“Rasa Janggal Sangat, Dulu Sarah & Bibik Urus.” Shuib Persiap Diri Jaga Anak, Ramai Tawar Diri Jadi Ibu Susuan Ayash!

Share

Selepas dua kali melakukan ujian calitan, bayi keempat Shuib disahkan negatif. Namun, Ayash Affan perlu  sekali lagi menjalani ujian calitan.

Pihak hospital juga  memberi tempoh sebulan bagi membenarkan Ayash dibawa pulang ke rumah.

“Sepatutnya saya melawat Ayash, anak-anak asyik bertanyakan mengenai adiknya. Namun, saya tangguhkan dahulu atas saranan doktor bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

“Alhamdulillah, bayi dalam keadaan stabil, malah sudah menjalani ujian saringan COVID-19 sebanyak dua kali dan keputusannya adalah negatif.

“Doakan semoga ujian calitan kali ketiga negatif juga. Insya-Allah, Ayash akan dibenarkan pulang dalam tempoh sebulan jika kesihatannya baik,” kata Shuib lagi.

Selepas pemergian  Siti Sarah, fokus Shuib kini adalah untuk membesarkan anak-anak, lebih-lebih lagi menguruskan bayi kecilnya, Ayash Affan.

“Tidak dinafikan, banyak perkara yang bermain dalam fikiran. Sebagai contoh, saya nak cari jubah untuk anak-anak pun kelam kabut hingga terpanggil nama pembantu rumah yang sudah meninggal dunia.

“Mujur Anak-anak memahami dan mendengar kata. Sekali saya cakap mereka dah ikut, kalau tak dulu nak suruh mandi pun berjam-jam.

Shuib berkata, dia teringat permintaan arwah yang mahunya menjaga anak keempat ini. Sarah pernah memintanya supaya menjaga Ayash termasuklah bangun tengah malam dan menyediakan susu.

“Arwah minta saya menguruskan Ayash buat susu, tukar lampin dan berjaga tengah malam.

“Saya terfikir arwah mesti bantu jika saya tidak boleh bangun. Namun, sebenarnya, arwah memang nak saya jaga Ayash seorang diri apabila meninggalkan saya dan anak-anak.

“Itu belum lagi soal Ayash. Saya baru terfikir bagaimana nak menguruskannya, hari ini. Doktor menyarankan saya membekalkan susu daripada ibu susuan.

“Ayash hanya bergantung dengan susu formula sejak dilahirkan. Perkara inilah membuatkan saya termenung sejenak bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini.

“Walaupun ada yang menawarkan diri memberikan susu ibu, tetapi saya terpaksa memikirkannya apabila membabitkan soal hukum agama.

“Jadi, saya kena berusaha mencari jalan penyelesaian.Walaupun ada yang menawarkan diri memberikan susu ibu, tetapi saya terpaksa memikirkannya apabila membabitkan soal hukum agama,” ujar Shuib lagi.

Sumber: Berita Harian Online


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster