Sambutan Aidilfitri kali ini tentunya berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini berikutan penularan wabak Covid 19.
Lalu mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana dengan persiapan raya untuk diri kita dan keluarga.
Wajarkah kita anak beranak perlu bergaya di rumah dengan memakai pakaian serba indah dan baharu di Hari Raya ini?
Atau cukuplah biasa-biasa sahaja seperti kelaziman berada di rumah tanpa perlu melaram dek kerana tiadanya budaya kunjung mengunjung tahun ini.
Jadi jom baca perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad, Pensyarah UiTM Seri Iskandar Perak ini.
BERGAYA ATAU BIASA BIASA
Dalam WHi TV3 tadi saya kongsikan kembali disini.
Ads
“Perlu bergaya atau biasa biasa?”.
1. Bergayalah, bergaya ikut definasi kita. Tak semua gaya itu perlukan banyak belanja.
Basuh pakai balik cantik cantik tetap akan bergaya. Tidak semua gaya itu perlukan banyak duit.
Wajah kalau dah jelita, pakai bedak sebelah muka pun tetap nampak bergaya.
2. Dah lebih 2 bulan kita duduk dalam rumah, sentiasalah bergaya. Jangan selekeh dengan isteri suami dan anak kita.
Ads
3. Ada banyak benda kita dapat jimat dalam tempoh PKP ini, belanja sikit raya ini buat anak isteri kita. Biar emosi mereka terjaga. Jangan terlalu berkira hingga derita.
4. Jangan sebok bergaya sampai lupa sedekah, ia lebih utama dari beri duit raya.
5. Fahami batas bergaya jangan sampai buang duit kita.
Ads
Kurangkan gaya,
6. Jika kita dah 5 tahun duduk dirumah sewa. Tak pasti bila nak ada rumah pertama.
7. Kita belum ada simpanan dana kecemasa 6 bulan gaji selama dah 5 tahun kerja.
8. Hutang dah telan gaji kita sampai 40% dari nilainya. Maka kurangkan gaya, hidup biasa biasa.
Hampir semua orang kaya saya kenal hidup biasa biasa saja.
Cukup kreatif dan nampak real ‘kecederaan’ yang dialami oleh pelajar sekolah. Itu yang boleh diungkapkan pada hasil kerja tangan seorang cikgu prasekolah.
Hafizah Abdul Rani Shafi berkongsi cerita apabila hasil kreativitinya mekap pelajar sekolah untuk sesi fire drill di sekolah menjadi tular baru-baru ini.
Saya sebenarnya guru prasekolah je. Awalnya saya dilantik menjadi AJK untuk mekap mangsa je. Masa yang diberi pun 30 minit. Jadi saya pun cuba google macam mana nak buat nampak real terbakar. Tengok youtube dia buat terus kat kulit orang tu tapi makan masa 1 hingga 2 jam.
Saya pun fikir cara lain. Saya cuba ambik tisu kat tandas sekolah kemudian buat pada plastik. Esok pagi nya tu baru saya tampal dan letak foundation dan water colour pada tempat yang konon2 melecur tersebut,” Ujar hafizah lagi sambil mengakui tiada basic dalam bidang seni, sebaliknya hanya google kemudian terus apply.
Dia yang sememangnya sangat berminat dalam bab-bab seni sedemikian tidak menyangka hasil yang dilakukan itu menarik perhatian pihak lain termasuklah anggota bomba.
“Saya bukanlah kreatif sangat pun, mungkin kerana saya ni minat tengok-tengok video orang buat conteng-conteng. Lagi-lagi yang nampak real ni. Kebetulan dapat pula tugas ini jadi saya pun terus cuba praktikkan.
“Awalnya mereka sangka biasa-biasa sahaja, sekali tengok semua terkejut termasuklah bomba yang hadir dalam program tersebut,”kongsinya lagi ketika ditanya oleh pihak Majalah Keluarga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru baru ini, tular satu video yang menunjukkan penyanyi Nubhan dan isterinya bersipa untuk menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Walaupun sudah berdandan cantik dengan baju penuh glamour, pasangan ini kemudiannya dilihat bersiap-siap untuk menunaikan solat.
Video yang dimuat naik oleh Nubhan itu menunjukkan pasangan ini sempat menunaikan solat secara berjemaah.
Ni masa #abp aritu…kebetulan nk kluar umah je dh masuk maghrib…so solat la dulu 🤣 biarla bekepuk2 pon…🤣🤣slamat smpat smpai,”demikian kapsyen yang dikongsikan oleh Nubhan di dalam instagramnya.
Dalam video yang berdurasi 37 saat itu juga mendapat lebih 280 ribu views serta lebih 160 ribu likers, kelihatan Nubhan sabar menunggu isterinya memakai telekung dan bersiap untuk solat. Usai mengambil tempat sebagai makmum, Nubhan sempat mengusik isteri kesayangannya.
