Tak semua orang mampu, tapi bila ada hati yang ikhlas namun segalanya jadi mungkin. Seorang wanita, Nadiah, buat ramai netizen sebak bila dia sanggup rancang kejutan besar untuk pembantu rumahnya, Mala dengan membawa dua anak dan ibu bibik dari Indonesia sempena Aidilfitri!

Video kejutan tu dimuat naik kat TikTok @nadiahmdin, dan capai lebih 200,000 tontonan! Bukan sebab drama, tapi sebab kasih sayang dan kemanusiaan yang tulus.

Menurut wanita berkenaan,  perancangan dibuat secara rahsia malah untuk mengelak rahsia ‘bocor’  dia meminta pembantu bernama Mala itu menyediakan makanan untuk tetamu dari Perancis yang menetap di Indonesia.

Namun siapa sangka, kejadian itu merupakan hadiah Aidilfiteri yang penuh bermakna buat bibiknya.

‘Raya Tahun Ni, Bibik Dapat Hadiah Paling Bermakna…’ Majikan Bawa Jumpa Anak & Ibu Lepas Bertahun Rindu Terpendam

‘Raya Tahun Ni, Bibik Dapat Hadiah Paling Bermakna…’ Majikan Bawa Jumpa Anak & Ibu Lepas Bertahun Rindu Terpendam

“Alhamdulillah, Bibik bertemu semula dengan dua anak dan ibu pada raya kali ini. Ia adalah penerbangan pertama anak-anaknya.

“Kejutan besar ini dirancang sejak empat bulan lalu. Saya suruh dia masak lauk raya dan sambal balado sebab ‘tetamu’ ini suka makanan Indonesia.” Kongsi Nadiah

PANGGILAN TELEFON UNDANG SEBAK 

Ads

‘Raya Tahun Ni, Bibik Dapat Hadiah Paling Bermakna…’ Majikan Bawa Jumpa Anak & Ibu Lepas Bertahun Rindu Terpendam

Dedahnya lagi, beliau terpanggil menemukan Mala dan dua anaknya selepas terdengar perbualan telefon yang menyentuh hati.

“Apa yang mendorong saya melakukan ini? Saya mendengar panggilan itu.

“Selepas terdengar perbualan Bibik dan anak-anak. Kata anaknya, “rindu sama masakan mama, boleh tak kalau kita bersatu seperti dahulu? Zarah rindu masakan mama.”

“Apabila saya bangun keesokan hari dan saya melihat matanya bengkak. Saya tanya, ” Mala kenapa kamu?”

“Dia jawab, “Tiada apa-apa, perkara biasa rindu anak anak.”

Ads

“Saya benar-benar memahami perasaan itu. Mereka kini akan bersama kami selama kira-kira 12 hari! Doakan semuanya akan baik,” kongsi Nadiah.

Difahamkan Nadiah telah membuat perancangan rapi dengan kakak Mala di Indonesia termasuk proses menyediakan pasport untuk ketiga-tiga mereka.

Memakan masa beberapa bulan, ia bukan mudah kerana dua anak Mala masih di bawah umur namun segalanya berjaya dengan bantuan suami Mala dan ahli keluarga.

Menerusi klip yang dikongsikan, Mala langsung tidak menjangka kehadiran tiga insan tersayang dan benar-benar terkesima melihat sosok mereka di depan mata.

Mala yang sebak dilihat menerpa dan memeluk kedua-dua anaknya serta si ibu. Dia cukup terharu dengan kejutan itu dan berterima kasih atas kebaikan Nadiah.

Ads

WARGAMATA SEBAK 

Warganet tersentuh dengan kejutan yang cukup bermakna tersebut, ramai mendoakan majikan yang baik hati itu diberikan balasan oleh ALLAH. Tidak kurang memuji sifat insani dalam diri Nadiah tang sanggup menghilangkan kerinduan pembantunya.

“Sedih, baik majikannya. Moga sentiasa dirahmati oleh ALLAH aamiin.”

“Kenapa kau terlalu baik nadiah. Moga dgn ini, perjalanan ke Jannah dipermudahkan insha Allah

“tq puan sebab jadi cth majikan yg baik.. semoga jasa puan sekeluarga Allah swt limpahkan rezeki yg melimpah ruah… kesihatan yg baik”

 

Sumber: TikTok

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI