
Rumah cantik menjadi idaman semua orang terutama wanita. Justeru ramai yang melakukan dekorasi mengikut citarasa.
Salah satu perkongsian dekorasi yang menarik perhatian ramai adalah sebuah kediaman milik Puan Nurrul Atika yang menjadikan warna tema merah jambu atau pink sebagai pilihan utama dekorasi rumahnya. Malah, perkakasan termasuk ruang tamu, dapur dan kamar mengunakan warna yang sama.
Biasanya warna pink adalah warna lembut yang dipilih oleh orang romantis. Gabungan klasik ini akan menjadikan ruang rumah itu kelihatan tenang dan terang.
Biarpuan warna pink dianggap salah satu warna yang paling ‘berbahaya’, kerana tidak semua orang boleh menggunakannya dengan betul. Namun wanita ini berjaya menggabungkan warna merah jambu dengan warna lain hingga setiap ruang kelihatan benar-benar bergaya.
Bagi penggemar warna pink, apa lagi, jadikan dekorasi ini inspirasi buat anda!
RUANG DAPUR
BEKAS SIMPANAN PUN BERWARNA PINK
KAMAR TIDUR DAN ‘WORK STATION’ BERSEBELAHAN
PERKAKASAN MASAK
GABUNGAN WARNA YANG MENJADI PINK DAN PUTIH- RUANG TAMU
KERETA KESAYANG TURUT WARNA PINK
Meninjau diruangan komen, rata-rata memuji kesungguhan wanita ini menghias rumah dengan menggunakan warna tema pink.
Tetarik dengan cara wanita ini, ramai yang bertanya mengenai pelbagai perkakasan yang dibeli oleh wanita berkenaan. Moga perkongsian ini menjadi llham bagi yang sedang mencari mood dekorasi raya.
Selamat mencuba!
Sumber: Instagram eika_atikaa
25 Tahun Kerjaya Dalam Penerbangan, Lelaki Ini Kongsi Cara Bekukan Makanan Lebih Tahan Lama.

Sejak kebenaran merentas negeri ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga.
Salah satu percutian yang menjadi trending kini adalah percutian berkonsepkan perkhemahan.
Bercuti bersama keluarga konsep ‘go green’ ini dengan menikmati pemandangan hijau dengan bunyian kicau burung dan menikmati kesejukan air terjun pastinnya mengamit kenangan manis.
Namun dalam masa yang sama, keperluan makanan harus disediakan dalam tempoh itu. Sehubungan itu, ramai yang membeli kelengkapan untuk memastikan makanan kekal ‘fresh’ dan tak basi.
Nak tahu caranya, ikuti panduan lelaki ini.
CARA AIRLINES BEKUKAN MAKANAN DALAM KAPAL TERBANG. MUNGKIN BOLEH JADIKAN TIPS SEDIKIT YG BERCAMPING..
As salam semua…
Banyak kat sini saya baca tentang cara2 nak bekukan makanan. Saya kongsikan pengalaman saya selama 25thn dlm airlines. Cara bagaimana airlines menjaga tahap makanan supaya tahan hingga bebelas jam dalam kapal.
Contoh seperti satay. Kul-london-kul kita jaga bekukan satay hingga penumpang makan pun rasa macam baru bakar jer keluar panas2 fresh.
Caranya:-
Kita boleh masak makanan apa saja. Masak siap2 di rumah. Ayam masak merah ke, kari ke, daging rendang ke apa saja. Biarkan sejuk sedikit suam2, masukkan dalam plastik mcm kat kedai tu. Ikat ketat2. Masukkan dalam freezer bekukan. Semalaman.
Beli dry ice mcm dlm gambar saya bagi tu. Dry ice ni kena rendam dlm air 5min. Lap kemudian masukkan dlm freezer tempat beku. Bekukan semalaman. Esoknya nak pergi camping keluarkan lauk2 yg dah dibekukan tu juga dry ice sekali. Masukkan lauk2 dlm cooler bag. Selang selikan dry ice juga lauk, lauk ni kita plan la hari pertama nak makan lauk apa? Berapa jenis lauk, jadi mana lauk nak makan dulu letak atas sekali, yg kemudian2 kat bawah2. Permukaan atas sekali letak balik dry ice. Selang seli. Sebab kita nak ratakan kesejukkannya. Insyaallah makanan akan sentiasa beku. Lagi byk dry ice lagi bagus.
