Rasa Nak Bersara Selesa, Buat Perkara Ni Masa Tengah Muda!

Share

Kalau boleh semua antara kita impikan kehidupan makin selesa dan dapat menaikkan kualiti hidup dari masa ke semasa. Secara realitinya, jika masih muda dan sedang bekerja lebih mudah untuk mencapai matlamat tersebut.

Namun bagaimana pula keadaannya bila kita sudah bersara dan tidak lagi berkerja. Bagaimana pula corak kehidupan kita seisi keluarga. Tidak mahu melalui kehidupan yang sukar di saat meniti usia emas, pelbagai persiapan perlu dilakukan pada hari ini.

Nak tahu apa itu, di sini dikongsikan beberapa langkah perlu diambil yang dikongsikan oleh Marliya Ramli semoga ianya bermanfaat dan eloklah kita sediakan payung sebelum hujan agar di hari tua nanti mampu jalani hidup dengan selesa.

POTENSI BAKAL BERSARA SELESA :

1 – Jumlah liabiliti seperti rumah kediaman, kad kredit, personal loan tidak melebihi 30% pendapatan.

2 – Simpanan melebihi 15% hingga 50% daripada pendapatan secara konsisten setiap bulan.

3 – Bebas dan tak perlu bayar semua hutang jahat sebelum usia 35.

4 – Tak punya hobi mahal yang memakan masa yang panjang.

5 – Memiliki sumber pendapatan kedua melebihi 50% daripada gaji bulanan.

6 – Faham perbezaan antara aset dan liabiiti.

7 – Bayaran ansuran kereta tidak melebihi 15% pendapatan bulanan.

8 – Kerap bersedekah walaupun sedikit tapi konsisten. Tunaikan zakat.

9 – Simpanan asas KWSP di akaun 1 melebihi usia yang ditetapkan.

10 – Bonus tahunan tak pernah guna. Simpan, peram atau laburkan.

11 – Memiliki pendapatan pasif wang bekerja untuk wang pada waktu tidur sekalipun.

12 – Fokus kepada potensi diri dan all out berusaha di cabang tersebut.

13 – Modal perniagaan tidak melebihi 10% daripada wang simpanan.

14 – Bertahun-tahun tak pernah usik dana cemas.

15 – Memiliki medical card yang mencukupi untuk menampung kos perubatan 20 tahun lagi.

16 – Tidak terkesan kalau gaji lambat masuk satu dua minggu.

17 – Tidak punya sikap salahkan sesiapa dan berusaha meningkatkan kemampuan kewangan diri.

18 – Hidup di bawah kemampuan. Pendapatan maksima dengan perbelanjaan minima.

19 – Low profile, fokus hal peribadi dan sentiasa menambah kekayaan.

20 – Mempelbagaikan tabung simpanan dalam bentuk wang tunai, hartanah, unit amanah dan emas.

Salam sayang

sumber : Marliya Ramli