Rasa Enak Dah Macam ‘Restoran Thai Kayangan’, Wanita Ini Kongsi Resipi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai, Yang Ringkas Dan Sedap.

Share

Asyik masak resioi siakap tiga rasa aje, apa kata cuba resipi lain pula tapi berasaskan ikan siakap.

Apa kata cuba resipi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai yang dikongsikan oleh puan Liza Idris yang menunjukan cara memasak hidangan ini.

Jom lihat cara masakan hidangan ini.

Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

Nah resipi “Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai”. Sedap tau. Simple sangat. Bahan pun mudah.

Korang cuba la masak ni. Lain macam sedap tu. Makan je terasa seperti berada di Restoran Thai Kayangan.  Cara masak ada pada caption setiap gambar.

Bahan dan cara penyediaan:

Bersihkan ikan siakap, kelar serong ke belakang. Bedakkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung.

Panaskan minyak, goreng ikan yang dah siap dibedak tadi. Angkat dan ketepikan dulu. Bukan disisihkan.

Bahan buat kuah cukup mudah.

1 biji bawang besar.
5 ulas bawang putih.
3 ke 5 biji cili api.
(Kisar je semua bahan di atas)

2 sudu cili kisar.
2 sudu cuka.
5 sudu kicap biasa.
1 sudu maggie cukup rasa.
Sedikit sayur kubis dan carrot.
Daun sup dan daun ketumbar.

Panaskan minyak dan tumis sampai kekuningan. Saya guna balik sedikit minyak ikan goreng tadi.

Masuk 2 sudu cili kisar. Kacau dan biar cili masak sedikit. Bahasa mudahnya, pecah minyak.

Masuk 5 sudu besar kicap. Ikutla nak lebih pun takpa. Tak dosa pun.

Letak 2 sudu besar cuka. Kacau dan kacau.

Masuk 1 cawan air. Saya letak air dalam pengisar yang ada saki baki bawang tadi. Katanya petua masakan lebih sedap.

Masuk bunga kubis dan carrot. Kacau dan kacau lagi sampai sayur dah lembut sedikit.

Perasakan dengan maggie cukup rasa.

Tabur daun bawang dan ketumbar. Kacau dan kacau lagi. Kalau dalam masakan tak apa, jangan kacau orang sudahla.

Siap!

Simbah atas ikan siakap tadi.

Tabur lagi daun bawang dan ketumbar sebagai penyeri di kala sunyi.

Kena cuba tau resipi ni. Dijamin sedap dan punah diet korang.

Selamat mencuba. Memang sedap!

Sumber: Liza Idris

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club