Selebriti tanah air, Kilafairy berasa puas hati dapat mencurahkan bakti serta menjaga ibunya, Rohana Jalil sepanjang Allahyarham menerima rawatan di Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Selangor sejak April lalu.
Kila atau Syakila Nisa Jahangir Khan, 28, ujar bahawa sebagai anak dia sudah melakukan yang terbaik untuk ibunya dan reda dengan pemergian Rohana.
“Sedih tapi saya ada bersamanya sejak awal sehingga akhir. Alhamdulillah. Dia pergi pun pada hari yang baik, 10 hari yang penting dalam setahun. Kita tahu dia pergi dalam keadaan baik. Saya sentiasa berada di sisinya sepanjang dia menerima rawatan.
“Mungkin disebabkan itu juga saya rasa tenang sebab sebagai anak saya sudah buat yang terbaik, saya tahu dia gembira dan tersenyum. Lega saya,” katanya apabila ditemu ramah oleh mStar.
Kongsi Kila mengenai itu Ketika ditemui selepas sahaja upacara pengebumian arwah ibunya di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya pada Rabu. Dalam pada itu, Kila juga memberitahu bahawa dia akan merindui semua perkara tentang ibunya memandangkan dia merupakan anak yang paling rapat dengan arwah.
Setiap nasihat yang ditinggalkan Allahyarham akan disemat dalam hati selain berjanji akan melaksanakan Hasrat Rohana yang belum kesampaian.
“Masakan dia seperti lontong, laksa…lawak dia, semua tentang dia. Saya memang selalu berdua dengan dia.
“Mama selalu pesan supaya sentiasa berpijak pada tanah, setinggi mana pun saya pergi kalau Nampak orang lebih tua salam dan cium tangan. Pesanan – pesanan seperti itu saya akan pegang selamanya,” ujarnya Bersama wartawan mStar.
Rohana atau Dara Jalil, 68, menghembuskan nafas terakhirnya HCTM kira – kira pukul 11.33 malam pada hari Selasa.
Pengurusnya, Jepun memaklumkan bahawa Rohana berada dalam keadaan stabil pada Isnin lalu, namun keadaan tubuhnya dilaporkan terlalu lemah selepas disahkan menghadapi kebocoran usus.
Kebocoran usus yang dihadapi menyebabkan kuman merebak ke beberapa organ utama seperti paru – paru dan buah pinggang.
Untuk rekod, Rohana telah mendirikan rumah tangga Bersama Jahangir Khan dan dikurniakan dua Cahaya matai aitu Shakira Idoran dan Syakila Nisa atau lebih dikenali dengan Kilafairy.
Sumber: mStar
Baca artikel menarik lain di sini:
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club