Rawatan Mask Rambut. Kena Rajin Buat Elak Masalah Rambut Rosak & Bercabang!

Share

Penjagaan harian untuk rambut selain perlu dicuci agar kulit kepala terasa segar dan rambut berbau harum.

Ada satu lagi rutin penjagaan rambut  perlu dilakukan untuk pastikan lebih sihat dan tidak ada lagi rambut bercabang malah lebih terurus.

Caranya dengan amalkan penggunaan mask rambut yang boleh dihasilkan sendiri seperti mana yang diamalkan oleh Norafiza ini.


Ini cara ringkas untuk masalah rambut kering dan bercabang. Lembut, senang di urus dan suami suka.

Pertama,
Kau orang cuci rambut dahulu bersama lemon sebiji. Ini untuk membuang minyak serta kotoran di kulit kepala.

Kedua,
Tonyoh kulit kepada menggunakan halia kisar. Ini untuk rambut gugur atau hendak melebatkan. Kulit kepala juga akan sihat dan segar.

Ketiga,
Lakukan rawatan mask rambut ini untuk lembutkan rambut dan senang di urus.

Langkah kedua dan ketiga selangkan sehari. Kau orang boleh lakukan sebulan 2 kali. Hendak cantik perlu rajin serajin rajinnya.

Mesti cantik, mesti rajin.

Cik oya, Weekend untuk manjakan diri.

Bahan & cara untuk buat mask rambut

1.Segenggam kacang soya direndam dan kemudian blender kering hingga halus.

2. Campurkan dengan 11/2 sudu minyak zaitun

3. Masukkan 4 sudu yogurt asli.

4. Masukkan costor oil.

5. Siap digunakan selepas mencuci rambut dengan lemon. Gaul rata mask ini dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas bersih.

Sumber : Norafiza Mahmud