
Tinggal sehari lagi kita bakal menyambut Hari Raya dan semestinya persiapan raya sudah dilengkapkan seadanya. Paling ringkas adalah pakaian raya yang sedondon anak beranak untuk digayakan di pagi raya.
Pun begitu, dalam memilih pakaian yang sedondon lain pula kisahnya yang terjadi pada keluarga ini. Bukan sahaja warna tema yang dipilih oleh isteri sedondon anak beranak malah tersama pula dengan warna cat dinding rumahnya.
Pengguna tik tok dengan nama @schamia11 berkongsi video pendek dan telah membuatkan netizen ketawa melihat aksi si suami seakan-akan merajuk bila menggayakan baju yang dipakai sama warna dengan dinding rumah.
Isterinya terbeli baju raya tersama pula dengan warna dinding rumah. Ini membuatkan bila suaminya cuba menggayakan Baju Melayu yang dipakai seakan tidak kelihatan dek kerana sama warna dengan dinding. Dan atas sebab itu juga isterinya memohon maaf.
Apa menariknya video ini juga telah mendapat 275K tontonan dan 17.8 tanda suka setakat ini.
Watch on TikTok
Sementara itu diperkongsian terdahulu, isteri ini turut berkongsi menunjukkan baju anak dan suaminya dengan penuh semangat.
Tak dapat nak bayangkan jika sekeluarga menggayakan baju raya sedondon dan bergambar dengan backgroun dinding tersebut. Nampak gayanya kenalah cari ruang lain untuk bergambar agar tidak ‘tenggelam’ dalam warna hijau tersebut.
Sumber : Tik Tok @schamia11
ak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Wanita Diuji Di Saat Lelaki Tidak Mempunyai Apa-Apa & Lelaki Diuji Di Saat Dia Memiliki Segala-Galanya”

Rumah tangga yang bahagia dan harmoni lahirnya dari kejujuran dan keikhlasan di antara suami isteri. Bohonglah andai kata tiada perselisihan faham, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Namun, dalam melayari alam rumah tangga kesetiaan dan kasih sayang antara keduanya disemai dengan sebaik mungkin.
Di saat isteri sedang menanggung kesakitan, mengusung perut yang terisi dengan nyawa si kecil, namun tergamak nya si suami melafazkan cerai tanpa mengambil kira perasaan dan situasi insan yang sebelum ini pernah menjadi orang kesayangannya. Benarlah ada ungkapan yang mengatakan “wanita diuji di saat lelaki tidak mempunyai apa-apa & lelaki diuji di saat dia memiliki segala-galanya.
Saudara Firdaus Shakirin memuat naik perkongsian dan pandangannya mengenai isu berkenaan dari kaca mata seorang lelaki dan juga ayah. Hadamkan perkongsian ini!
[ Dari Lelaki Kepada Lelaki ]
Saya Bukan Daei…
Saya seorang lelaki biasa, seorang suami, dan juga seorang ayah kepada 3 cahaya mata…saya tidak menentang poligami, saya tidak mengharamkan apa yg halal utk kita buat sebagai seorang suami…
Nak kahwin lagi, nak berpoligami, ianya sunnah…
Ya, sunnah…Adakah Rasulullah s.a.w hanya meninggalkan 1 sunnah sahaja utk kita ikuti dan contohi? Tak kan…? Banyak lagi sunnah2 lain yg Baginda tinggalkan utk umat Baginda…
Menghargai isteri, menyayangi isteri, memahami isteri, menggauli isteri dgn baik juga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w…
Berapa kerat lelaki yg mengamalkan poligami dlm keadaan mampu? Mampu utk berlaku adil, mampu utk memberi layanan yg sekata, mampu utk menyediakan nafkah yg sama…?
Tak ramai…dan bila tak ramai yg mampu, tp masih berpoligami, maka penganiayaan akan berlaku dlm rumahtangga itu…semuanya disebabkan ketidakmampuan si lelaki dlm menjadi seorang suami yg mengamalkan poligami…
Berapa kerat lelaki yg ingin berpoligami dan memohonnya di Malaysia serta berkahwin di Malaysia?
