
Tanggal 2 Mei yang lalu, penyanyi terkenal, Syamel dan Ernie Zakri mendedahkan wajah anak perempuan mereka, Nur Khawla Soleha yang lahir pada 22 Februari lalu,
Perkongsian itu dibuat penyanyi duet lagu Aku Cinta itu menerusi akaun Instagram masing-masing.
Raya pertama buat Khawla dan Daddy Ibu ❤️
Selamat hari raya, mohon maaf zahir dan batin 🙏
Demikian kapsyen yang dimuatnaik Ernie Zakri.
Pemilik nama sebenar, Syameel Aqmal Mohd Fodzly mengakui teruja dapat meraikan Aidilfitri bersama puteri sulungnya itu.
“It’s our first raya together. Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari Daddy , Ibu & Khawla ❤️. Tetejut Khawla pestaim raya tiber tiber 🐣,” tulis Syamel dikapsyennya.
Keluarga bahagia ini mengenakan baju sedondon rona biru. Sebelum ini, mereka memilih untuk tidak mendedahkan wajah cahaya mata sulung mereka atas alasan masih belum bersedia.
Ketika bayi berusia tujuh hari, pasangan berkongsi nama Nur Khawla Soleha untuk bayi mereka yang bersempena nama serikandi Islam terkenal.
Untuk rekod, Syamel dan Ernie diijabkabulkan di Masjid Puncak Alam, Selangor pada 22 Mac tahun lalu.
Sumber: ernizakri & Syamel_official
Roti Tak Habis Jangan Dibuang, Wanita Ni Kongsikan Resepi Roti Rangup Super Simple Cuma Perlu Potong, Bakar & Dah Siap!

Bosan asyik makan roti bakar ataupun puding, apa kata cuba resipi roti rangup dengan menggunakan roti gardenia. Nampak biasa tapi apabila makan payah nak stop. Puan Jauharatuddini Taib berkongsi cara nak buat biskut roti rangup. Jom cuba.
BISKUT ROTI RANGGUP
Budak pun sukee makan selain mak dan pak budak
Dekat bawah ada cara cara ibu dini share di setiap gambar.





set time 10 minit dulu..kalau belum garing tambah time sikit lagi..agak agak lah ye uolls..tengok pada warna roti tu nanti



selamat mencuba..fresh dari oven…sedappp❤️
Siap Masak 30 Minit, Ibu Bekerja Boleh Ikut 7 Langkah Ini. Pantas Dan Boleh Jimatkan Masa!

Pulang daripada kerja, pasti badan terasa penat dan mula rasa malas nak masak. Tapi demi keluarga terpaksa digagahkan juga memasak buat mereka. Sebab itu para isteri sentiasa tercari-cari cara untuk memudahkan kerja dan memendekkan masa memasak.
Prihatin dengan masalah ini Rajenaz Nazira menerusi akaun Facebooknya berkongsi tip untuk membantu ibu-ibu yang bekerja atau suri rumah di luar sana menjimatkan masa dan tenaga ketika memasak. Mengikut caranya menu untuk keluarga dapat dihidang paling lama 30 minit. Ikuti perkongsiannya.
Tips 1 : Pengasingan lauk
Semua ayam, udang, sotong siang dan basuh siap-siap kecuali ikan. Jangan basuh ikan, siang sahaja, kalau basuh ikan kemudian anda bekukan ia akan cepat rosak.
Lagi satu, jangan asingkan mengikut jenis sahaja tetapi asingkan mengikut kuantiti sekali masak. Kalau sekali masak perlu 4-5 ekor ikan, asingkan dalam bekas dengan kuantiti tersebut. Jangan simpan semua lauk dalam satu bekas sebab selepas defrost kan lauk sebaik- baiknya terus masak. Jangan re-frost lagi. Sebab itu mengundang toksik.
Tips 2: Simpan dalam bekas bahan memasak
Gunakan bekas yang transparent untuk anda kenal pasti kandungannya. Sebaik- baiknya label bahan tersebut untuk menjimatkan masa anda untuk mencari bahan mana yang diperlukan.
Pengasingan semua bahan-bahan memasak ini penting bagi mengekalkan kualiti dan memanjangkan tempoh ketahanan.
Tips 3 : Kopek bawang
Sabtu atau Ahad kopek (buang kulit/kupas) bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Ingat ya, bawang merah dan bawang besar ni bersifat penyerap bakteria sebab itu kita boleh gunakan sebagai alternatif untuk merawat demam panas dan selesema.
Jadi kalau kopek kulit kena terus masukkan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais. Apabila nak masak ambil ikut keperluan sama ada untuk tumbuk atau hiris. Tidak payah buang masa nak kopek. Kerja mengopek bawang ini sebenarya melambatkan proses memasak.
Tips 4 : Tumis Cili
Cili kisar ini penting. Menumis cili kisar ini memang leceh. Sebab apa? Kalau menumis habislah dinding dapur merecik. Satu hal nak lap kan. Menumis cili mesti kena betul-betul masak baru boleh hasilkan masakan yang sedap.. Jadi , itu mengambil masa yang panjang. Jadi, siapkan cili kisar yang sudah siap tumis.
Kisar cili dan tumis untuk kuantiti seminggu (agak-agak dengan pelan memasak kita). Selepas tumis, sudah terbit minyak, sejukkan, bekaskan kemudian simpan dalam peti ais. Kalau diletakkan bahagian bawah paling lama boleh simpan seminggu sahaja.
Kalau cili tu banyak simpanlah di bahagian freezer, tahan sampai 3 bulan. Apabila nak masak. Ambil cili yang siap bertumis itu. Mudah dan cepat kan.
Tips 5 : Basuh dan rendam sayur dengan garam
Sayur-sayuran jenis cepat layu dan rosak. Apa yang kita boleh buat, lepas beli, basuh sayur dan rendam dengan air garam dalam 5 minit untuk melanjutkan tempoh kesegaran sayur-sayur tersebut. Kemudian, toskan lalu masukkan ke dalam bekas. Apabila nak masak barulah ambil. Kaedah ini boleh menjimatkan. Tidak perlu beli sayur setiap hari.
Tips 6 : Senaraikan menu masakan
Tip ini paling penting, sebelum masak kena senaraikan apa menu untuk seminggu dan tampal pada peti ais atau catat pada telefon bimbit. Kaedah ini dapat mengelakkan anda membuang masa memikirkan apa menu yang ingin dimasak.
7. Ikut turutan yang betul
Ketika mahu memasak, periksa senarai menu dan buat pilihan. Untuk yang bekerja, buka sahaja pintu rumah, jangan tanggalkan tudung dan tukar baju. Ambil lauk yang ingin dimasak dan defrost terlebih dahulu dan kemudian masak nasi. Dua perkara ini yang paling mengambil masa. Setelah itu, barulah boleh mula memasak.
Dengan tip ini Puan Rajenaz mampu menyediakan Sup Sayur dengan fish cake untuk anak-anak dan Ayam Masak Kicap Cili Kering dalam masa lebih kurang 20 minit.
Jika mahu menjimatkan masa, bolehlah cuba tip ini. Confirm 30 minit siap hidangan anda dan sinki pun siap bersih sekali.
Jom Cuba…
Hias Rumah Seadanya, Yang Penting Membahagiakan. Deep Perkongsian Ni!