Tak ketat ke, kejap lagi nak turun-turun,” usik Nubhan kepada isterinya sebelum mereka mendirikan solat berjemaah. Gelagat pasangan ini mendapat reaksi daripada netizen. Ada yang memuji akan pasangan ini.
Kepuk-kepuk pun baju, tetap kena tunaikan ye. Bagus Nubhan, jemaah dengan isteri. Sweet gitu. Boleh jadikan contoh untuk semua ❤Kredit @nubhan.ahamad #Keluargamag
Banyak sangat kes suami yang abaikan isteri, lebih-lebih lagi ketika isteri sedang sarat mengandung.
Isteri sebenarnya amat perlukan sokongan emosi dan fizikal daripada suami kerana dia sememangnya tak mampu, bukan saja-saja nak mengada.
Cerita dan pesanan dari Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan ni memang menarik. Suami take note ya.
“Awak datang dengan siapa?”
Ada seorang wanita hamil 8 minggu datang ke klinik aku kerana dia alami loya-loya yang agak teruk. Alhamdulillah paras gula, tekanan darah, nadi dan hidrasi dia elok sahaja. Saya pun berilah konsultasi, apa yang perlu buat, apa yang perlu elakkan, bila kena jumpa doktor semula.
Setelah itu, semasa dia nak keluar dari bilik konsultasi, aku tengok dia pening-pening lalat. Mukanya berkerut. Risau pula tengok keadaan dia begitu, jadi aku tanya dia datang dengan siapa.
“Dengan suami. Tu dia, tengah tunggu dekat luar tu” jawabnya sambil tunjuk ke arah seorang lelaki di hadapan klinik.
Siapa pernah pergi klinik aku, dia tahu yang salah satu bilik konsultasi aku berdinding kaca tinted. Jadi daripada dalam bilik itu yang boleh lihat hadapan klinik.
Kelihatan suami wanita tadi sedang duduk di atas motor, sedang ketawa sendirian di hadapan skrin telefon. Tangan kanan dia sekejap suakan rokok ke bibir, sekejap skrol telefon. Bila di gelak, tersembur kepulan asap dari hidung dan mulutnya.
“OK, ingatkan datang seorang. Risau saya awak nak balik seorang dalam keadaan macam ni.” kata aku pada wanita tadi.
Wanita tu hanya senyum dan ucap salam kepada aku.
Macam-macam pasangan aku pernah jumpa sejak aku jadi doktor. Ada yang suami sangat risau pasal isterinya yang hamil. Tanya banyak kali tentang keadaan isteri. Tanya kebarangkalian itu, kebaranglian ini. Isterinya pula tenang sahaja, selesa sahaja.
Dan..
Ada yang macam lelaki tadi. Si isteri hamil muntah-muntah teruk, jalan pun huyung hayang. Dia pula duduk atas motor, hisap rokok, bergelak ketawa hadapan telefon. Namun Tuhan telah jadikan ada wanita yang kuat hatinya, sehingga boleh terima si suami sebegitu seadanya.
Apapun, seikhlas mana pun isteri menerima suaminya, ada baiknya jika seorang suami berilah perhatian dan pamerkan kasih sayangnya pada si isteri.
Isteri tak sihat, temani dia ke klinik. Sampai dalam bilik konsultasi, bukan hanya di hadapan klinik. Suami juga perlu tahu keadaan isteri, melalui mulut doktor. Biar faham sakitnya apa. Biar jelas nak buat apa. Biar isteri rasa dikasihi.
Para isteri pula, sejauh mana pun kalian boleh berdikari, jangan buat semuanya sendiri. Ada masa kalian kena suruh suami buat sesuatu untuk kalian. Kalau semua benda kalian buat sendiri. Maka akan hilang dinamik rumahtangga.
Rumahtangga ni, paku dan selaknya adalah kebergantungan sesama sendiri. Jika telah hilang kebergantungan itu, maka goyahlah rumah nanti. Isteri sakit, pergi jumpa doktor sendiri. Suami nak makan sesuatu, pergi keluar makan sendiri. Lama-lama hilang rasa saling memerlukan.
Akhirnya, dah tak ada rasa nak hidup bersama.
Sebelum kau kata aku tak adil sebelahkan wanita sahaja, aku nak pesan juga para suami agar kekalkan beberapa kebergantungan pada isteri, agar kau sentiasa takut akan kehilangan dia. Tidaklah nanti kau suka hati nak cari-cari baru.
Isteri pun perlu luahkan keprihatinan selain melalui membebel. Suami tak suka kena bebel. Sekali sekala manjakanlah suami tu, biar dia sentiasa tak sabar nak balik rumah. Baru dia taat. Haha. OK dah lah. Takkan semua pun nak kena ajar.
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.