Bila terasa gatal di bahagian kulit, mulalah tangan tu asyik sangat menggaru. Sedar-sedar terasa pedih terluka.

Lazimnya bukan kanak-kanak sahaja yang terdedah dengan kegatalan namun orang dewasa juga tidak terkecuali.

Malah menurut Dr. Kamarul Ariffin, jika ada tanda-tanda lepuhan dibahagian bibir berhampiran hidung serta muka, lazimnya berpunca daripada jangkitan yang turut hadir bersama ulser di mulut dan gusi.

Memahami lagi tentang kudis jenis tersebut, ini perkongsian penuhnya.

“Anak saya ni naik kudis dekat tepi bibir, dengan hidung. Kenapa boleh jadi kudis ni eh, doktor?”

Kalau kudis jenis lepuhan di bibir, berhampiran mulut, hidung serta muka, lazimnya berpunca daripada jangkitan Herpes Simplex Virus type-1 (HSV1). Ia juga boleh hadir bersama ulser di mulut dan gusi.

Rasa Sangat Gatal Di Tepi Bibir & Hidung, Jangan Ambil Ringan Ikut Saranan Dr Ni!

IKLAN

Oleh itu ia juga digelar oral herpes.

Gejala-gejala lain yang mungkin berlaku termasuklah gusi bengkak serta merah, selaput putih pada lidah, bengkak kelenjar leher, demam dan sakit-sakit otot.

HSV1 ini boleh menjangkiti kanak-kanak dan orang dewasa.

Jangkitan HSV1 berlaku melalui cecair dari kudis. Jadi, jika anda atau anak-anak ada kudis ini, elakkan mencium sesiapa. Elakkan juga dari kerap menyentuh kudis, dan kemudian menyentuh orang lain.

IKLAN

Tiada ubat khusus yang boleh menyembuhkan jangkitan virus HSV1 ini, namun doktor akan beri ubat untuk mengurangkan gejala yang ada. Contohnya: salap antiviral, dan paracetamol.

Apa maksud tidak boleh disembuhkan?

Maksudnya jika anda sudah dijangkiti HSV1, dan dirawat sehingga gejalanya hilang, tak bermakna anda sudah bebas dari HSV1. Gejalanya boleh berulang di masa akan datang.

IKLAN

Antara penyebab ia berulang adalah:
Stress
Demam / Tidak sihat
Perubahan hormon(haid/hamil)
Jalani pembedahan
Imuniti terjejas (HIV, kimoterapi, leukemia)
dan lain-lain

Walaupun jangkitan HSV1 ini tidak boleh disembuhkan, ia tidak akan membahayakan nyawa individu yang mempunyai tahap kesihatan yang baik. Maka jagalah kesihatan!

Info tambahan: HSV2 adalah jangkitan virus herpes pada alat kelamin. Ia boleh merebak melalui persetubuhan dan seks oral. Ia juga dipanggil herpes genitalia (kemaluan).

Semoga bermanfaat!

Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI