“Rasa Seakan Musang King…” Hanya Sebesar Telapak Tangan, Netizen Tak Sangka Durian Mini Ada Isi!

Share

Sebut aje durian, pastinya kita terbayangkan isi durian yang kekuningan dengan aroma buah yang menyelerakan.

Bayangan buah yang besar dan dengan isi yang tebal pastinya membuatkan ada yang sanggup berhabis ratus ringgit hanya untuk menikmati buah ini.

Namun tahukah anda bahawa buah durian ada bersaiz kecil. Baru-baru ini tular menerusi perkongsian foto menerusi Twitter yang dimuat naik pengguna fendymojo.

Ekorannya itu ramai netizen meluahkan terkejut melihat durian bersaiz mini. Ada yang menyatakan ia seakan rambutan dan seakan ‘keychain!. Ada juga tidak menyangka mempunyai isi di dalamnya.

Bagaimana seorang youtuber daripada Singapura pula menyatakan pendapatnya bahawa durian mini itu mempunyai rasa seakan musang king dan durian D24.

 

 


 

Rasanya seperti rasa D24 dan Mao Shang Wang.”

Dalam pada itu, memetik daripada info sebuah  food detik  durian mini ini didakwa mempunyai rasa yang sedap dan isi yang tebal. Malah dikatakan dapat dibuka dengan mudah. 

Menurut website berkenaan, seorang youtuber berasal dari Singapora membuat ulasan mengenai rasa durian mini yang dikatakan seakan musang king.

“Aromanya mirip seperti aroma durian D24 daripada aroma Mao Shang Wang (Musang King). Jadi, saya prediksi kalau rasanya seperti rasa D24 dan Mao Shang Wang.”

 

“Tak sangka ada isi…”

Sumber: fendymojo & Food Detik