Kala ini sudah tentu ada yang sudah bergerak pulang ke kampung halaman untuk meraikan hari raya bersama keluarga dan sanak saudara.
Sudah tentu terbayang hidangan yang enak-enak di atas meja di pagi raya. Namun makan-makan juga, kesihatan perlu diutamakan.
Sebagaimana nasihat Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar yang menasihati supaya menjaga pemakanan ketika hari raya dan lakukan detox untuk memastikan badan kekal sihat.
Katanya, detox boleh dilaku melalui PURE. Ia proses semulajadi. Jom ikuti lanjut perkongsiannya.
“Ramai belasah sakan masa raya baharu ni. Lepas tu mesej “macam mana nak detox”. Kan dah menyesal tu.”
Yang kesian geng yang beli produk untuk detox. Duit habis. Silap silap detox tak ke mana pun.
Nak detox senang saja. Ikut formula PURE ni. Detox berlaku melalui PURE. Ia proses semulajadi.
Jadi PURE ni apa?
P yang pertama ialah Perspiration. Detox berlaku melalui sistem peluh kita. Bila kita berpeluh toksin akan keluar melalui air peluh. Macam mana nak berpeluh?
Senang saja. Aktifkan hidup anda.
Banyakkan bergerak. Buat senaman. Berjalan kaki. Naik basikal. Nak try sauna pun boleh.
U ialah urination. Detox berlaku bila buang air kecil. Bila minum air kosong banyak, keraplah ke tandas. Masa buang air kecil inilah toksin juga terbuang.
Jadi rajin rajinlah minum air kosong. Bukan mengeteh atau mengopi. Memineral dah memadai.
R pula bawa maksud respiration atau pernafasan. Yang ni ramai tak amalkan. Selalunya kita bernafas pendek dan cepat. Atau shallow breathing. Bernafas pula guna kaedah salah.
Nak buang toksin kena buat mindful breathing. Bernafas dalam keadaan kita sedar kita sedang tarik nafas. Tarik nafas perlahan dan dalam dalam. Cubalah. Boleh rasa sendiri perbezaan.
E ni bawa maksud Excretion atau buang air besar. Cuba kira berapa kali buang air besar sehari. Ramai yang sekali sahaja.
Kita sihat bila buang air besar ni 2-3 kali sehari. Masa nilah toksin akan dibuang.
Kalau makan makanan kurang fiber memang susah sikit nak buang air besar. Makanan fiber portion besar buatkan kita kerap buang air besar.
Lepas ni nak buang toksin ikut jer PURE ni. Selamat dan alami.
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club