Sakit pinggang, itu antara apa yang biasa kita rasa bila terlalu lama atau kuat melakukan kerja-kerja mengurus rumah tangga.
Bila kerap menanggung rasa sakit di bahagian pinggang akhirnya membuatkan kita rasa tidak selesa.
Sebelum menjadi lebih kerap kesan sakit yang dirasa, petua orang dulu-dulu ada amalan yang dibuat untuk redakannya dengan menyediakan air rebusan ini.
Nak tahu lanjut ini dikongsikan kaedah penyediaanya dan bolehlah dicuba.
Petua Untuk Mengatasi Sakit Pinggang Yang Mujarab
Anda perlu meminum air halia bercampur sedikit gula yang telah direbus.
Cara penyediaannya :
1. Mula-mula, ambil sepotong halia sebesar ibu jari.
2.Tumbuk halus halia, campurkan dengan 2 gelas air dan sedikit gula. Kemudiannya, rebuslah campuran tadi sampai mendidih.
3.Setelah mendidih, biarkan ia sejuk dulu.
4. Lepas itu barulah anda meminumnya 2 kali sehari. Amalkan selama 2 hari berturut-turut.
Sumber :
Lepas Habis Minum, Buang! Bahaya Guna Semula Botol Air Plastik, Boleh Jejaskan Kesihatan
Dah jadi tabiat, bila beli air botol kat luar, airnya habis botolnya disimpan untuk isi air lain pula. Betul tak? Selalunya perangai ni sering dibuat oleh mak mak, tak pun orang bujang yang duduk di asrama atu rumah sewa. Kan?
Haa tahu tak sebenarnya, tabiat tu salah sama sekali! Nak tahu kenapa salah? Jom tengok jawapan ringkas dan padat dari Hello Doktor ini.
Bahaya guna semula botol air plastik
Anda mungkin terfikir bahawa penggunaan berulang kali botol air plastik boleh mengurangkan pembuangan plastik. Disebalik anda memikirkan hal pencemaran, ada satu isu yang anda mungkin tidak fikirkan dengan baik. Ia adalah isu keselamatan dan kesihatan tubuh anda. Berikut merupakan antara bahaya penggunaan semula botol plastik kepada tubuh.
#1. Tercemar dengan BPA
BPA atau bisphenol-A adalah satu bahan kimia yang banyak digunakan dalam penghasilan produk plastik seperti botol minuman, botol susu dan bekas makanan. BPA yang terdapat dalam botol plastik boleh luntur atau keluar lalu menyebabkan air minuman yang disimpan terdedah kepada BPA.
Ini kesan jika botol digunakan banyak kali atau diisi dengan air panas:
BPA melepaskan nanogram pada kadar 0.2 hingga 0.8 setiap jam. Kandungan BPA ini juga dilepaskan 15 hingga 55 kali lebih cepat jika diisi dengan air panas mendidih, iaitu dengan kadar 8 hingga 32 nanogram sejam.
#2. Pencemaran mikroplastik
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh kumpulan saintis terhadap 259 botol plastik, mereka mendapati bahawa 93% daripada kesemua botol-botol tersebut mempunyai pencemaran mikroplastik.
Murah betul barang mainan anak ni. Nak tengok? Meh klik SINI !
#3. Bahan botol air plastik
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan botol plastik sekali guna dihasilkan daripada polyethylene terephthalate atau ringkasnya PET. Ia selamat untuk digunakan tetapi tidak untuk penggunaan berkali-kali. Ia akan menyebabkan bahan kimia dalam botol plastik ini keluar dan bercampur dengan air minuman anda setiap kali digunakan.
#4. Faktor bakteria
Apabila menggunakan botol plastik berulang kali, ia akan banyak kali bersentuhan dengan mulut dan tangan anda, atau mungkin juga individu lain. Kedua-kedua mulut dan tangan anda merupakan rumah kepada banyak kuman atau bakteria. Memandangkan mulut botol adalah terlalu kecil, ia agak sukar untuk dibersihkan. Oleh itu, tahap kebersihan botol plastik yang digunakan berulang kali adalah sangat diragui.
Bagi tujuan penyimpanan air, adalah lebih baik untuk anda membeli botol minuman yang lebih sesuai. Gunakan botol tanpa BPA atau BPA-free untuk penyimpanan air minuman. Buang semua botol plastik yang telah digunakan berulang kali kerana botol plastik tersebut hanya untuk tujuan sekali guna. Jika ada rakan-rakan anda yang memiliki tabiat seperti Nurul, nasihatinya untuk pertama kali. Jika dia masih tidak hiraukan nasihat anda, cuba buang botol-botol tersebut tanpa pengetahuan dia. Itupun jika anda berani mengambil risiko untuk tidak dimaki hamun.
