“Rasa Ralat Tolak Rezeki Allah.” 4 Tahun Berehat Beri Tumpuan Pada Anak, Linda Hashim Kembali Berlakon!

Share

Lama tidak mendengar perkhabaran pelakon yang satu ini. Selepas berkahwin dan mendapat cahaya mata, Linda Hashim lebih selesa memberi tumpuan kepada anak-anak yang masih kecil sehinggakan sanggup mengorbankan minat dalam bidang seni.

Namun kini, selepas hampir empat tahun menolak pelbagai tawaran lakonan kerana fokus kepada keluarga,isteri kesayangan Beego ini membuat ‘comeback’ dalam sebuah drama berjudul Rindu Yang Hilang.

Linda berkongsi berita tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya. Menurut Linda, dia terbuka hati untuk kembali berlakon memandangkan
anak-anak telah besar di samping kadar bayaran yang ditawarkan juga agak lumayan.

“Almost 4years Tak pegang script..ni semua gara2 @tiharn89 Dan production hebat dikenali ramai @bright_networkl .. sorry kepada producer2 yg sebelum ni ada Tanya date Linda tapi Linda menolak atas sebab nak focus jaga anak2 dulu.tapi bila dah banyak drama yg Linda tolak lately ni bila payment dia pun cecah dlm 5 angka rasa mcm menolak rezeki pula bila Allah bagi.

“org lain sampai Tak Ada kerja nak berkerja…mmg Rasa ralat sangat tolak rezeki Allah bagi dan sedih sangat Tak dapat masuk set jumpa kawan2 lama tp kesiankan anak2 ni so tolak je dulu.

Pemilik nama sebenarnya Nor Hazlinda Hashim ini juga mengakui akan membahagikan masa sebaik-baiknya antara keluarga dan kerjaya.

“tp Kali ni mungkin dah sampai Masa Dan ramai pun dah bertanya Linda bila nak berlakon balik so saya cuba bahagikan masa sebaiknya utk family dan shooting atas bantuan my lovely MIL Dan suami @beego_linda yg sangat memahami.

“semoga Allah permudahkan urusan saya dan kita semua..persoalannya sekarang ni mcm Mana lah rupa acting saya setelah dekat 4 tahun Tak bakon ni???boleh ke idokk….

Linda dan Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah mendirikan rumah tangga  pada 8 Jun 2013.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 6, Anggun Cassandra, 5 dan Indah Camelia, 2.

Sumber: lindabeego

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club