“Rasa Sunyi, Rindu, Menyesal? Ya Pasti Ada…” Anak Umur 2 Bulan Isteri Meninggal, Lelaki Ni Titip Pesanan Buat Suami Isteri!

Share

Bukan mudah untuk menghadam hakikat bahawa insan yang kita sayangi yang diharap dapat sehidup semati sehingga ke akhir hayat, namun akhirnya pergi buat selama-lamanya.

Belum puas berkasih sayang, berkongsi tanggungjawab sudah pun dijemput ilahi.  Perkongsian saudara Faid Noorazmi cukup menyentuh hati. Tatkala usia perkahwinan baru setahun lebih, isteri kesayangan pergi tak kembali.

Kehilangan insan tersayang membuatkan dia hanya mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada satu-satunya buah hati dan cahaya mata yang ditinggalkan sang isteri buat tanda kasih antara mereka.

Bidadari Syurga, Setia Hingga Hujung Nyawa.

Rasa terpanggil, rasa hati bagai dijentik bila buka sosial media sejak kebelakangan ni makin ramai insan yang menerima nasib macam aku. Kehilangan srikandi dunia, dijemput Allah menjadi bidadari syurga di usia muda.

Lebih kurang 3 tahun 6 bulan aku hidup tanpa isteri di sisi dan tempoh ni akan terus berpanjangan selagi hayat di kandung badan.

Kalian semua tahu apa yang aku rasa?

Rasa sunyi? Ye, sunyi yang teramat dalam.

Rasa menyesal? Ye, pasti ada rasa menyesal sebab tak jadi yang terbaik untuk isteri sepanjang waktu hidup dia.

Rasa rindu? Ye, satu perasaan rindu yang teramat sakit yang bagi aku tak ada penghujungnya melainkan syurga.

Sahabat alam maya semua, aku bukan orang yang terlalu berpengalaman dalam menguruskan rumah tangga, aku hanya sempat rasa bahagia bersama lebih kurang 1 tahun 1 bulan. Nikmat kebahagiaan aku ditarik ketika aku masih berumur 24 tahun dan anak aku baru berusia 2 bulan.

Dalam pada itu, saudara Faid turut menitipkan beberapa pesanan buat suami isteri dalam melayari alam rumahtangga bersama.

Sahabat, aku cuma nak sampaikan beberapa pesanan buat kalian yang masih ada & bakal memiliki pasangan 👇🏽

1. Hidupkan suasana “baitul muslim” di dalam rumah. Dirikan solat jemaah, sama-sama mendalami ilmu agama & nasihat menasihati sesama pasangan. Suami nasihat isteri, isteri juga perlu menasihati suami. Dalam rumah tangga, nobody perfect. Sama-sama usaha untuk sempurnakan antara satu sama lain.

2. Ciptalah kenangan seberapa banyak yang mungkin, kerana dengan kenangan itulah akan menjadi tatapan bila salah seorang daripada kalian kembali ke pangkuan pemilik alam.

3. Perbaiki hubungan sekiranya retak ditengah jalan. Kalian mungkin terasa kadang- kadang pasangan itu adalah beban. Tetapi kalian akan terasa sebenarnya dia adalah sumber kekuatan apabila dia hilang selamanya dari kehidupan.

4. Ucapkan kata sayang seikhlas & sekerap mungkin yang boleh kalian ucapkan. Masa dia dah pergi, masa tu nak jerit nak menangis ucap “ I Love You” pon dah tak ada guna.

5. Layankan manja & gedik pasangan. Ini antara benda paling besar yang kalian akan rindu bila pasangan kalian pergi buat selamanya. Mungkin masa hidupnya dia kalian akan rasa menyampah, letih, geram tengok bila dia terlebih manja, tapi percayalah bila dia dah tak ada, kalian akan tanya dalam hati sendiri, siapa lagi nak manja dengan aku? siapa lagi nak tergedik dengan aku? siapa lagi nak bergurau dengan aku? masa tu dah tak ada siapa. Kalau kalian jenis tak melayan karenah manja pasangan, aku tak boleh gambarkan betapa besarnya penyesalan kalian 😭.

6. Makan bersama pasangan. Bagi aku selain bedtime story, duduk makan semeja bersama pasangan merupakan salah satu waktu terbaik untuk kalian menguatkan ikatan kasih sayang bersama. Jangan biarkan pasangan makan berseorangan. Waima kita dah makan di luar atau ada jamuan di tempat kerja, balik rumah duduk semeja, jamahlah makanan yang ada bagi menemani pasangan kita yang menunggu kepulangan kita untuk makan bersama.

7. Sentiasa doa & redha antara sesama pasangan. Ini adalah saham akhirat untuk pasangan kita. In sya Allah dengan doa & redha daridapa kita suami/isteri, pasangan kita akan selamat & bahagia di negeri abadi 😊.

Semoga coretan aku ada manfaat untuk sahabat alam maya terutama yang masih ada pasangan di sisi. Buat sahabat yang senasib dengan aku, aku doakan kalian semua terus tabah, kuat & bahagia di samping anak-anak yang menjadi penyuntik semangat kita. Jagalah amanah daripada pasangan kita itu sebaiknya. Moga dengan redha & sabarnya kita terhadap ujian berat ini, menjadi asbab Allah mengangkat darjat kita semua di syurga nanti.

Aaminn ya Rabbal Alamin.

Sekian, coretan daripada seorang bapa tunggal, Muhammad Faid Bin Noorazmi.


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster