RasaTeruja & Ulang-ulang Ucap Terima Kasih. Buat Lelaki Ni Terharu Dengan Dua Orang Adiknya!

Share

Membuatkan orang lain bahagia, kita juga akan rasa kebahagiaanya. Apatah lagi jika orang itu adalah adik beradik kita sendiri. Ini sebagaimana rakaman video yang dikongsikan oleh Muhd Hamqa diakuan twitternya.

Apa yang pasti abang ini tidak lokek memberikan hadiah kepada kedua orang adik lelakinya, iaitu set permainan bayblade walaupun hakikatnya permainan tersebut sudah dimiliki oleh kedua-duanya.

Pun begitu, reaksi adik yang menerima pemberian daripada Hamqa  cukup menyentuh hati ramai yang menonton video tersebut.

Hamqa juga selain memberikan kejutan istimewa kepada adik-adiknya, malah turut mendoakan agar adiknya menjadi anak yang soleh dan mengharapkan adik-adiknya rajin belajar.

Rata-rata warganet tumpang rasa seronok dan bangga dengan keikhlasan adik beradik inai di antara satu sama lain. Apatah lagi setelah  setelah melihat reaksi spontan adik kepada Hamqa yang mengucapkan ‘terima kasih abang’ dengan penuh  rasa keterujaan.

Dan ini antara komen-komen positif dan menyentuh hati yang diberikan oleh warganet.

 

sumber : twitter Muhd Hamqa