Melakukan kerja-kerja pembersihan rumah selepas banjir tentunya sangat memenatkan. Maklumlah bukan satu ruang malah satu rumah sama ada bahagian dalam mahu pun luar rumah perlu dibersihkan.

Pastinya ini akan membuatkan badan kita pula merasa sakit-sakit kerana membuat kerja-kerja yang berat.

Namun bila kerja-kerja pembersihan dilakukan sendiri, diakui kita rasa lebih puas hati. Tak kiralah sama ada rumah kita sendiri mahu pun rumah ibu ayah di kampung. Setidak-tidaknya dapat juga kita berbakti pada ibu ayah meringankan beban mereka dengan menyumbang tenaga untuk membersihkan rumah yang  ditenggelami banjir kembali bersih seperti sedia kala.

Begitulah juga yang telah dilakukan oleh Puan Sri Normala Samsudin, 58 apabila baru-baru ini berkesempatan pulang ke kampungnya yang terletak di Kampung Kuing Patah, Buloh Kasap, Segamat Johor untuk menziarahi ibu tercinta dan sekali gus membantu membersihkan rumah yang dinaiki air banjir.

“Rasa Sakit Badan Tapi Puas Hati…”-Normala Samsudin Tak kekok Bersihkan Sendiri Rumah Mak

Langsung Tak Kekok

Apa yang menarik perhatian pengikutnya apabila bekas penyampai berita Buletin Utama dan pengacara NONA ini berkongsi video di instagramnya sedang membersihkan bilik ibunya. Dilihat tidak sedikit pun kekok untuk melakukan kerja-kerja pembersihan meskipun kini berstastus VVIP.

Kerja-kerja pembersihan dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan baginya itu suatu kepuasan untuk melihat rumah yang dihuni oleh ibunya kembali bersih dan kemas.

“Rasa Sakit Badan Tapi Puas Hati…”-Normala Samsudin Tak kekok Bersihkan Sendiri Rumah Mak

Ads

Difahamkan juga bahawa ibunya tidak suka jika orang lain mengemas biliknya melainkan dirinya atau adiknya sahaja.

“Rasa Sakit Badan Tapi Puas Hati…”-Normala Samsudin Tak kekok Bersihkan Sendiri Rumah Mak

“Hampir dah 5 tahun tak spring cleaning dan bersihkan bilik emak. Rasa sakit badan tapi puas hati buat sendiri. Biasalah emak kita memang tak suka kalau orang lain bersih bilik dia, samada adik saya atau saya, kemas lama2 sikit pun takpa… kalau orang lain cuci dia akan jenguk bilik dia 10 kali.”

 

Meninjau diruangan komen rata-rata pengikutnya tumpang rasa bangga dan bahagia melihat Puan Sri Normala membantu ibunya melakukan kerja-kerja membersihkan rumah. Bahkan ramai juga yang turut mendoakan agar diberi kesejahteraan untuk kedua-duanya.

Ads

“Rasa Sakit Badan Tapi Puas Hati…”-Normala Samsudin Tak kekok Bersihkan Sendiri Rumah Mak “Rasa Sakit Badan Tapi Puas Hati…”-Normala Samsudin Tak kekok Bersihkan Sendiri Rumah Mak “Rasa Sakit Badan Tapi Puas Hati…”-Normala Samsudin Tak kekok Bersihkan Sendiri Rumah Mak

Sumber : Ig Normala Samsudin 

Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.

Ads

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Rasa Sakit Badan Tapi Puas Hati…”-Normala Samsudin Tak kekok Bersihkan Sendiri Rumah Mak

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI