Menjelang hari raya yang bakal disambut tidak berapa hari lagi, pasti ada diantara kita yang melapangkan masa untuk mencuba buat kuih raya bersama anak-anak di rumah.

Salah satu biskut raya wajib cuba tahun ini sudah semestinya Biskut Coklat Rice Viral yang ringkas tapi sedap ini.

Biskut mudah ini dikatakan tengah hangat di laman media sosial dan rata-rata wargamaya mengambil peluang membuatnya sendiri di rumah.

Rasa Premium! Biskut Raya Coklat Rice Viral 2025, Kuih Wajib Waktu Raya!

Pertama kali cuba buat biskut raya coklat viral ni, memang sedap sangat!

Ads

Bahan-bahan:
250g butter/majerin
1 biji telur kuning
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanila

Bahan hiasan:
Coklat masakan
Coklat urai

Rasa Premium! Biskut Raya Coklat Rice Viral 2025, Kuih Wajib Waktu Raya!

 

Ads

Cara penyediaan:
1. Kacau butter dan kuning telur sehingga sebati dengan menggunakan senduk.

2. Masukkan gula halus dan esen vanilla. Kacau lagi.

3. Masukkan pula serbuk koko, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Tambah tepung kalau adunan lembik tetapi jangan terlalu keras. Uli sebati.

Rasa Premium! Biskut Raya Coklat Rice Viral 2025, Kuih Wajib Waktu Raya!

Ads

4. Tekap adunan menggunakan acuan kesukaan dan bakar pada suhu 160°c selama 20 minit (ikut oven masing-masing)

5. Selepas biskut masak, boleh hiaskan dengan coklat masakan yang dicairkan menggunakan kaedah double boil atau microwave kemudian taburkan dengan coklat urai.

Rasa Premium! Biskut Raya Coklat Rice Viral 2025, Kuih Wajib Waktu Raya!

6. Masukkan dalam peti sejuk sekejap supaya coklat tadi membeku. Keluarkan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara.

Wajib cuba!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI