Biarpun rumah tangga sedang diuji, namun sebagai ibu, Puteri Sarah enggan membiarkan hal tersebut diketahui oleh anak-anaknya.
Keputusan itu dibuat demi menjaga hati serta emosi dua anaknya iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 2.
“Anak-anak tak tahu dan saya nak kekalkan begitu.Anak-anak dikelilingi orang-orang yang positif dan jauh dari persekitaran yang toksik. Jadi saya nak kekalkan begitu supaya pembesaran dan emosi mereka terjaga,”katanya.
Sarah berkongsi luahan tersebut menerusi Instagram Storiesnya semasa menjawab pertanyaan seorang pengikut yang bertanyakan tentang hal tersebut.
Akuinya, sebelum ini pernah berdepan dengan situasi gagal mengawal stres sehingga menyebabkan anak-anaknya terkena tempias.
“Dulu, masa awal-awal, saya pun pernah terlepas marah dekat Syaikhul. Kasihan dia. Sampai sekarang, saya rasa diri ini bukan seorang ibu yang baik bila teringat apa yang saya pernah buat.
“Tapi Syaikhul tak ingat. Saya cuba menjadi seorang ibu terbaik buat anak-anak saya. Lama-lama, saya belajar untuk kawal diri. Dekatkan diri dengan orang-orang yang positif.
“Sibukkan diri dengan bekerja, kerja dari rumah pun okey. Keluarkan diri kita dari persekitaran yang toksik itu. Bila saya dah keluar dari persekitaran sebegitu, saya rasa lebih hidup dan gembira,”katanya.
Dalam pada itu, pelakon ini juga berkongsi antara cara untuk cuba melawak stres itu adalah dengan mengaji Al-Quran.
“Bila saya mula mengaji semula pada tahun lepas, jiwa rasa terisi dan kuat. Setiap hari cuba isi walau 20 minit . Dengan mengaji, ia buat hati saya rasa tenang. Saya dapat semula kawal diri dan sedar bahawa dunia ini hanyalah sementara.
“Alhamdulillah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Walau sibuk dengan penggambaran, macam-macam masalah melanda, saya pun dah khatam Al-Quran. Bagi saya, mengaji bantu saya untuk berfikiran waras dan sentiasa positif,”katanya.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah didakwa dilanda masalah hingga mendapat perhatian netizen.
Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: utusan online &puterisarahliyana
ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club