Rasa Muruku Lebih Sedap & Rangup, Wanita India Ni Kongsikan Resipi & Mudah Je Nak Buatnya!

Share

Bila tibanya perayaan Deepavali, muruku antara menu istimewa yang dicari ramai. Bahkan muruku sesuai dijadikan kudap-kudapan untuk seisi keluarga pada bila-bila masa.

Oleh itu buat anda yang teringin untuk mencuba membuat sendiri, bolehlah buat seperti resipi yang dikongsikan oleh Pushpalatha Rama Rao ini. Menurutnya resipi muruku ini lebih terasa pedas dan rangup.

“Muruku pedas krispi khas untuk Deepavali! Resepi mak + resepi saya sendiri…memang jadi….mmm….krispi dan rangup! “- tulisnya di group Masak Apa Hari Ni. 

Resepi:
1cawan tepung beras
1/2 cawan tepung kacang kuda
1/4 cawan tepung jagung (saya tambah sendiri)
1/2 sudu kecil jintan kecil ( ditumbuk)
1/2 sudu kecil bijan putih
1/2 sudu kecil bijian omam ditumbuk ( kalau tak dapat tak apa)
Garam secukupnya
1 sudu besar gula
1 sudu besar planta
Air secukupnya
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk ayam (supaya lebih sedap)

Cara Buat :
1. Kacau semua bahan-bahan di atas sampai jadi macam dough chappati.

2. Guna acuan leper untuk hasilkan muruku leper yang panjang dan goreng sehingga kuning keemasan.


3. Campurkan kacang tanah dan daun kari yang digoreng dalam muruku tadi.

Selamat mencuba dan selamat makan

Sumber : Pushpalatha Rama Rao 

 

 

ARTIKEL MENARIK : “Kenderaan Adalah ‘Monster’ Yang Telan Banyak Duit…”-Lelaki Ni Pesan, Ada Betulnya!

LAGI ARTIKEL MENARIK

:Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club