Membuatkan orang lain bahagia, kita juga akan rasa kebahagiaanya. Apatah lagi jika orang itu adalah adik beradik kita sendiri. Ini sebagaimana rakaman video yang dikongsikan oleh Muhd Hamqa diakuan twitternya.
Apa yang pasti abang ini tidak lokek memberikan hadiah kepada kedua orang adik lelakinya, iaitu set permainan bayblade walaupun hakikatnya permainan tersebut sudah dimiliki oleh kedua-duanya.
Pun begitu, reaksi adik yang menerima pemberian daripada Hamqa cukup menyentuh hati ramai yang menonton video tersebut.
That reaction buat aku terharu ? abang doakan adik2 jadi anak soleh , belajar pandai2 ye ? pic.twitter.com/prISmxfoUU
Hamqa juga selain memberikan kejutan istimewa kepada adik-adiknya, malah turut mendoakan agar adiknya menjadi anak yang soleh dan mengharapkan adik-adiknya rajin belajar.
Ads
Rata-rata warganet tumpang rasa seronok dan bangga dengan keikhlasan adik beradik inai di antara satu sama lain. Apatah lagi setelah setelah melihat reaksi spontan adik kepada Hamqa yang mengucapkan ‘terima kasih abang’ dengan penuh rasa keterujaan.
Dan ini antara komen-komen positif dan menyentuh hati yang diberikan oleh warganet.
Di dalam sesebuah rumah tangga harus saling memberi dan menerima Tidak boleh sekadar satu pihak sahaja. Begitu juga dalam bab menjaga anak-anak. Janganlah sekadar meletakkan tanggung jawab itu pada isteri semata-mata. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak ramai.
Kisah yang dikongsikan oleh Puan Umi Nur Norza wajar menjadi pedoman buat semua pasangan suami isteri.
Lokasi: Klinik Kesihatan (klinik kerajaan).
Seorang ibu menggendong bayi berusia sekitar 4 bulan. Kepala bayi masih terlentok-lentok belum pandai tegak sepenuhnya.
Di tangan kiri, si ibu memimpin anak lelaki berusia lebih kurang setahun setengah.
Di belakang mereka, berlari-lari seorang anak perempuan yang pada anggaran saya berusia 3 tahun.
Dan di belakang sekali, ada anak perempuan paling tua. Paling banyak pun umurnya mungkin 8 tahun.
Si ibu kelihatan sibuk sungguh. Ke sana ke mari membawa kad klinik anak-anaknya. Tudung si ibu sudah senget benget. Bahagian yang sepatutnya berada di dagu sudah jauh pergi ke pipi kanan.
Saya agak usia si ibu dalam 30 tahun. Tetapi kerana lelahnya mengurus anak-anak, kerana kesuntukan masa untuk berdandan dan menjaga badan, dia kelihatan jauh tua daripada usia sebenar.
Anak-anak merengek. Ada yang menjerit. Ada yang sudah terberak di dalam lampin. Terkocoh-kocoh si ibu membawa mereka ke tandas.
Sehingga namanya dipanggil berkali-kali untuk diperiksa suhu badan dan tekanan darah, masih juga tidak muncul.
Usai urusan di tandas, si ibu dan anak-anak terus bergegas ke kaunter pemeriksaan awal. Anak-anak masih merengek dan nampak tidak selesa.
Terdengar perbualan di antara si ibu dengan jururawat. Rupa-rupanya semua anak kecuali yang paling besar itu demam. Sudah 3 hari demam tidak kebah-kebah.
Ketika jururawat bertanya di mana suaminya, dia hanya tersenyum kelat.
Nombor giliran mereka dipanggil untuk ke bilik doktor. Anak perempuan yang paling tua (yang tidak demam ) duduk di kerusi sebelah saya. Saya hadiahkan senyuman. Dia kelihatan malu-malu.
“Datang naik apa ramai-ramai?”
“Naik kereta.”
“Ohh, masa mak bawak kereta, awak pegang baby ya. Bagus kakak.”
“Taklah acik, ayah bawak kereta.”
“Mana ayah?”
“Ayah ada tunggu dalam kereta. Main fon.”
Ohhh…
“Ayah tak nak tolong mak bawak adik-adik jumpa doktor ke? Kesian mak sorang-sorang bawak adik ramai.”
“Tak. Ayah tak suka dengar adik-adik menangis dan bising-bising. Ayah kata serabut. Ayah kata kakak dah besar boleh tolong mak.”
Allahu.
Cepat besar ya kakak. Banyak benda boleh tolong mak. Banyak sangat ??
#sharingutkpedomanbersama
#credittopuan Umi Nur Norza
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila sentuh bab penyediaan bahan masakan di dapur, memang kadang-kadang buat ibu-ibu pening kepala. Apatah jika mempunyai anak yang ramai, tentu bukan sedikit menu yang harus disediakan dan mestilah memerlukan penggunaan bahan mentah seperti ikan, ayam, bawang dan sebagainya dalam kuantiti yang banyak.
