yang kelihatan berdekatan sampah malah ada yang terkeluar hingga kawasan sekitar. Memang sukar untuk dibersihkan. Kita juga yang salah kerana gagal buang sampah setiap hari dan membiarkan kotoran dan sisa makanan ini berhari-hari.
Bagi mengelakkan masalah ini berlaku sebenarnya ada petua yang dikongsikan untuk menghilangkannya malah mengusir ulat ini.
Blog la-abwa.blogspot.my berkongsi petua bagi mengelakkan ulat-ulat ini. Jom ikut petua yang dikongsikan olehnya.
Kakak saya dapat petua elakkan ulat ni secara tak sengaja. Waktu itu ulat-ulat sudah mula merayap hingga atas tong sampah. Kebetulan dia nak buang serdak cengkih, dibuangnya atas ulat-ulat tu. Tak lama lepas tu ,dia ingat nak ambil sheltox untuk sembur pada ulat seperti biasa. Rupa-rupanya ulat yang kena serdak cengkih sudah mati.
Petua 1
bunga cengkih dan tumbuk kasar.
2. Taburkan pada tong sampah dan kawasan sekelilingnya.
3. Biarkan sahaja dan hasilnya ulat akan mati tanpa disembur bahan kimia.
Petua 2
Satu satu cara lagi ialah dengan menggunakan sedikit cecair peluntur baju.
Bancuh 2 penutup cecair peluntur baju dengan air secukupnya.
Kemudian masukkan ke dalam botol semburan (spray bottle).
Selepas sisa kepala ikan dibuang, bungkus dalam plastik dan spraykan semburan tadi ke dalam plastik.
Masalah bau akan hilang, ulat pun tak akan muncul lagi.
Sumber: la-abwa.blogspot.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wanita bertubuh kerdil, Syakila Norazma yang tular sebelum ini di media sosial berkongsi berita gembira selamat melahirkan cahaya mata lelaki.
Berita tersebut dimuatnaik menerusi aplikasi TikTok. Mesra dipanggil wanita Yaya, dia meluahkan rasa syukur apabila proses kelahiran bayi sulung seberat 2.35 kilogram (kg) itu berjalan dengan lancar.
Video berdurasi 17 saat tersebut memaparkan kompilasi foto dan video ‘sweet’ Syakila bersama suaminya Muhammad serta bunyi tangisan anak mereka yang belum didedahkan wajahnya.
Sebelum ini, wanita berusia 28 tahun itu berkata dia terpaksa bersalin sebulan lebih awal secara pembedahan berikutan faktor fizikalnya berketinggian 119 sentimeter dan keadaan bayi yang besar.
Mengulas mengenai kelahiran bayi sulungnya melalui pembedahan, Menurut Yaya ini diisebabkan keadaan bayinya yang agak besar.
“Ramai tanya saya kenapa bedah, bukan normal? Sebab ketinggian tak cukup dan bayi besar berusia 34 minggu dan berat 2.2 kg dah. Nak bersalin normal pun memang tak boleh dengan keadaan fizikal saya,” ujarnya lagi.
kisah Yaya menjadi perhatian netizen apabila menyifatkan suaminya yang berusia 20 tahun itu dipuji kerana tidak memandang rupa paras atau keadaan fizikal wanita berkenaan.
Difahamkan, mereka berkenalan menerusi permainan secara dalam talian selepas beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing.
Sebut sahaja buah kurma memang begitu sinonim dikaitkan dengan bulan puasa. Pun begitu alangkah bagusnya kalau hari-hari biasa juga kita dapat amalkan menjamah buah kurma ini. Memandangkan ia merupakan makanan sunnah dan seperti mana sedia maklum, kaya dengan serat dan dapat memberikan sumber tenaga yang diperlukan oleh tubuh.
Pun begitu, bila menyebut tentang biji kurma mungkin ramai tidak tahu bahawa ia juga punya khasiatnya yang tersendiri jika dijadikan serbuk seperti kopi untuk diminum setiap hari.
Nak tahu bagaimana cara penyediaanya, ini dikongsikan langkah demi langkah yang ditunjukkan AJ Idris untuk manfaat bersama. Jom semak.
Rahsia Biji Kurma
“Korang buat apa je dengan biji kurma? Jangan buang ya. Boleh dibuat kopi yang sedap tau. Kopi Biji Kurma. Sedap dan tentulah camni ha? (Rahsianya, ia bagus untuk perempuan). Guna biji kurma yang elok la ye. Bukan yang bekas korang gigit tu. Tak senonoh pulak..”
Kopi biji kurma + susu. Minum panas sedap, minum sejuk mabeles.(Brew pun boleh, bancuh macam kopi biasa pun boleh)
LANGKAH PENYEDIAAN:
Biji kurma yang dah diperisi, diasingkan isi dan biji. Basuh biji kurma bersih-bersih. Keringkan sekejap.
2. Sangai dengan api perlahan. Kacau-kacau selalu supaya tak hangit. Kalau hangit tak sedap. Sangai sampai warna bertukar jadi hitam macam biji kopi. Masa ni bau wangi aroma kopi ya ampun…
3. Dah bertukar warna hitam, cepat-cepat tumbuk bagi jadi serbuk. Tumbuk dalam keadaan biji kurma masih panas lebih mudah hancur. Kalau nak blend pun boleh, lagi halus teksturnya nanti. Tapi saya suka tekstur yang tak berapa halus macam ni.
4. Simpan dalam bekas kedap udara. Kalau rajin letaklah label “Kopi Biji Kurma Buatan Sendiri”. Saya tak berapa rajin hewhewhew…