Saat ingin berpindah ke rumah baharu tentu perasaan teruja untuk dihias sempurna dengan perabot mewah dan gah gayanya.
Pun begitu, perlu difahami dalam mencari bahagia bukan disandarkan dengan kemewahan semata-mata. Ini sebagaimana apa yang cuba disampaikan oleh Tuan Salkukhairi Abd Sukor.
Ini perkongsiannya.
Apabila masuk rumah baru, kebanyakan kita merancang untuk beli perabot-perabot yang cantik -cantik dan mahal-mahal.
Masing-masing fikir nak buat konsep apa. Moden ke, klasik ke, ala-ala tradisional ke. Sampai bergaduh laki bini, perabot punya fasal.

Saya pun dulu ada pemikiran begitu juga. Maklumlah baru dapat rumah baru kan. Memang teruja sangat nak hias rumah gila-gila punya.
Tapi selepas tu bila difikir fikirkan balik, perabot-perabot yang mahal lagi cantik yang kita penuhkan rumah kita itu, mampu ke memberi jaminan kebahagian untuk kita?

Ramai orang yang tidak lena tidurnya walaupun tidur diatas tilam empuk dan katil kayu jati import, berbanding yang hanya tidur diatas toto nipis dan berbantalkan bantal kekabu sahaja. Letak saje kepala, sedar-sedar dah subuh.
Ramai orang yang tiada selera makan nya walaupun makan diatas kerusi dan meja makan yang luas dan buatan eksklusif, tiada dijual di Ekea. Makan pulak sorang -sorang aje. Berbanding yang makan hanya beralaskan tikar plastik, tetapi habis satu periuk nasi. Makan pulak satu keluarga.
Ramai orang yang beli pinggan mangkuk berdozen dozen. Macam macam jenis dan warna. Akopal lah Akorok lah. Tetapi hanya jadi bahan tayangan yang tersadai di dalam almari hiasan di sudut ruang tamu. Berbanding yang ada 2, 3 biji pinggan mangkuk tetapi sering digunakannya setiap hari ketika makan bersama keluarga.
Ramai juga orang yang perabot dalam rumahnya penuh satu rumah. Pantang ada ruang kosong. Pasti akan dipenuhkan nya dengan perabot. Kononnya tak nak bagi rumah nampak kosong sangat. Sampaikan anak-anak nak berlari pun terpaksa tekan break emergency, bimbang terhantuk kepala dengan perabot jati. Kalau terhantuk, perabot pecah atau rosak, anak-anak jugak yang kena marah. Silap-silap haribulan kepala anak yang pecah. Berbanding yang hanya ada satu meja tv tanpa kerusi. Anak-anak bebas berlari ke sana ke sini di rumah sendiri melayan kegembiraan life mereka sambil ibu bapa tersenyum melihat keletah anak-anak.
Ramai juga orang sanggup hias bilik tidur warna warni. Dalam bilik penuh dengan perabot mengikut warna tema bilik. Sampaikan ruangan untuk solat dan beribadah dirumah punya lah sempit. Itupun betul-betul depan bilik air. Berbanding orang yang setiap sudut rumahnya boleh digunakan untuk bersolat jamaah bersama ahli keluarga. Ruangannya luas dan dijaganya dengan bersih.
Maka oleh itu, janganlah kita menganggap kebahagiaan itu hanya sekadar bersandarkan kepada rumah yang mewah dan perabot dalam rumah yang cantik semata-mata. Kebahagiaan itu milik Allah. Dia lah yang memberikan kebahagian kepada hamba hambaNya yang Ia kehendaki.
Sebaliknya bersyukurlah kita jika diberikan kelebihan dan kemewahan. Kerana Allah suka akan hamba hambanya yang bersyukur. Baik perabot banyak atau tidak banyak dalam rumah, bersyukurlah. Dan yang sebaik baiknya adalah bersederhanalah dalam setiap perkara.
Paling penting hiasilah rumah kita dengan amalan-amalan yang mampu menjadikan keluarga kita sentiasa di berkati dan dirahmati Allah.
Biarlah rumah kita kosong tanpa perabot asalkan tidak kosong daripada rahmat Allah.
Ikhlas,
Sumber : SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club