Raya Ni Perlu Bergaya Atau Biasa-biasa Sahaja? Dr. Ni Bagi Saranan Boleh Follow!

Share

Sambutan Aidilfitri kali ini tentunya berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini berikutan penularan wabak Covid 19.

Lalu mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana dengan persiapan raya untuk diri kita dan keluarga.

Wajarkah kita anak beranak perlu bergaya di rumah dengan memakai pakaian serba indah dan baharu di Hari Raya ini?

Atau cukuplah biasa-biasa sahaja seperti kelaziman berada di rumah tanpa perlu melaram dek kerana tiadanya budaya kunjung mengunjung tahun ini.

Jadi jom baca perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad, Pensyarah UiTM Seri Iskandar Perak ini.

BERGAYA ATAU BIASA BIASA

Dalam WHi TV3 tadi saya kongsikan kembali disini.

“Perlu bergaya atau biasa biasa?”.

1. Bergayalah, bergaya ikut definasi kita. Tak semua gaya itu perlukan banyak belanja.

Basuh pakai balik cantik cantik tetap akan bergaya. Tidak semua gaya itu perlukan banyak duit.

Wajah kalau dah jelita, pakai bedak sebelah muka pun tetap nampak bergaya.

2. Dah lebih 2 bulan kita duduk dalam rumah, sentiasalah bergaya. Jangan selekeh dengan isteri suami dan anak kita.

3. Ada banyak benda kita dapat jimat dalam tempoh PKP ini, belanja sikit raya ini buat anak isteri kita. Biar emosi mereka terjaga. Jangan terlalu berkira hingga derita.

4. Jangan sebok bergaya sampai lupa sedekah, ia lebih utama dari beri duit raya.

5. Fahami batas bergaya jangan sampai buang duit kita.

Kurangkan gaya,

6. Jika kita dah 5 tahun duduk dirumah sewa. Tak pasti bila nak ada rumah pertama.

7. Kita belum ada simpanan dana kecemasa 6 bulan gaji selama dah 5 tahun kerja.

8. Hutang dah telan gaji kita sampai 40% dari nilainya. Maka kurangkan gaya, hidup biasa biasa.

Hampir semua orang kaya saya kenal hidup biasa biasa saja.

sumber : Azizul Azli Ahmad
Hidup Sederhana Saja