Buat yang ketandusan idea untuk memasak apa hari ni boleh cuba resipi yang pernah viral sebelum ini iaitu Ikan siakap masak kengsom.
Resipi ala thai ini memang popular buat mereka yang suka berkuah.
Rasa masam manis pedas ni pastinya akan membuat keluarga menyukai hidangan ini.
IKAN SIAKAP MASAK KENGSOM
Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap
1/2 biji nenas
Kangkung
2 batang serai – ketuk
1 biji limau nipis
Garam
Gula
Bahan kisar:
2 tangkai cili merah
8 tangkai cili padi
1 biji bawang besar – sederhana besar
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1 inci kunyit hidup
Cara cara:
1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2.Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan.
3.Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula.
4.Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang masih rangup.
5.Masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Masakan Thailand, mesti ada masam, manis dan pedas.
Sumber: azie kitchen