Kadang kala kesibukan berkerja, kita pulang ke rumah pun masih berfikir hal di pejabat.
Anak-anak dan pasangan diabaikan. Hingga sebelum tidur pun masih memikirkan urusan kerja.
Keadaan ini jika berterusan boleh mengakibatkan kita mengalami tekanan tanpa kita sedari.
Rumah – Kerja – Keluarga memang sesuatu yang berbeza. Ini caranya supaya kita dapat bahagikan masa untuk keluarga.
1). Tinggalkan segala kerja apabila anda mahu pulang ke rumah. Jangan sesekali berfikir mahu membawa pulang kerja untuk dihabiskan di rumah. Sekali-sekala mungkin boleh, tetapi JANGAN jadikan kebiasaan. AWAS!
2). Tinggalkan segala emosi yang negatif di tempat kerja (jika ada) daripada di bawa masuk ke dalam rumah. Masuk melalui pintu rumah kita sebagai seorang ibu, bapa, anak, isteri atau seorang suami yang penyayang dan sangat gembira.
3). Berfikir mahu menghabiskan saat yang gembira apabila pulang ke rumah. Sentiasa rasakan rumah adalah tempat yang sangat selesa di muka bumi ini. Sematkan di dalam hati dan fikiran ‘Rumahku, Syurgaku’.
4). Jangan balik lambat daripada tempat kerja kita. Habis masa kerja, terus pulang ke rumah. Tubuh badan kita memerlukan rehat. Hidup kita bukan hanya untuk bekerja. Hal-hal kerja tidak akan pernah habis. Tinggalkan dan sambunglah keesokkan hari.
5). Silent smartphone ketika berada di rumah. Tetapkan masa jika mahu memeriksa smartphone (andai ada berita penting). Contoh, memeriksa smartphone pada pukul 7 malam dan 9 malam selama 10 minit sahaja.
6). Belikan jam loceng di rumah untuk tujuan bangun tidur. Jangan gunakan jam smartphone kita. Ini akan menyebabkan kita memegang smartphone dan scroll tanpa tujuan pada awal pagi melebihi 30 minit.
7). Sejam sebelum tidur, silentkan smartphone atau berhenti memegang smartphone. Ini sangat membantu otak dan minda kita rileks untuk persediaan tidur dan rehat. Tips ini juga untuk mengelakkan insomnia (sukar untuk tidur).
8). Jika stress di tempat kerja, rasa ada beban tidak mampu kita galas. Berceritalah dengan pasangan atau ahli keluarga. Mintalah pendapat mereka. Hanya dengan meluahkan, separuh dari masalah kita berkurangan.
9). Rancang apa kerja yang kita mahu lakukan keesokan hari sebelum pulang ke rumah. Buat list. Rancang juga pukul berapa mahu bangun dan mahu sampai di tempat kerja.
10). Mulakan hari baru dengan penuh semangat. Bangun seawal pagi sebelum subuh. Mandi. Solatlah dengan tenang dan bacalah sedikit Al-Quran. Sebelum ke tempat kerja, peluklah pasangan dan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
Sumber: Norzi Malek
Dari Therapist Untuk Therapy
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club