Pernahkah anda mengalami masalah sakit tangan kiri dalam tempoh yang lama. Sakit hilang dan kemudian datang balik.
Rasa sakit itu bukan seperti kebas tetapi lebih kepada rasa lenguh2 dan adakalanya terasa semut2 di pangkal tangan dan hujung jari. Ikuti lanjut perkongsian Dr ini mengenai masalah ini.
_________________
Saya berpendapat bahawa puan harus membuat pemeriksaan lengkap bagi kesihatan puan kerana rasa kebas pada tangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Ada disebabkan oleh punca yang ringan dan ada yang disebabkan oleh punca yang lebih serius. Secara amnya rasa kebas dan mencucuk pada anggota badan tidak boleh dipandang ringan.
Salah satu punca masalah ini adalah tanda-tanda awal seseorang itu seseorang itu mengalami masalah saraf hujung atau lebih tepat sistem saraf peripheral. Kerosakan saraf ini disebut sebagai sebagai periferal neuropati. Kerosakan pada saraf akan menyebabkan penghantaran sesuatu isyarat dari hujung jari ke otak akan terjejas.
Kebanyakan punca masalah ini adalah diabetes, dan punca-punca lain adalah tidak mengamalkan gaya hidup kurang sihat seperti minuman beralkohol, merokok dan tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan. Selain itu, ia kerap berlaku pada mereka yang telah meningkat usia atas factor penuaan.
Pekerjaan yang berulang seperti menaip, memasak, duduk terlalu lama, trauma akibat kemalangan, jatuh atau kesan kecederaan sukan boleh menyebabkan masalah seperti ini. Kekurangan vitamin B dan vitamin E juga boleh menjadi punca selain factor genetic genetik dan kesan pengambilan ubat tertentu.
Saya mencadangkan puan mengambil makanan yang mengandungi vitamin B kompleks dan vitamin E untuk mencegah kerosakan saraf dan merawatnya. Antara sumber vitamin ini boleh didapati dalam minyak zaitun, bijirin, daging, sayuran, kentang, susu dan produk tenusu, buah-buahan, kekacang, ikan dan telur.
Kekurangan vitamin B dan vitamin E boleh menyebabkan seseorang mudah rasa penat, lemah otot, mengalami sawan malah boleh memberi kesan mental seperti kemurungan.
Selain itu saya mencadangkan puan melakukan urutan pada bahagian yang sakit menggunakan teknik deep muscle massage. Cara mudah dengan menyapu minyak panas untuk menghangatkan tangan atau kaki. Urut perlahan-lahan mengikut perjalanan saraf dan otot. Jangan biarkan tangan dan kaki terdedah terus kepada suasana yang sejuk seperti pendingin hawa.
Sungguh pun begitu pemeriksaan lebih lengkap perlu dilakukan untuk mengesan penyakit yang lebih serius.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad