Sebagai ibu bapa kita memainkan peranan berperanan dalam mendidik mereka supaya pastikan anak-anak jadi insan berguna.
Justeru, dalam menghadapi zaman yang serba mencabar ini, sebaiknya bekalkan anak-anak dengan Al Quran.
Itu dah jadi satu kewajipan buat kita sebagai mak ayah. Bagi diri kita sendiri, kita kena cari masa untuk cuba bertafakur setiap hari. Rasa tak tenang, tak bahagia dan celaru dengan pelbagai perkara, kita kena periksa diri kita sendiri.
Lima perkara yang dinyatakan Ustazah Norhafizah Musa melalui sebuah program di Tv ini patut kita amalkan.
Lima perkara ni kena renungkan setiap hari terutama selepas solat, ketika kita dalam keadaan bersih hati kerana aura energy positif kita adalah selepas solat dan sebelum kita tidur.
1. Ayat-ayat Quran. Setiap hari baca Quran. Baca walau satu ayat dan tadabbur bagaimana ia mempengaruhi aqidah kita, ibadah kita dan akhlak kita.
2. Pandang apa-apa disekeliling kita dan ingat akan kebesaran ALLAH. Semua tu Allah yang ciptakan!
3. Fokus pada kesyukuran. Celik mata kena syukur belum berada dalam kubur. Syukur hari ni masih lagi hidup, masih lagi boleh bertaubat, masih diberikan peluang tambah amal, masih boleh lihat orang-orang tersayang, masih lagi ada keluarga. Ukur kesyukuran kita.
4. Renungi kesalahan dosa-dosa kita. Ya ALLAH aku ni emosional sangat la. Ya ALLAH aku ni suka mengumpat. Aku ni suka ujub, aku ni suka check in check out, aku ni suka feeling bless feeling ohsem asyik upload FB. Nak puasa pun ambik gambar syukur rezeki sahur hari ni. Nak buka puasa upload gambar syukur ni menu buka puasa aku hari ni. Dah riak takabbur tunjuk amalan kat orang. Tengok balik kita punya posting, kita punya percakapan di FB, IG, Whatsapp ada tak kita ujub, riak, takabbur atau bajet bagus.
5. Renung tanggungjawab kita. Aku ni buat ke tak tanggungjawab aku sebagai seorang anak, sebagai isteri, sebagai suami, sebagai ibubapa, sebagai menantu, sebagai mertua, sebagai majikan, sebagai pekerja.
Lima perkara ni kena renungkan setiap hari terutama selepas solat, ketika kita dalam keadaan bersih hati kerana aura energy positif kita adalah selepas solat dan sebelum kita tidur.
Bila setiap kali kita renung ayat-ayat Allah, kita akan jadi hamba yang taat. Bila tengok apa-apa yang berlaku ingat Allah. Mata hati kita jadi lebih terang bila kita sedar akan kuasa Allah di mana-mana.
Apabila kita bersyukur, kita juga semakin kurang merungut setiap hari. Kalau kita lihat silap dan dosa diri, kita sibuk nak perbaiki diri sendiri, tak ada masa nak tengok berita nak lihat nak cari salah orang.
Kalau kita renungi tanggungjawab kita, kita akan jadi orang yang amanah yang menjalankan tanggungjawab. Insyaallah hidup kita akan jadi lebih tenang dan bahagia.
Nak tahu status hati kita tengok status ketenangan. Kalau kita solat tapi hati tak tenang ada something wrong dengan solat. Ada something dengan solat, takut ada something wrong dengan wudhuk.
Mekap yang tak dicuci dengan sebersihnya menggunakan makeup remover menyebabkan wudhuk tak sah. Wudhuk tak sah mengakibatkan solat tak sah. Bila solat kita Allah tak terima, hati tak tenang, hidup tak bahagia.
Begitu kata Ustazah Norhafizah.
Jadi kita kenalah muhasabah diri dan periksa diri kita setiap hari sepertimana yang disarankan oleh beliau.
Sepuluh ayat ni juga boleh anda amalkan setiap hari untuk jadi insan yang lebih baik. Usahakan diri untuk berubah.
10 Surah Yang Baik Di Amalkan Setiap Hari
1. Surah Al Fatihah – Baca ketika hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan.
2. Surah Yassin – Pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Quran seluruhnya.
3. Surah At Dhuhan -Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita selamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. Surah Al-Waqi’ah -Baca setiap malam, insyaallah tidak akan miskin.
5. Surah Al Khausar -Allah SWT akan mengabulkan hajatnya termasuk rezeki.
6. Surah Al-Khafirun -Perumpamaannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.
7. Surah Al-Mulk – Lepas dari siksa kubur.
8. Surah Al Ikhlas -Terlepas kesusahan duniawi, dimudahkan gelombang sakratulmaut dan dihindarkan dari kegelapan kubur.
9. Surah Al Falaq -Terlindung dari godaan syaitan dan kejahatan manusia.
10. Surah An Nas – Buat hati lebih terang dan dilindungi daripada syaitan dan jin.