Tak ramai…byk yg ke luar negara utk bernikah, utk mendirikan rumahtangga…kenapa? adakah proses dan prosedur Pejabat Agama Malaysia tentang kebenaran berpoligami ini rumit?
Tak rumit, cuma dia takut permohonannya ditolak, dia takut isteri pertama dipanggil mahkamah dan membongkarkan segala perangainya di rumah…
Kenapa permohonannya ditolak?
Sbb pihak mahkamah syariah dapat menilai kemampuan si suami yg ingin berpoligami berdasarkan apa yg dia beri, apa yg isteri pertama ceritakan, lalu memutuskan bahawa DIA TIDAK MAMPU dlm segala segi…
Bila dah dapat yg baru, yg lama tak berguna lagi…
Kebanyakannya mcm tu…yg baru ditatang, yg bru disayang, apa yg baru kata, semuanya betul dan kena…bila yg lama bersuara, dia isteri derhaka…bila yg lama mengingatkan akan haknya, dia isteri yg tak tahu bersyukur…guna agama, tundukkan isteri lama, pertahankan isteri baru...
Dicanangnya punca dia berkahwin lagi sbb kelemahan, keburukan dan kekurangan isteri lama…Isteri lama lah penyebab dia berkahwin lagi…isteri lama lah yg tidak mahu berubah…isteri lama juga bukan isteri yg dia impikan selama ini…
Kau suami bro, klu seorang isteri pun kau xbleh nk perbaiki, inikan 2…
Niat nak tolong janda, nak bimbing janda…baik, suci dan murni nawaitunya…tapi disaat kau menjandakan isteri sendiri disebabkan janda yg ingin kau tolong dan bimbing, maka kau keji…
Kau lelaki tak guna…
Kau memusnahkan rumahtangga sendiri…kau tinggalkan isteri yg terima kau waktu kau bukan siapa2, tiada apa2…kau tiada nama, kau tiada harta…kau tin kosong sahaja…tapi dia, isteri kau terima kau seadanya diri kau…isteri kau letak harapan dlm diri kau…kau akan menjadi “seseorang” suatu hari nnt, kau akan berjaya suatu hari nnt…dan dia tulang belakang yg meletakkan kau dikedudukan itu…
Benarlah kata pujangga ini, “Wanita diuji disaat lelaki tidak mempunyai apa-apa dan lelaki diuji disaat dia memiliki segala2nya…”
Lelaki, Kau Mudah Lupa & Terlena…
Ini Hakikat Yg Kau Sendiri Susah Nak Terima…
“Syukur Sambut Kelahiran Bulan Ramadan” Daler Yusuf Timang Kini Bapa 4 Anak!

Tahniah diucapkan buat pelakon, Daler Yusof yang menimang cahaya mata keempatnya pada Selasa lalu.
Melalui perkongsian Daler, isterinya, Sakinah Barukul selamat melahirkan anak keempat melalui pembedahan selepas mengalami pendarahan pada usia kandungannya 36 minggu.
“Syukur alhamdulillah berkat doa semua di bulan Ramadan ini. Pembedahan berjalan lancar,” katanya.
Malah kongsi Daler lagi menerusi Instagramnya, anak dan isterinya kini berada dalam keadaan sihat dan baik-baik saja.
“Alhamdulillah bayi dan isteri saya sihat. Terima kasih atas doa-doa semua. Kami bersyukur kerana menyambut kelahiran cahaya mata ini di bulan Ramadan.
“Moga jadi anak yang soleh dunia dan akhirat kelak,” katanya lagi.
Berkongsi kisah kelahiran anak keempatnya itu, ujar Daler, isterinya dimasukkan ke hospital selepas bayi mereka berada dalam kedudukan songsang dan mengalami pendarahan.
Terdahulu, Daler dan isteri mendirikan rumahtangga lebih 10 tahun yang lalu. Pasanagn ini turut dikurniakan tiga orang cahaya mata, Yusof (10 tahun) Amira (8 tahun) dan Abu Bakar (5 tahun).
