
Jika anda mengalami masalah resdung pasti sahaja akan berasa tidak selesa dan sering terbersin di waktu pagi. Keadaan ini jika dibiarkan, bimbang akan lebih teruk dan sebaiknya dapatkan segera rawatannya.
Melalui perkongsian Marizan Muhamad di akaun fbnya tentang rawatan resdung yang diamalkan, dia lebih selesa menggunakan rawatan kaedah tradisional. Menggunakan bahan-bahan sedia ada seperti daun pandan dan limau .
Bahan:
2 helai daun pandan
3 hirisan limau nipis
cara buat :
1.Tumbuk daun pandan dan campur dengan limau.
2. Sapu seluruh muka, sambil gosok-gosok.
3. Akan rasa sedikit pedih. Biarkan dalam 15-20 minit.
4. Basuh. Ulang buat 2 kali sehari selama seminggu.
Namun berbeza pula dengan perkongsian seorang wanita di laman Twitter yang dikenali sebagai Reena Razak yang lebih yakin dan selesa dengan menggunakan cara yang lebih moden dalam menangani masalah resdung yang dihidapinya. Jom ikuti perkongsiannya yang telah pun di retweet lebih 18K.
“Berlari Dengan Atlet Terbaik Dunia, You’re World Class”. Pecah Rekod Peribadi, Azreen Nabila, Pelari Berhijab Yang Simple, Low Profile & Cool!

Azreen Nabila Yang merupakan pelari pecut negara menamatkan perlumbaan pusingan pertama 100m wanita pada Sukan Olimpik Tokyo di tempat ke-7.
Meskipun tidak berpeluang menjulang medal, namun kelibatnya mencuri tumpuan ramai.
Dalam satu perkongsian, penyanyi terkenal Yuna atau Yunali Zarai menzahirkan rasa bangga dan memuji kemampuan atlet ini untuk meletakkan namanya sebaris dengan atlet terbaik dunia. Justeru, dia tidak sabar untuk melihat atlet berumur 21 tahun itu mencipta kejayaan suatu hari kelak.
Dalam pada itu, seorang warga maya berkongsi mengenai pencapaian Azreen yang mungkin ramai tidak tahu.
Semalam aku dapat poster pasal athlete kita yang akan bersidang hari ni. Ternampak nama Azreen Nabila Alias untuk acara 100m perempuan.
Jujur aku tak berapa kenal dan follow. So aku buat research sikit.
1. Dia dari Trengganu dan ditemui masa SUKMA.
2. Masih belajar di UPM sekarang dan tengah final exam.
3. Pelari berhijab yang simple, low profile dan cool.
4. Dia ke Olympic dengan wild card. Aku yakin antara program pembangunan KOM atas bakat beliau.
5. Dia buat kejutan dengan kalahkan beberapa nama besar dalam kategori ini di Grand Prix Malaysia sebelum ini.
6. Budak lagi dan kurang pendedahan antarabangsa.
7. Dia adalah Olahragawati Sukma 2018 dan pernah bersama quartet 4×100 di SEA Games baru ni.
8. Timing terbaek dia 11.81s dan rekod 28 tahun kebangsaan adalah dari G.Shanti 11.50s yang di buat di SEA Games KL.
9. Dia di Jepun tanpa coach (M.Balamurugan) dan bersendirian. Pagi ni dalam qualifications round di Japan dia no 2 dengan timing 11.77s, PB.
Adakah Azreen mampu membuat lebih banyak kejutan?
Sekarang pon dia dah buat ramai terkejut.
Jalan terus Azreen!!!!
Sumber: FB Arman Arshad
Anak Degil & Tak Mahu Dengar Cakap, 5 Cara Yang Dikongsikan Wanita Ini Sangat Membantu!

