Petua tradisional kalau hendak dihimpunkan untuk wanita menjaga menjaga penampilan dan kecantikan memang diakui terlalu banyak. Dan ini membuktikan wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipsahkan sejak dahulu lagi.
Oleh itu, jom kita ketahui beberapa petua yang boleh kita amalkan untuk membantu mengatasi masalah kecantikan wanita dengan menggunakan bahan-bahan alami.
1. MENURUNKAN BERAT BADAN
Jika ibu-ibu ada masalah dengan berat badan yang berlebihan, silalah amal minum air limau nipis. Caranya mudah dan boleh juga dijadikan minuman kegemaran seisi keluarga.
• Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air suam. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
2. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM
Cuaca yang panas kadang kala menyebabkan ruam boleh timbul di kulit kita. Kalau dibiarkan bimbang juga menjadi penyebab kulit mengeruti atau sebagainya. Oleh itu, cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh badan ialah dengan melumurkan tepung ubi pada bahagian yang terkena jangkitan ruam.
3. HILANGKAN URAT DI KAKI
Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.
4. MENGHILANGKAN KEDUT
Wanita umumnya antara perkara yang dibimbangi adalah terlihat tua sebelum waktunya. kalau boleh tanda-tanda kedutan ingin ditutup terutamanya di bahagian muka. Jadi ini caranya, ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.
5. PENYERI MUKA
Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.
6. ELAK MULUT BERBAU
Mulut berbau tentu menimbulkan rasa tidak selesa dan hilang keyakinan diri untuk kita berbicara dengan orang lain. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.
7. TUMIT KAKI TIDAK PECAH
Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.
8. PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT
Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.
9. BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN
Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan kita akan ada terkena bintik-bintik merah. Mungkin ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.