Sumber : Hello Doktor
Nak macam-macam info? Jom sertai telegram kami di keluargagaderclub
Risau Anak Kerap Hidung Berdarah, Pakar Ini Jelaskan ‘Step’ Mudah Nak Atasi.
Ada orang risau mengapa anak mereka kerap sangat hidung keluar darah. Ada petanda tak elok ke? Kalau berlaku nak buat apa? Ikuti perkongsian Dr Ezairy
Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak ini.
Hidung berdarah pada usia kanak-kanak selalunya, walau tidak semestinya disebabkan oleh masalah sinus atau resdung pada hidung yang tidak terkawal.
Hampir setiap hari bersin, gatal hidung, anak kita pun dok gosok-gosok garu hidungnya, maka pendarahan hidung amat mudah berlaku.
Jika ia berlaku, ibu bapa perlu ingat beberapa langkah ini
✅ Bertenang dan jangan panik
✅ Dudukkan pesakit dan tundukkan kepala pesakit
✅ Picit atau compress hidung pesakit daripada luar. Lakukan langkah ini selama 10-15 minit. Ini akan menghentikan pendarahan
✅ Jangan dongak atau baringkan pesakit. Ini akan menghalang darah keluar ke depan, tetapi ia akan terus mengalirkan darah ke paru-paru. Bahaya!
✅ Letakkan ais di dahi pesakit untuk membantu mengurangkan pendarahan
Jika semua langkah di atas tidak menghentikan pendarahan. Bawa ke hospital dengan segera.
Sumber: Dr Ezairy
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Anak-anak Ada Asma Elok Makan Epal Setiap Hari, Paling Kurang Sebiji
Epal kaya nutrisi dan baik untuk kulit dan tubuh. Kandungan tinggi serat, kaya antioksida dan vitamin C. Buah epal menjadi kegemaran golongan kanak-kanak dan juga dewasa. Teksturnya yang ranggup dan manis membuatkan epal tidak jemu untuk dinikmati.
Menurut laporan kajian kesihatan dari Amerika Syarikat, mendedahkan sebiji epal hijau mengandungi 14 gram (g) karbohidrat manakala epal merah pula 15 g karbohidrat. Pengambilan epal antara pilihan snek sihat yang membekalkan pelbagai khasiat sekiranya diamalkan setiap hari.
Anak-anak Ada Asma Elok Makan Epal Setiap Hari
Untuk pengetahuan ibu bapa, dari aspek kesihatan, buah epal ini dapat membantu anak yang ada asma dan beberapa masalah lain lagi.
Melalui perkongsian Dr Mazliana Mazlan, beliau menasihatkan ibu bapa yang ada anak menghidap asma, boleh berikan epal. Buah epal adalah real food terbaik untuk anak.
Cuba banyakkan buah epal untuk anak yang ada asma. Paling kurang sehari sebiji, untuk kurangkan risiko serangan asma jadi lebih teruk.
Paling Kurang Sebiji
Lagi banyak epal yang anak makan, lagi kurang risiko kekerapan nak dapat serangan asma, insyaAllah.
Dalam epal ada flavonoids. Kandungan inilah yang buat tahap asma anak kita makin baik.
Flavonoids akan mantapkan fungsi paru-paru anak.
Bila ada sesuatu yang trigger asma anak, paru-paru dapat bekerja dengan baik. Maka serangan asma pun akan jarang berlaku, atau tak teruk sangat seperti sebelumnya.
ADA KAJIAN MENYATAKAN IBU MENGANDUNG YANG MENGAMBIL EPAL 4 BIJI SEMINGGU, RISIKO ASMA PADA ANAK YANG DIKANDUNG AKAN BERKURANG LEBIH 37 PERATUS. JADI KALAU ANDA ADA SEJARAH KELUARGA DENGAN MASALAH ALAHAN SEPERTI ASMA, EKZEMA, RESDUNG ATAU PSORIASIS, ADA BAIKNYA JADIKAN EPAL SAHABAT BAIK KETIKA MENGANDUNG.
Dengan izinNya, Insya Allah akan berkurang risiko alahan untuk ‘transfer’ kepada anak. Sama-sama kita cuba banyakkan real food untuk anak-anak ya, lebih kena jaga bila anak ada masalah alahan.
Kredit: Dr Mazliana Mazlan