Rawat Resdung Sama Ada Cara Moden Atau Tradisional, 2 Wanita Ni Kongsikannya!

Share

Jika anda mengalami masalah resdung pasti sahaja akan berasa tidak selesa dan sering terbersin di waktu pagi. Keadaan ini jika dibiarkan, bimbang akan lebih teruk dan sebaiknya dapatkan segera rawatannya.

Melalui perkongsian Marizan Muhamad di akaun fbnya tentang rawatan resdung yang diamalkan, dia lebih selesa menggunakan rawatan kaedah tradisional. Menggunakan bahan-bahan sedia ada seperti daun pandan dan limau .

Bahan:

2 helai daun pandan
3 hirisan limau nipis

cara buat :

1.Tumbuk daun pandan dan campur dengan limau.

2. Sapu seluruh muka, sambil gosok-gosok.

3. Akan rasa sedikit pedih. Biarkan dalam 15-20 minit.

4. Basuh. Ulang buat 2 kali sehari selama seminggu.

Namun berbeza pula dengan perkongsian seorang wanita  di laman Twitter yang dikenali sebagai Reena Razak yang lebih yakin dan selesa dengan menggunakan cara yang lebih moden dalam menangani masalah  resdung yang dihidapinya. Jom ikuti perkongsiannya yang telah pun di retweet lebih 18K.