
Buat yang ketandusan idea untuk memasak apa hari ni boleh cuba resipi yang pernah viral sebelum ini iaitu Ikan siakap masak kengsom.
Resipi ala thai ini memang popular buat mereka yang suka berkuah.
Rasa masam manis pedas ni pastinya akan membuat keluarga menyukai hidangan ini.
IKAN SIAKAP MASAK KENGSOM
Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap
1/2 biji nenas
Kangkung
2 batang serai – ketuk
1 biji limau nipis
Garam
Gula
Bahan kisar:
2 tangkai cili merah
8 tangkai cili padi
1 biji bawang besar – sederhana besar
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1 inci kunyit hidup
Cara cara:
1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2.Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan.
3.Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula.
4.Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang masih rangup.
5.Masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Masakan Thailand, mesti ada masam, manis dan pedas.
Sumber: azie kitchen
Tip Untuk Ibu-Ibu Pilih Lada Kering Agar Sambal Tumis Cantik Warnanya, Sedap & Tahan Lebih Lama

Sambal tumis memang enak dinikmati bersama nasi lemak, lontong mahupun dimakan bersama nasi putih sahaja.Tak kiralah nak gandingkan dengan lauk apa sahaja, semuanya pasti membuka selera.Bahkan, makan dengan ikan goreng sahaja pun dah mampu buat kita tersandar kekenyangan.
Namun ada cara dan tip tertentu bagi menjadikan sambal tumis cantik warnanya, sedap dan yang paling penting tahan lebih lama.Perkongsian ini oleh blogger masakan terkenal, Azlita Masam Manis.
1.Pemilihan Cili Kering
Sebelum kita membuat sambal atau apa-apa menu masakkan yang berasaskan cili, kita perlulah bijak memilih cili kering yang sesuai. Jika membeli cili kering di pasar,boleh bertanyakan terus kepada penjual mana cili yang pedas dan mana yang tidak pedas.
Namun jika membeli di pasaraya, harus mengenal pasti jenis cili yang sesuai mengikut tahap kepedasan anda.
Merujuk pada gambar di atas, gambar pertama, cili keringnya agak lurus, tidak bertangkai, berwarna merah berkilat. Kebiasannya cili kering ni jenis yang pedas. Jika gemarkan pedas, cili ini paling sesuai dan tidak perlu letak cili yang banyak untuk membuat sambal.
Gambar yang kedua adalah yang biasa di gunakan orang ramai terutamannya peniaga makanan. Cilinya berkerinting, kurus bertangkai dan pudar warnanya. Cili jenis ini memang kurang pedas dan jika tidak tahan pedas boleh menggunakan cili ini.
Cili kering pada gambar ketiga, biasanya boleh dijumpai di sebelah utara dan pantai timur. Cilinya bersaiz besar dan merah menyala, tapi lansung tak pedas. Kalau nak bagi sambal warna merah menyala tapi tak pedas boleh lah guna cili ni. Guna sikit sahaja cilinya dah berwarna merah.
2.Cara Membersihkan Cili Kering
Ada banyak kaedah yang boleh digunakan untuk membersihkan cili kering.Antaranya, potong besar 1 inci dan rendam dalam air hingga kembang. Bila telah kembang cuci bersih cili tersebut. Jangan buang semua biji lada, kisarkan ia sekali untuk menjadikan sambal lebih pedas.
Selain itu, boleh juga gunting cili kering secara memanjang dan buang bijinya. Kemudian cili kering tu di rebus. Anda boleh guna kaedah ini jika jenis yang tak tahan pedas. Sebab bila cili kering dah rebus dan dah dibuang bijinya ia memang tak pedas.
3.Warna Sambal Cantik
Untuk mendapatkan warna sambal yang cantik dan merah menyala, petuanya ialah pastikan masa memotong cili ambil yang berwarna merah sahaja. Buang cili yang berwarna coklat atau kelihatan seperti dah buruk. Ini lah yang menjadi sebab, jika cili tersebut di kisar sekali sambalnya berwarna tak cantik.
Lagi satu, rahsia sambal warna merah cantik ialah gula kena banyak. Sambal yang sedap ianya mesti secukup rasa manis,pedas,masin dan masamnya.Baru lah kaw!
4.Sambal Sedap
Sambal tumis bukan sahaja bergantung pada cili tapi juga pada bawang yang di gunakan. Jika sambal nak sedap gunakan bawang merah kecil, jangan guna bawang besar. Bawang merah kecil ini letak banyak-banyak barulah kuah sambal tu manis dan enak.Jangan lupa masukkan sekali hirisan bawang besar setelah sambal mendidih.
5.Sambal Tahan Lama
Pastikan gunakan minyak yang banyak ketika menumis. Minyak yang banyak akan buatkan sambal tahan lama, berhari-hari walaupun tidak dipanaskan terutamanya sambal ikan bilis.
Masa menumis juga kena lama, supaya bawang dan cili benar-benar garing dan hilang bau atau rasa maung cili.
Selamat Mencuba!
Sumber:norazlitaaziz.blogspot.my
Baru Lepas Makan Berat, Dah Lapar Balik! Makan Snek Ni Buat Kudap, Siap Pakej Antikanser Lagi

