Pemergian penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia hari ini amat dicemburui apabila terlalu ramai insan dikenali mahupun tidak dikenali menitipkan doa buatnya.
Setiap orang yang beragama Islam pastinya mengimpikan untuk meninggal dunia dalam keadaan husnul khotimah.
Siapa sangka pemergiaannya juga sama pada hari yang sama dengan kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
Sebagai umat Islam tentunya kita mempunyai impian sebegitu. Tersentuh dengan coretan lelaki ini yang ‘cembur’ dengan pemergian Siti Sarah pada hari isnin.
Meninggal Dunia Hari Isnin
Pagi ini tersebar berita kematian selebriti Siti Sarah Raisuddin.
إنا لله وإنا إليه راجعون
Didoakan beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
Terlintas satu peristiwa yang dirakamkan di dalam Sahih al-Bukhari yang diletakkan tajuk
Meninggal dunia hari Isnin
Bab Meninggal Dunia Hari Isnin. Saya ringkaskan mafhum hadis ini.
Di saat Saidina Abu Bakr al-Siddiq sedang sakit tenat. Saidatina Aisyah binti Abu Bakr datang bertemu dengan ayahanda kesayangannya.
Saidina Abu Bakr bertanya, “Hari apa Rasulullah Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam wafat ya?”
Aisyah menjawab, “Hari Isnin.”
Beliau bertanya lagi, “Hari ini hari apa?”
Aisyah menjawab, “Hari Isnin.”
Abu Bakr berkata, “Saya harap, saya dapat ‘pergi’ antara pagi dan malam ini.”
Lihat bagaimana cintanya Abu Bakr al-Siddiq terhadap Rasulullah sehingga mahu meninggal dunia pun diinginkan sama seperti hari baginda wafat iaitu hari Isnin.
Sumber: Saifuddin Yusof