Rasa Susah Hati, Senangkan Hati Orang Lain. Rasa Payah Rezeki, Murahkan Rezeki Orang Lain. Ustaz Ini Kongsi Amalan Hidup Lebih Tenang. Deep!

Share

Rasa susah hati? Senangkan hati orang lain. Rasa payah rezeki? Murahkan rezeki orang lain. Rasa terbeban dengan masalah? Selesaikan masalah orang lain.

Ini formula yang Rasulullah SAW ajar kepada kita. Bila kita tolong orang lain, maka Allah akan tolong kita di dunia dan akhirat.

Bila kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita di dunia dan akhirat.

Bila kita menyelesaikan kesulitan pada orang lain, Allah akan menyelesaikan kesulitan kita di dunia dan akhirat.

“Eh, aku pun tak cukup makan, macamana la nak bagi sedekah kat orang lain”.
“Mmm… masalah aku pun tak selesai, nak pergi menyibuk selesai masalah orang lain tu dah kenapa?”
“Manalah aku mampu nak tolong orang. Aku pun orang susah jugak”.
“Susah aku ni dah cukup dah. Tak payah aku nak tambah susah pergi fikir pasal orang lain yang susah”.

Begitulah pemikiran sebahagian daripada kita. Ingat dunia ni dialah yang paling susah. Tak habis-habis fikir pasal diri sendiri saja.

Jangan fikir pasal kita saja. Tengok-tengok juga orang keliling kelalang kita. Tanya apa khabar mereka. Ambil tahu apa keperluan mereka. Walaupun kita sendiri pun susah. Walaupun kita sendiri pun cukup-cukup makan.

Sentiasa membantu 

Gambar sekadar hiasan

Ini formula ajaib yang Nabi SAW ajar kat kita. Makin kita rasa susah, makin banyak kita kena tolong orang. Makin kita rasa tak cukup duit, makin banyak kita kena sedekah.
Makin kita rasa beratnya masalah kita, makin banyak kita permudahkan urusan orang lain.
Kita tak sedar bila kita buat macam tu, penduduk di bumi dan di langit akan doakan kita. Orang yang kita tolong sah-sah akan doakan kita. Malaikat yang melihat dan mencatat, pun akan doakan kita.

Dan kita tak akan pernah menyangka dan tahu, doa siapa di antara semua itu yang Allah akan terima. Doa siapa di antara semua itu yang Allah akan angkat dan kabulkan.
Lebih penting lagi, Allah sendiri dah jamin. Dia akan tolong kita dengan asbab pertolongan kita pada orang lain.

Muhasabah diri

Cubalah.. tak cuba tak tahu kan?
Intai-intai, apa yang boleh kita buat untuk senangkan hati orang sekeliling kita. Apa kita boleh buat untuk mudahkan urusan saudara kita. Apa yang kita boleh buat untuk ringankan kesulitan orang-orang yang berhajat.

Tak banyak sikit pun jadilah. Sebab setiap sen itu Allah kira. Setiap usaha itu Allah kira. Setiap gerak hati, tangan dan kaki itu pun Allah kira.

Buat sekadar kemampuan kita. Nanti lama-lama kita akan seronok dan rasa.
Makin banyak kita tolong orang, makin banyak pula Allah akan tolong kita.
At least, kita akan rasa seronok sangat. Rasa seronok itu sebenarnya ubat bagi penyakit keluh kesah dan susah hati

Selamat pagi semua pencari kebaikan.
Carilah kebaikan di awal pagi. Anda akan happy sehingga ke petang.

Sumber: Khairul Anuar Basri

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

***********************

JOM SERTAI KAMI!

Apa kata alang-alang anak kita tiada aktiviti sepanjang PKPB ini, jom kita pakat anak beranak untuk sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020.

Manalah tahu rezeki anak anda, dapatlah seisi keluarga bercuti di lokasi yang ditawarkan.

Apa perlu buat?

Mudah je, Sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520

*Cara dan syarat boleh lihat di poster