Ada orang mulutnya asyik kerja nak mengunyah je! Padahal baru lepas makan berat kot, masih lagi nak kunyah sesuatu.. Kang salah benda makan, bertambah lagi badan dibuatnya. Dah satu hal nak kena turunkan semula…
Melalui perkongsian dari Doktor Rizal Abu Bakar, terdapat satu snek yang bagus untuk penghadaman. Ia bukan sembarangan snek tau. Hal ini kerana, ada banyak kelebihan yang dibekalkan kepada kesihatan badan seperti bersifat antikanser. Jom tengok resepinya di bawah!
CARA KURANGKAN RASA LAPAR SELEPAS MAKAN UTAMA
Macam mana nak kurangkan lapar selepas waktu makan utama? Dan elak makan berlebihan? Jawapannya, ambil snek.
Tapi! Bukan snek segera. Bukan snek frozen seperti sosej, nuget, burger atau cikendes. Ini resepi snek sihat mudah dibuat guna chickpeas.
– Ia bagus untuk penghadaman.
– Bersifat antikanser.
– Rendahkan gula dan kolesterol dalam darah.
– Selain bantu kurangkan selera dan keinginan berjajan makanan tinggi garam.
RESEPI SNEK CHICKPEAS
Bahan-bahannya :-
1 mangkuk c hickpeas (basuh & rendam).
1 sudu makan minyak zaitun extra virgin.
2 sudu teh serbuk cili.
1/3 sudu teh garam Himalaya.
Sedikit madu (untuk salut).
Kulit limau nipis (diparut).
CARA MASAKAN GUNA AIR FRYER:
1. Gaul chickpeas dengan minyak, serbuk cili, madu dan garam.
2. Letakkan kertas bakar dalam bekas air fryer. Tuangkan campuran.
3. Ratakan. Bakar suhu 360°C selama 10 minit atau sampai rangup.
4. Bila dah siap, taburkan kulit limau dan gaul.
Mudah bukan? Sedap pun sedap. Yang penting, banyak nutrien tambahan untuk tubuh. Cubalah.
Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar
Guna Tepung Kek Dalam Ramuan Jemput-jemput, Tip Jadikan Lebih Gebu!

Tidak dinafikan jemput-jemput antara menu paling mudah untuk disediakan. Cukup ada tepung dan ikan bilis pun sudah boleh sediakan jemput-jemput yang ringkas.
Pun begitu, jika inginkan jemput-jemput yang lebih gebu dan lembut, sebenarnya ada beberapa petua.
Selain perlu memasukkan telur di dalam ramuan, tahukah anda pilihan tepung yang digunakan juga memberi kesan untuk hasilkan jemput-jemput yang lebih istimewa dan pastinya nampak gebu.
Lazimnya, tepung yang digunakan adalah tepung gandum. Pun begitu apa kata kali ini cuba gantikannya dengan tepung kek.
Secara ringkasnya, resepi jempot lembut ini ada mengandungi;
Telur – 1 biji
Tepung naik sendiri @ tepung kek – 500 gram
Air secukupnya sampai boleh menjemput (air suam @ air suhu biasa)
Boleh campak apa2 hiasan dan lauk pauk seperti – ikan bilis, udang, daun sup, bawang, ataupon taugeh
Resepi ini valid untuk segala jenis jompot termasuk, Jemput-jemput pisang, Jemput-jemput manis, Jemput-jemput labu
Jemput-jemput sukun dan sebagainya.
Seriously lepas ni tukarkan sahaja tepung gandum dengan tepung kek. InsyaAllah gebu gebas la jemput-jemput anda.
Selamat mencuba.
Sumber : Ummi Hidayah