Hidup rumah tangga sebenarnya ada banyak jalan untuk kita beramal sekali gus dapat menghapuskan dosa-dosa kecil.
Ini perkara yang kalian boleh buat untuk menceriakan rumah tangga yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Mokhtar.
1. Memandang muka pasangan dengan penuh kasih sayang.
Berapa kali kita melihat muka pasangan kita setiap hari? Iyalah dah asyik skrin henfon kau je yang kena tenung. Kahkah.
Pandang sahaja, lahirkan kembali rasa cinta pada pasangan kalian. Doakan juga mereka dalam hati. Di situ ada rahmat Tuhan buat rumahtangga kita.
2. Memegang tangan pasangan.
Pegang tangan ni biasanya makin lama makin pasangan suami isteri jarang buat. Tak semua tapi kebanyakan. Dulu masa belum kahwin beria pegang, tak mahu lepas.
Awal kahwin pun sama. Tapi dah lama-lama malu katanya. Kau nak malu apa bang. Bini kau lahhh. Kahkah.
Jadi peganglah. Bersilang jari jemari, tersemat cinta abadi. Haa begitu.
Waktu berjalan, waktu tidur, waktu duduk menonton movie. Waktu dia nak masuk bilik air kau lepaskanlah. Kalau nak merindu, eh boleh je. Fatzura kan begitu. Ewahhh.
3. Menyatakan rasa kasih dan rindu buat pasangan.
Iya bukan waktu suami ke bilik air sahaja, tapi selalu. Huhu.
Cuba kalian WhatsApp ke pasangan waktu kerja, kata kalian rindu. Tengok dia balas apa. Tapi apa pun balasan dia, mesej lagi sampai akhirnya dia juga balas dia rindukan kita.
Sweet kan? Perasaan sweet yang halal ini Tuhan suka. Di sinilah keindahan rumahtangga.
4. Belikan hadiah ringkas.
Ikut kemampuan kalian lah. Beli coklat murah pun boleh. Sebut itu hadiah, jadilah dia hadiah. Tak payah tunggu nak kena beli rantai berlian baru nak rasa itu hadiah.
Kita yang menerima hadiah pula, sekali pun cuma sebungkus nasi lemak yang pasangan kita sebut itu hadiah, hargailah.
Saling menghargai itu lah perasaan bahagia.
5. Telefon dan berbual mesra.
Dulu waktu pakai prepaid, telefon selalu. Topup kredit banyak kali pun tak apa. Sekarang sekali bayar, telefon tanpa limit tak pula telefon.
“Entah tak ada apa nak cakap.” Kahkahkah. Semua dah habis cerita ke puan? Haihh.. Banyak benda boleh sembang.
Iya kawan-kawan, rumah tangga ini tiada orang lain yang boleh bentuk dan corakkan melainkan suami isteri itu sendiri.
Jadi perkara utama yang perlu dibentuk adalah diri kita dan pasangan.
Begitulah.
Firdaus Mokhtar,
Selamat beramal.