Saya buat mcm ni dulu masa terbang ke Buenos Aires Argentina. Tahan selama 16 hari. Cumanya bila singgah di afrika selatan cape town, saya keluarkan makanan bekukan dlm peti sejuk di hotel.
Nak terbang semula ke Argentina saya masukkan balik dry ice yg baru buat mcam yg sama susun.
Kadang lauk tak habis pun sampai balik ke kl makanan elok tak basi dan beku. Insyaallah kalau setakat 3 hari camping tak de masalah. Sama jer mcm ayam perap daging perap nak barbecue tu, masukkan dalam plastik yg boleh seal tu susun dgn dry ice. Insyaallah ok.
Cuma yg goreng2 tu elok lah masak kat khemah. Ikan atau ayam goreng. Nak mcam kfc beli jer ayam goreng bertepung tu kat lotus. Sedap! Masukkan sekali dalam cooler bag tu. Anak2 pun suka makan. Sayur sayuran saya tak galakkan sebab nanti kena dry ice dia layu. Kuat tau dry ice ni. Berasap2 sejuk dia. Kalau pegang lelama boleh melecur jari. Pkai gloove. 30 sec pegang pun rasa kebas jari.
Mcm tu jugalah kami buat bekukan satay dlm kapal letak dlm cooler beg. Kuah pun sama. Ketuk pakai hammer tak pecah kuah tu keras. Simpan dlm foil. Penumpang Nak makan panaskan jer.
So inilah perkongsian pengalaman saya. Saya pun baru lagi dlm bidang camping ni. Pelbagai cara org buat nak jaga kualiti makanan supaya tak basi atau berbau. Ikut keselesaan masing2. Malah dry ice ni jgn buang. Sebab dia recycle boleh guna balik. Airlines pun tak buang. Kami simpan balik. So jimat kos. Bila dry ice tu tak beku dia kempis balik. So rendam balik dlm air buat mcm kita guna mula2. Dia gelembung balik. Tahap beku dia minus dry ice ni. Bukan 0 darjah. Lagi sejuk.
Kalau nak masak lauk2 semula boleh didihkan air, tutup api, rendam lauk yg di ikat dlm plastik tu dalam air panas tu beberapa minit. Kalau daging barbecue pun sama rendam sekejap yg dlm plastik kita letak tu. Make sure plastik tak masuk air ikat getah betul. Pakai plastik org niaga lauk tu. Ni tak bocor. Dia akan hilang beku pelahan. Saya dulu kami buka air paip sink di hotel sebab ada yg panas tu kan. So kita rendam dlm sink hotel. Dah cair terus masuk dlm cooker kita panaskan. So yg dlm2 tu insyaallah hilang beku dia. Daging2 barbecue pun buat mcm ni rendam dulu. Bukan terus keluarkan dan masak. Memang nanti luar masak dlm tak.
Sekiranya kekurangan saya mohon maaf. Sekadar berkongsi saja. Dry ice murah la sangat. Hehe.. Kat shopee jer saya beli dengan cooler bag. Maaf saya bukan penjual.
Dry ice
https://shp.ee/t4wszpj
Member Hj Md Sirat https://www.facebook.com/113564306677093/posts/199160434784146/
(sahabat kita ni ada jual dryice)
Yg ni original dry ice
Cooler bag
https://shp.ee/8tbq4mj
Link saya letak siap2. Sebab nanti ada dok tanya2 kan. Dry ice tu boleh gunting2 ikut la nak besar mana. Jgn gunting tempat salah nanti bocor. Semoga memberi manfaat. Ilmu tak seberapa ni.
Sumber:Asri Ahmad
Menghargai Isteri, En Suami Ni Pesan Dekat Lelaki Lain Untuk Sama-sama Lakukannya. Memang Terbaik!

Secara zahirnya apabila seorang isteri melahirkan anak, itu bermakna dia sanggup berkorban nyawa untuk suaminya demi melahirkan anak penyambung zuriat. Bayangkanlah betapa sukar dan kepayahan yang dilalui dan apa yang nyata, begitu besar pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri ini.
Menyedari hal ini, terpanggil seorang lelaki yang juga merupakan suami untuk menyeru lelaki-lelaki lain agar menghargai pengorbanan wanita yang bergelar isteri. Ayuh kita baca isi hatinya agar dapat menjentik hati lebih ramai suami agar tahu hargai isteri mereka.
HARGAI ISTERI
Saya selalu pesan kepada adik dan kawan-kawan lelaki. Hargai isteri walau apa pun terjadi. Jangan kerana sedikit kelemahan mereka, kita melihat kelebihan ada pada perempuan lain. Kadang-kadang belum tentu perempuan lain dapat bahagiakan kita sebagaimana isteri kita lakukan sekarang. Isteri yang ada sekarang ‘pernah mati’ untuk kita.
Mereka tiada sesiapa lagi setelah sah bergelar isteri kita. Segala suka duka semuanya diharungi bersama kita. Ada mak ayah menangis setelah anak sah menjadi isteri orang. Menangis gembira dalam masa yang sama, mereka risau dan harap agar kita jaga anak mereka dengan baik.
Saya kesian setiap hari terima mesej masalah rumahtangga, kita dengar suami pukul isteri,mula berkasar terhadap isteri,curangi isteri. Mula tidak sayang isteri, mula ada perempuan lain. Kenapa ada lagi lelaki sanggup ceraikan isteri dan tinggalkan mereka sebatang kara bersama anak-anak semata-mata kerana perempuan lain.
Kita sepatutnya sebagai suami lindungi mereka, bimbing mereka, jaga amanah yang diberikan oleh mak ayah mereka. Sebelum kahwin, semua syarat kita boleh terima. Kenapa setelah kahwin kita lupa segala syarat yang diberikan?
Sebelum kita pukul isteri, tampar isteri. Cuba minta kawan tampar ibu kita. Apa kita rasa? Kalau tak koma, mungkin mati kawan kita itu.
Semua Kerana Allah
Sebab itulah saya pesan kepada remaja sekarang, suka perempuan niat kerana Allah. Jika kita letak hukum Allah dalam cinta kita kepada perempuan, kita akan hargai mereka sampai mati.
Jika kita mahu isteri baik,solehah kita perlu usaha untuk jadi soleh,jadi lelaki yang taat Allah dan Rasul. Perkahwinan bukan hanya diletakkan rasa seronok pada hati sahaja, sebalik ia merangkumi tanggungjawab yang besar.
CINTA perlukan pengorbanan. Sahabat Nabi S.A.W sanggup putus jari, putus tangan, kaki, kepala untuk dapat CINTA Allah. Khadijah r.ha asalnya orang yang sangat kaya, sanggup KORBAN kekayaan demi Allah dan Rasul. Begitulah juga jika kita cinta pasangan kerana Allah. Pimpin keluarga untuk ikut kehendak Allah. Dalam hubungan ketepikan KEHENDAK kita, berusaha tunaikan KEHENDAK pasangan.
Suami isteri setiap hari puji pasangan, ucap terima kasih, sayang, rindu kepada pasangan. Luangkan masa untuk dengar setiap keluhan, masalah pasangan. Jadi pendengar yang setia setiap perkongsian.
Tuan puan. Banyak bagi masa untuk berdoa. Mengadu segalanya kepada Allah, tiada sesiapa pun dapat selesaikan masalah kita kecuali Allah. Tiada siapa pun dapat tenangkan hati kita kecuali Allah. Tiada sesiapa pun dapat bahagiakan kita kecuali Allah.
sumber : Muhammad Hassan
Bahasa Cinta Tak Semestinya Ucapan Dan Hadiah Mahal. Cukup Sekadar Sekeping Thosai Serta Kuahnya. Deep!

Setiap pasangan yang berkahwin sudah pastinya inginkan kehidupan bahagia sehingga till jannah. Hubungan yang terjalin sekian lama sudah tentu ada pasang surutnya, ada suka dukanya. Bak kata perpatah, sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri.
Bagi pasangan yang sudah lama berkahwin, hakikatnya memerlukan bahasa cinta tersendiri agar rumahtangga sentiasa mesra selalu. ‘
Bahasa cinta bukan sekadar pemberian wang ringgit tetapi, apa sahaja yang membuatkan pasangan berasa dihargai dan dicintai.
Sebagaimana perkongsian oleh Pakar Bius ini,Hana Hadzrami yang berpendapat hubungan mesra suami isteri boleh disemamarakkan apabila mempunyai pasangan saling menjaga hati pasangan.
Ikuti perkongsiannya. Sungguh terkesan dalam hati.