Bila hari-hari kena sediakan ramuan-ramuan untuk memasak, tentu ia sangat meletihkan. Tidak dengan itu, kos membeli bahan-bahan masakan juga tidak dapat dikawal sebab tiada perancangan.
Oleh itu, ikuti perkongsian ibu yang mempunyai anak yang ramai ini dalam mengurus perbelanjaan dapur. Menariknya juga turut dikongsikan cara efektif untuk pastikan ibu berkerjaya sepertinya juga mampu menyediakan menu dengan cepat dan pantas.
Ini perkongsiannya.
Hujung minggu belilah stok untuk 1 minggu ke 2 minggu ke terpulang laaa tp saya cukuplah untuk 1 minggu sahaja…Lepas tu bahagikan siap2lah…packing 1 bekas tu untuk sekali masak sahaja..saya sediakan untuk 8 orang makan…
Tapi macam ikan saya beli fresh ikut hari nak makan sebab almaklumlah duk tepi pantai memang laa mudah nak dapat ikan fresh hehee…tapi kalau korang kat bandar boleh jer beli dan packing macam bahan lain jugak…
Contoh hari ni:
Ayam 4 ekor rm50
Sotong,udang,lala,ikan merah seekor rm74
Semua stok sayur tu tak termasuk bawang rm19.80
Jimatlah kan?
Ini Triknya
2. Isi tu saya perapkan dan boleh jadikan inti kebab,wrap,sate dan lain2 terpulang laaa pada citarasa dan menu anda.
3. Jangan lupa buat skali untuk rencah nasi goreng,mee goreng,mee rebus ke ikutlah menu korang kan. Letak siap2 1 bekas sotong+udang atau isi ayam yang dah siap potong kecik2 dan apa2 jelah.
4. Sayur pulak berubah2 ikut anak tekak. Potong siap2 nanti nak masak campak jer…sampah pun kurang,tangan pun tak kotor dan bekas pun tak banyak kena basuh
Tambahan:
Ada yang komen sayur kalau potong hilang zatnya…huhu terpulang kepada andalah sebenarnya sebab sya mmg 1@2 bekas sehari dah habis dan sayur mmg kena beli lagi bukan stok untuk seminggu pun.
Bawang camne? Bawang kupas siap2 nanti nak guna guna chopper jer kalau anda nak blend siap2 boleh tapi kan kalau lama sangat simpan akan keluar asidnya so tak bagus untuk dalaman kita…jadi kalau nak buat jugak blend dalam kuantiti yang sedikit sebab kalau blend korang guna air kan..so carilah 1 chopper nanti senang tak perlu tambah air….ada lagi 1 cara saya memang ada food processor so bila blend tak perlu guna air. Cili kering pulak buat banyak siap2 nanti nak masak campak ajer jgn lupa letak minyak yer
sumber : Zuera Burn
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebelum ini, penyanyi pop terkenal, Datuk Jamal Abdillah pernah membuat perkongsian di sosial media yang membuka peluang kepada orang ramai sama-sama mencadangkan nama sesuai untuk anggota baharu dalam keluarganya yang bakal tiba tidak lama lagi.
Rentetan daripada itu, Jamal akui kini beliau sedang dilema dalam mencari nama yang sesuai untuk cahaya mata keenamnya.
Memetik laporan BH Online, Jamal memaklumkan bahawa telah menyenaraikan 100 nama yang bersesuaian untuk anak perempuan yang bakal dilahirkan pada April depan.
“Saya masih belum jumpa nama yang menarik minat saya. Kalau nama panjang sangat, tidak berapa sesuai pula. Saya mahu nama anak itu sedap untuk dipanggil.
“Bagaimanapun, nama dipilih mesti membawa makna yang baik. Selain itu, nama Yamani mesti dikekalkan,” jelasnya.
Sehubungan itu, pelantun lagu Gadis Melayu itu dan isterinya akui belum membuat keputusan untuk meletakkan nama anak mereka sehingga kini.
Malah, Jamal juga berharap pemilihan nama dapat selesai sebelum tarikh kelahiran yang tinggal 16 hari sahaja lagi.
“Kami masih buat perbandingan nama yang sudah disenarai dan yang dicadangkan peminat.
“Semestinya kami mahu nama yang membawa makna baik dan sedap disebut. Kalau boleh, saya mahu dapatkan nama untuk anak keempat ini sebelum 1 April depan.
“Saya dan isteri pilih tarikh kelahiran anak keempat ini pada 1 April depan kerana sama dengan tarikh perkahwinan kami,” kongsinya.
Sekadar info, Jamal telah berkahwin dengan Zai Izzati pada 1 April 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2 dan Iskandar Rayyan Yamani, 1.
Dalam pada itu, Jamal juga memiliki dua orang anak lelaki menerusi perkahwinan pertama dan kedua iaitu Osama Yamani,22 dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Sumber: BH Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di