Bagi ibu dan ayah, masalah anak-anak adalah menjadi perkara paling utama dalam hidup sehari-hari. Jika dilanda masalah, walau dalam apa cara sekalipun, ibu ayah akan cuba mencari punca dan menyelesaikan masalah anak-anak dengan sebaiknya. Itulah hebatnya peranan kedua-dua figura ini.
Berdepan dengan masalah anak-anak tidak dinafikan masalah anak degil dan tidak mahu dengar cakap merupakan masalah yang sudah terlalu sinonim dalam kehidupan seharian kita.
Namun cara wanita bernama Aya Chalo di blognya ini berkongsi tip mendidik anak cukup menarik perhatian dan boleh dicontohi oleh ibu ayah lain.
Dia yang berkongsi segala ilmu daripada Seminar Kepimpinan yang dihadirinya sememangnya baik untuk kita semua dalam mendidik anak-anak. Jom ikut panduan dan cara yang dikongsikannya.
Kak nak kongsi sikit tips parenting yang kak dapat dalam Seminar Kepimpinan semalam. Tulisan ini agak panjang, tapi kalau rasa nak ILMU, yang mungkin mengubah untuk kita jadi ibu bapa yang lebih baik, teruskan baca sampai habis…
Walaupun namanya Seminar Kepimpinan, tapi penceramah, Tn Hj Hushim Salleh (Pakar Motivasi & Parenting) banyak kaitkan dengan parenting.
So, long story cut short, adalah beberapa Tips Parenting yang kak dapat, yang mana ianya simple dan kerana simple ia seringkali dilupakan, tidak dibuat, dianggap tak penting.
Bila penceramah share yang jumlah penagih dadah sekarang ni ada dalam 1.6 juta orang, agak-agak mengapa benda ni terjadi? Tu belum lagi kes kerana ejek habis dibakar sehingga kehilangan nyawa. Marah sikit, habis ditikam, dikelar ibu, bapa, nenek. Salah siapa?
Semuanya bermula dari rumah, peranan ibubapa saaaaangat penting. Terutamanya pemimpin keluarga iaitu BAPA. Kadang bapa ni ego. Lagi teruk kalau mak pun ego sama. Jangan… sebab masa tidak boleh dikembalikan.
Anak-anak bersama kita tak lama. Jadi sementara masih ada peluang, jom kita amalkan tips ni agar anak-anak dekat dengan kita, anak-anak dengar kata-kata kita dan hatinya terpaut dengan ibubapa, bukannya dengan kawan-kawan, bukan dengan orang lain. Kita semua mau anak kita macam tu kan?
So jom kita baiki beberapa perkara…
1. Sentiasa PELUK CIUM anak sehingga besar.
Bukan peluk cium time baby ja, tapi sehingga besar. Mungkin mak memang selalu buat, tapi ajaklah bapa buat sama. Tak kira anak lelaki ka perempuan.
Semai dari sekarang iaitu peluk cium anak. Paut hatinya. Pedulikan kata orang lain, ya la sebab sudah besar pun peluk cium lagi. Ramai antara kita terutama lelaki, just salam ja dengan ibu bapa, peluk jarang (yang langsung tak nak salam pun ada)! Inilah yang kita perlu baiki.
Kalau family kita tidak pernah amalkan benda ni, why not kita start dulu. Ia akan beri perubahan perhubungan yang besar. Try lah.
2. Bila peluk usap belakang bahu (anak lelaki) atau belakang kepala (anak perempuan)
Lagi tips yang bernilai buat kak Aya. Tips ni kak pernah baca di FB ni juga, selepas baca tu kak amalkan, memang nampak anak lebih mendengar kata berbanding sebelum ni dan semalam Hj kongsikan semula.
Bila anak buat silap atau sedih atau perlukan nasihat, kita peluk dia, usap bahu (anak lelaki) dan bisikkan kata-kata nasihat buat dia. Kalau anak perempuan, peluk dan usap kepala (bahagian belakang kepala) dan nasihatkan dia.
Jiwanya akan tenang, bila tenang, mudah untuk dia mendengar nasihat dan insyaallah masuk ke hatinya. Perubahan pun kita boleh tengok. Kalau tantrum, try peluk dan buatlah usapan tu, insyaallah lebih cepat tenang berbanding peluk biasa.
3. Jangan cakap KASAR, ia akan bentuk Karektor
Anak umur 1-7 tahun: Fasa awal kanak-kanak
Anak umur 8-12 tahun: Fasa kanak-kanak
Anak umur 13-17 tahun: Remaja (Peringkat yang paling mencabar)
Pembentukan karektor anak bermula pada zaman kanak-kanak. Kalau kita sebagai ibu bapa bercakap kasar ketika tempoh tu, ia akan kekal sampai besar. Bila kita terlepas tempoh tu, susah hendak diubah. So, kita kena beringat-ingat la ya.
4. Hati-hati dengan kata-kata
Kata-kata yang keluar dari mulut ibu adalah doa. Jadi, hati-hati keluarkan kata-kata. Parents kita zaman dulu kalau anak nakal ka apa, akan cakap “Anak bertuah”, etc.
Tapi zaman sekarang, ramai ja parents yang suka maki-maki dengan kata-kata kesat, atau tidak menjaga perkataan yang keluar dari mulut cth: Bod*h, Nakal, etc… Dan tengoklah hasilnya, anak jadi apa, makin bod*h, makin nakal, makin teruk…
Itu bukan salah anak, tapi itu doa yang keluar sendiri dari mulut ibu. So, sama-samalah kita beringat ya.
5. Ibu bapa tunjuk contoh yang baik
Bagi anak nampak benda yang baik, jangan sesekali kata penat depan anak-anak, jangan gaduh depan anak-anak. Sebab anak-anak belajar dari pemerhatian.
Kids lebih banyak belajar daripada melihat dan mendengar. Lagi satu jangan sebut PENAT depan anak-anak.
Mama PENAT kerja
Mama PENAT masak
Mama PENAT jaga kamu etc
Sebab, semua itu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Memang tanggungjawab so jangan sebut depan anak-anak. Nanti anak-anak seolah-olah diajar untuk jadi orang tidak bertanggungjawab.
Kena sentiasa perbaiki diri, tapi sebab benda ni selalu dilupakan. Kita perlu ingat-mengingati kannn.
“To be in your children’s memories tomorrow, you have to be in their lives today.”
Kredit: Aya Chalo
Waktu Terbaik Timbang Berat Badan Dalam Bulan Ramadan