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“16 Tahun Kahwin, Tak Pernah Check Wallet & Phone.” Amyza Adnan Sebak, Suami Masih Simpan Fotonya Masa Zaman Bercinta

Isi Kandungan
ToggleHati isteri mana yang tidak tersentuh apabila mendapat tahu suami menyimpan fotonya di dalam dompet. Demikian juga dengan pelakon bernama Amyza Adnan ini.
Dalam satu perkongsian di Instagram, dia memberitahu walaupun sudah 16 tahun berkahwin tidak pernah sekalipun dia membuka dompet suaminya, Khairil Izhar Mohd Nazir.
Malah, dia juga tidak pernah memeriksa barangan peribadi lain seperti telefon bimbit kerana baginya jika berbuat demikian, itu bermakna dirinya mempunyai sifat prasangka.
TAK SANGKA DALAM WALLET DIA ADA GAMBR PEREMPUAN NI!!!16 tahun usia perkahwinan…..kak kaaia tak pernah sekali pon bukak wallet dia, Nak duit mintak, phone dia pon x pernah check.
“Based on percaya and allah tau. For me,if i check i dah mula ada feeling yg x baik, which is rasa tak percaya.so jauhkan perangai insecure ni tau.
Tambah Amyza foto dompet suami yang tersimpan dua keping fotonya itu dihantar oleh kenalan mereka sewaktu suaminya dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
Alangkah terkejut,tertacing termacam2 la, bila dia admitted baru ni, my team yg send him to hospital send this to me!
Haaaaa pada suami or isteri yg ada skandal,jangan buat hal tau, kot ada rahsia2 tu baik hapuskan,, takut nanti time kau sakit,elok2 laki or bini kau nk jaga kau, terus dia biar kau mampos .
Sebab tu apa2 yg korang sorok kat drawer office,email office ,handphone,baik hapuskan la dan hapuskan jugak hubungan musibah tu. . Tak pon bipa ko sakit, panggil crush kononya tu jaga kau. Layak kan.
But like my case… tu gambar kak kaaia masa dara chuols. Masa dia angau kan kak kaaia ?.. auwww ,so u sakit ni i layan you bagai menatang minyak yg penuh. Kalau bukan gambar i kompom u sakit ni, i layan you macam minatang!!!!!!!
Demikian perkongsian Amyza Adnan di dalam instagramnya. Ahad lalu, Amyza ada berkongsi sebuah video di laman IG mengenai suami yang jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.
Perkongsian Amyza tersebut mendapat respond dari pengikutnya yang turut berkongsi pengalaman mereka.
missliana111 Hadoii untungla kak.. Sy sejk tau dlm wallet husbd ada gmbr sy sy saja la gelak..skali die da buang kak gmbr sy. Die buh gmbr ank sy 3 ketul tu je.. Hampehhh. Nk paksa dia letak bg. Janji xgelakkan die lg
iamhisyamahmad82 Berbunga naw2 kau ya kak..mesti rasa melayang layang kan
alifflayla Cluuuurls… Wife mithali… Hormati suami ibarat kentut kau yg bau busuk pun kau tetap hidu dgn tenang dan redho.. eh3 class tak perbidalan tu….?
mimieazmimieaz Samalah suami i dah 25thn gambar dlm wallet dia wlu wallet tu dah 3 kali tukar tapi gambar tetap sama dlm fon dia pun gambar i gak rasa banga je kan
aida_lesen Sama mcm sy tak pernah check wallet dan hp suami sampai akhir hayat dia,baru tgk wallet dia ada gmbar sy..mashaa ALLAH.sebb tu sentiasa igt kenangan yg hepi hepi je dgn arwah.alfatihah
Tak kurang yang memuji kecomelan Amyza ketika itu.
noormurnizainal cantik gambar akak masa muda remaja,sapa tak sayang bini kak.
ratupengabdishaitooooon haiyooooo. zaman muda yach
ucheefukada terpesona ai tengok u muda mudi ek kak @amyzaaznankaaia . nothing changed! auucchh??
anatelameen Ya Allah ingatkan @errafazira td gambo yg sblh kiri tu
dinda_merahjambu @amyzaaznankaaia same je wajah…bila nk dewasa?erm..sbb selalu ceria dan menceriakan…sbb tu x berusia…lots of love??
Sumber: IG amyzaaznankaaia