Bahasa Cinta
Di sini anda cuma nampak gambar sekeping thosai dengan kuah chutney kelapa. Namun pada saya, ini adalah salah satu daripada bahasa cinta suami untuk saya. Thosai dibeli khas untuk saya sebagai sarapan pagi, usai pulang keletihan on call.
Seorang sahabat pernah memberitahu, suaminya kalau nak tunjuk sayang, dia akan belikan durian. Bukan dengan sejambak bunga atau intan berlian.
Thosai, durian, bunga, dan intan berlian cuma objek yang menyampaikan perasaan. Objek itu akan ditafsirkan sebagai kasih sayang hanya jika si penerima bijak menafsirkan bahasa cinta si pemberi.
Pernah dengar seorang isteri sanggup berpisah dengan suami yang baik dan rajin kerana tergila-gilakan lelaki yang menaburkan wang ringgit dan harta untuknya?
Pernah dengar seorang suami sanggup meninggalkan isteri yang bersusah payah berkorban untuknya hanya tergila-gilakan perempuan genit yang pandai bermanja-manja?
Sebahagian besar sengketa rumahtangga terjadi kerana suami isteri tak pandai menggunakan dan menafsirkan bahasa cinta.
Ada 5 jenis bahasa cinta universal*
antara dua individu (tidak semestinya pasangan hidup saja):
1. Kata-kata penghargaan
2. Pemberian hadiah
3. Pertolongan dan pengorbanan
4. Sentuhan
5. Luangan masa yang berkualiti
Tak semua orang perlukan kelima-lima bahasa cinta untuk merasa bahagia.
Ada orang yang tak hairan dengan pertolongan kerana dia sendiri rajin bekerja namun amat dambakan hadiah dan kata-kata penghargaan daripada pasangannya.
Ada orang yang tak hairan dengan hadiah penghargaan kerana dia sendiri dah kaya, namun amat dambakan sentuhan dan masa berkualiti daripada pasangannya.
Itulah sebab ada orang yang meninggalkan pasangannya kerana dia gagal merasai cinta melalui bahasa yang difahaminya. Mungkin pada dia, cinta bukan dibuktikan dengan kerja kuat dan pengorbanan tetapi melalui hadiah penghargaan.
Tiada dua manusia yang sama. Namun jika kita tahu mentafsirkan bahasa cinta pasangan masing-masing dan mahu pula mempelajari apakah pilihan bahasa cinta pasangan, maka banyak keretakan rumahtangga boleh dielakkan.
Contohnya pada si suami, boleh jadi bahasa cinta pilihannya ialah sentuhan dan khidmat pertolongan. Pada si isteri pula bahasa cinta pilihannya boleh jadi masa yang berkualiti dan kata-kata penghargaan. Maka suami patut perbanyakkan memuji-muji si isteri dan meluangkan masa untuknya. Dan isteri patut beri layanan dan sentuhan manja pada suaminya.
Buat pasangan yang dah bertahun-tahun bersama; jika anda tidak lagi memberi hadiah, mengucapkan penghargaan, meluangkan masa, apatah lagi memberi sentuhan kasih sayang kepada pasangan; usah harap kasih sayang pasangan anda akan terus kekal segar seperti dahulu.
Cinta dalam bahasa arab adalah ‘Hub’. Hub juga bermakna benih.
Benih yang tak diberi air, cahaya dan baja akan kering layu tanpa sempat bercambah.
Maka usah ternganga atau terngadah jika benih yang anda gagal bajai itu melayang jauh dan bercambah di tempat lain yang bersedia memenuhi keperluannya.
***
Akhir sekali, usah hanya kerana pasangan gagal memberikan satu bahasa cinta yang anda mahukan maka anda tinggalkan dia. Jika pasangan rajin menolong buat kerja rumah, suka meluangkan masa bersama anda tetapi berat mulut untuk memuji dan agak kedekut untuk membelikan hadiah; maafkanlah dia.
Mana-mana individu berhidung belang boleh memberikan hadiah mahal dan kata-kata manis. Namun hanya orang yang ikhlas menyayangi anda akan memberikan perkara yang mahal iaitu masa dan tenaganya.
Bersyukurlah dengan yang sedikit, bersabarlah dengan kekurangan, nescaya Tuhan akan menambahkan kebaikan untuk anda.
Sumber: Hana Hadzrami
20 tahun berkahwin. Belum pakar cinta, hanya pakar bius.
*”The Five Love Languages” by Gary Chapman”