Jika belum ada idea nak masak apa untuk hidangan minum petang hari ini, apa kata buat Som Som Sagu. Memang sangat sedap dan menyelerakan.
Nak tahu cara buatnya, ikuti resipi ini dari opah Mas Cotek . Katanya, dua hari buat anak menantu semua suka.
Ini resipinya.
SOM SOM SAGU /KANJI SOM ~SOM
BAHAN SAGU
1 cwn sagu
3 cwn air
2 helai pandan
sedikit pewarna hijau
CARANYA
~masak air bersama pandan hingga mendidih/masukkan pewarna hijau
~keluarkan pandan
~masukkan sagu
~kacau hingga pekat/masa ni sagu masih bermata ikan
~tuang sagu ke dalam bekas kecil
~ kukus selama 15min sehingga sagu jernih
~sejukkan
*** boleh juga kacau hingga sagu jernih tanpa perlu dikukus
dengan menambah sukatan air
opah x nk lembik sgt jd opah kukus..
BAHAN KANJI SOM~SOM
1/2 cwn tepung beras
4 cwn santan
garam secukup rasa
CARANYA
~satukan kesemua bahan di dalam periuk/sebatikan
~masak hingga hingga pekat dan meletup2 dengan api sederhana
sentiasa dikacau utk mengelakkan berketul ye
~tuang adunan ke atas sagu
~sejukkan
BAHAN AIR GULA
CARANYA
~satukan semua bahan
~masak api sederhana hingga mendidih
~tapis dan sejukkan
~siap
Selamat mencuba!
Kredit: Mas Cotek