Isi Kandungan
ToggleWaktu terbaik timbang berat badan dalam bulan Ramadan. Bulan Ramadan adalah masa yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Selain menunaikan ibadah puasa, ramai juga mengambil kesempatan untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat, termasuk mengawal berat badan.
Waktu Terbaik Timbang Berat Badan Dalam Bulan Ramadan
Namun, ada satu persoalan yang sering timbul: bilakah waktu terbaik untuk menimbang berat badan dalam bulan Ramadan? Jika anda pernah menimbang berat pada waktu yang berbeza-beza dalam sehari, pasti anda perasan bahawa bacaan timbangan boleh berubah-ubah.
Ini kerana berat badan dipengaruhi oleh faktor seperti pemakanan, hidrasi, dan metabolisme tubuh. Oleh itu, memilih waktu yang tepat untuk menimbang berat adalah penting bagi mendapatkan bacaan yang lebih konsisten dan tepat.

1. Timbang Berat Badan Sebelum Sahur
Waktu paling sesuai untuk menimbang berat badan dalam bulan Ramadan adalah sebelum bersahur, iaitu sebaik sahaja bangun tidur. Ini kerana perut masih kosong dan badan belum menerima sebarang makanan atau minuman, menjadikan bacaan lebih stabil dan hampir sama dengan berat badan sebenar anda.
2. Elakkan Timbang Berat Selepas Berbuka
Selepas berbuka puasa, badan dipenuhi dengan makanan dan minuman yang boleh menyebabkan bacaan berat badan meningkat secara sementara. Selain itu, badan juga menyimpan lebih banyak air selepas seharian berpuasa, yang boleh menyebabkan kenaikan berat badan sementara. Oleh itu, menimbang berat selepas berbuka mungkin tidak memberikan gambaran sebenar tentang perubahan berat badan anda.
3. Timbang Pada Waktu Yang Sama Setiap Hari
Jika anda ingin memantau berat badan sepanjang Ramadan, pastikan anda menimbang pada waktu yang sama setiap hari. Contohnya, jika anda memilih untuk menimbang sebelum sahur, lakukan perkara yang sama keesokan harinya. Ini membantu mendapatkan bacaan yang lebih konsisten dan tepat.

4. Jangan Terlalu Obses Dengan Timbangan
Berat badan boleh berubah setiap hari disebabkan faktor seperti kandungan air dalam badan, jumlah makanan yang diambil, dan tahap aktiviti fizikal. Oleh itu, jangan panik jika berat badan naik sedikit. Fokus kepada pola pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang konsisten untuk mendapatkan hasil jangka panjang yang lebih baik.
Dalam bulan Ramadan, waktu terbaik untuk menimbang berat badan adalah sebelum sahur, ketika perut kosong dan badan dalam keadaan rehat. Elakkan menimbang selepas berbuka kerana bacaan mungkin tidak tepat akibat pengambilan makanan dan minuman. Paling penting, jangan terlalu terikat dengan angka di atas timbangan. Fokuslah kepada gaya hidup sihat dan kesejahteraan tubuh anda sepanjang bulan yang mulia ini.
Baca artikel lain juga: Minum Air Rebusan Lemon Tiap Pagi Banyak Kebaikan. Satunya Boleh Turunkan Berat Badan!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my