Memiliki anak istimewa itu kurniaan terindah dari Yang Maha Esa, bukan semua ibu bapa terpilih oleh Tuhan untuk melalui pengalaman tersebut. Bukan sahaja perlu berhadapan dengan masyarakat, bahkan anak-anak lain juga turut merasai situasi ini.
Justeri, pendekatan terbaik harus diambil oleh ibu bapa bagi menerangkan kondisi anak istimewa ini kepada anak-anak yang lain supaya mereka faham dan tidak timbul masalah terutama dalam bab ‘layanan istimewa’ yang diberikan kepada anak istimewa ini.
Dalam satu perkongsian di laman instagram udeyismail, si ayah ini berkongsi kisah anak lelakinya yang sebelum ini tidak sukakan kakaknya, namun segalanya berubah selepas si ayah ini menerangkan keadaan si kakak.
Mesti antara korang kat sini membesar dengan adik,akak, abang yang istimewa kan, waktu kecik kita belum faham, even aku sendiri pon membesar dengan seorang abang yang istimewa, macam mana aku rasa, mungkin indra akan rasa satu hari nanti terhadap kakak dia.
Pernah dia cakap dengan aku, dia tak sayang kakak, lepas tu aku tanya balik.
Ayah : kenapa Indra tak sayang kakak
Indra : Sebab kakak tak boleh cakap
Ayah : bukak akak tak boleh, mungkin ambik masa, kalau la kakak tak boleh cakap, kat syurga nanti pasti kakak cakap, kalau jaga kakak, Allah akan bagi kita syurga tau, kakak ni special, indra pon special juga, kalau indra jaga kakak dengan baik, satu hari dekat pintu syurga nanti, kakak tarik kita masuk.
Dia rasa diri kosong, sepanjang di membesar, kakak tak pernah nak menyapa dia, nak gurau dengan dia, sedangkan orang lain boleh, tapi kakak dia tidak, sebab dia blum faham apa yang akak lalui
Bila ada anak normal selalu kena pesan, takut dia terasa hati, kenapa kakak di lebihkan, selalu kena remind, bila dah faham dia selalu cakap “hagia have autism”.
Sekarang dah nampak dia rasa, dia ada tanggungjawab, akan pimpin kakak masuk kelas, kadang beli apa-apa mesti akan selalu ingat kakak.
Apa yang jadi pada aku ni ada banyak hikmah sebenarnya, seperti aku ckp, rezeki aku dalam bentuk masa, masa selalu jek dengan anak-anak, lagi satu, aku dh tak ada apa lagi yang aku nak kejar, so masa membesarkan anak jek la sekarang ni.