Baru nak relaks di sofa sambil hilangkan penat seharian memasak dan mengmas tetapi tiba-tiba anak-anak bergaduh berebutkan barangan. Habis bersepah kembali barang mainan di sana dan di sini.
Belum ditambah jeritan dan pekikan anak-anak bergaduh. Naik pening dibuatnya lebih-lebih lagi dengan PdPR . Keletihan badan dan minda membuatkan ibu-ibu mudah naik angin. Yang jadi mangsa anak-anak.
Bayangkan jika setiap hari anak dimarahi kerana situasi ini, sudah tentu tidak baik untuk perkembangan emosi mereka.
Dalam satu perkongsian Dr. Siti Ujila Masuri, seorang pensyarah dan juga penulis buku keibubapaan sebelum ini pernah berkongsi tip membantu para ibu menangani situasi ini dengan betul.
“Sebagai manusia, emosi kita tidak menentu. Kadang balik rumah dengan kepala yang kusut, ‘bateri’ tenaga tinggal 10% dan perlu di ‘charge’ segera. Masalahnya baru saja nak charge, rumah sudah terlebih dahulu dilanda ribut taufan. Tuan-puan pun boleh teka apa yang jadi selepas itu.
“Dalam hidup ini, kita cuba melakukan yang terbaik dan bekerja keras namun terkadang kita lupa apakah sebenarnya yang kita inginkan. Jawapannya ada pada ayat ini yang sangat terkesan di hati:
““Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu” Surah Al Fajr ayat 27-30
“Ya Allah, bila baca ayat ini, seolahnya Allah beritahu “whatever you do, all you really want adalah jiwa yang tenang”.
Ads
“Jiwa yang apapun masalah yang datang dalam hidup, orang kata ‘dalam hati ada taman’. Subhanallah, rupanya Allah dah bagi jawapannya dalam Quran. Kita kerja keras, kita besarkan dan didik anak-anak, kita bersolat mengaji, kita bersilaturrahim, semuanya untuk kita mencapai satu pekara:
“Jiwa yang tenang. Hati yang redha dan diredhai. Izinkan saya berkongsi beberapa tip yang mungkin boleh digunakan. Tip yang saya amalkan dan alhamdulillah bonding saya dengan anak-anak kuat walaupun ada masanya saya jadi cikgu disiplin yang garang.
Cuba 5 Tip Ini
Saya percaya, tip ini bukan perkara baru. Sekadar satu perkongsian yang moga-moga bermanfaat buat saya dan para pembaca:
1. Peganglah jawapan yang Allah berikan itu saat kita melangkah kembali ke rumah selepas seharian bekerja. Katakan dalam hati: “I am going to see my loved ones. This is our happy moment“. Kalau boleh, tampal nota di mana-mana sebagai friendly reminder.
Ads
2. Happy moment bukan bermaksud kita tak marah anak. Jika kita perlu tegur kesalahannya, ia mesti dilakukan dan pastikan anak-anak sedar kesilapannya.
3. Tapi bila mood kita OK, ambillah peluang itu sehabis baik untuk katakan pada anak “Sayang mama kat kakak”. Sambil makan bersama atau tengok tv, peluk anak atau sesekali usap kepalanya sambil kita katakan “Sayang anak mama ni”.
Walaupun anak kita masih leka menonton tv saat itu, tapi sebenarnya kata-kata kita itu sampai ke hatinya hingga ia tahu yang ‘mama sayang saya’
4 Bila anak buat perkara yang baik yang menggembirakan kita walaupun sekadar menolong kita mengambil telefon di tingkat atas, pujilah dia sehabis baik “Baiknya anak mama ni, thank you sayang tolong mama. Good sayang. Mesti Allah sayang kakak kan sebab tolong mama ni” sambil picit pipinya yang comel atau hidungnya yang cute.
Ads
5. Carikan satu aktiviti yang kita boleh lakukan bersama dengan anak-anak yang boleh buat kita gelak-gelak bersama. Tanpa perlu keluarkan wang dan tanpa perlu keluar dari rumah.
Contohnya, saya dan anak-anak suka bermain ‘dinasour’ di mana saya akan jadi dinasour yang akan mengejar anak-anak sampai mereka berlari lintang pukang sambil ketawa tak kering gusi dibuatnya.
Saya suka sangat momen ini. Dapat buat 10 minit pun sudah cukup menggembirakan anak. Abahnya pula suka bermain ‘horse’. Abah duduk di kerusi, kemudian anak-anak duduk di kaki abah. Konon-konon masukkan duit syiling 50 sen, tiba-tiba horse bergerak (kaki abah) dan mereka punyalah suka (walaupun bergerak setempat).
Supaya, walaupun ada masanya kita marah…ada masanya kita kurang sabar melayan karenah anak-anak, tapi anak tahu yang kita sayangkan mereka. Kerana ada masanya kita tergelak bersama. Ada masanya kita memeluk dan memujinya.
Tip di atas adalah antara elemen dalam Teknik ADHA (Allah Dalam Hati Anakku). Apabila kita melakukannya, secara automatik kita sendiri akan jadi mak ayah yang “full of love“. Kita yang terlebih dahulu akan menjadi ibu bapa yang mudah menunjukkan kasih sayang, hanya dengan satu teknik yang santai.
“Macam Tak Percaya Je Ada Anak Dara. Nampak Macam Kakak & Adik”-Anne Ngari Throwback Video Anak Kini Remaja!
Perasan tak sekarang ini kita rasa masa begitu cepat berlalu. Pejam celik pejam celik, tiba-tiba sudah sampai di penghujung tahun. Malah anak yang dahulunya kecil, sebegitu pantas masa berlalu hingga tak sedar kini sudah pun meningkat remaja.
Meninjau di akuan Instagram Datin Anne Ngasri, ada dikongsikan video throwback anak perempuannya dari kecil sehingga kini. Posting itu dibuat bersempena meraikan ulangtahun kelahiran Nazharah Sofia yang kini berusia 12 tahun.
Selain berkongsi rangkuman beberapa keping gambar di dalam video tersebut, Anne turut menititipkan ucapan hari lahir kepada anaknya di ruangan kapsyen dengan meluahkan rasa syukur dapat membesarkan anaknya itu dengan baik.
Turut berterima kasih kepada suaminya Datuk Sumali Reduan dan juga bekas suaminya yang juga merupakan bapa kandung kepada Nazhara iaitu Abdul Wafi kerana sentiasa ada untuk Zara walau dalam apa jua keadaanya.
Begitu juga apabila meninjau di akaun Instagram Abdul Wafi juga turut menzahirkan ucapan hari lahir kepada anaknya. Rata-rata ramai memberi komen dengan mendoakan kebaikan untuk anak gadisnya dan ada juga yang mengusik mengatakan wajah anak gadisnya itu copy paste wajah ayahnya.
Usahawan Liana Rosli selamat melahirkan anak keempatnya minggu lalu. Bayi perempuan yang diberi nama Cinta Carissa itu meraih perhatian kerana ramai kerana dikatakan sudah pun mempunyai gigi.
Mesra dengan panggilan Kak KM, dia memuatnaik video di laman Instagramnya yang merakam bentuk gigi dan gusi anaknya yang baru berusia dua hari ketika Itu.Video tersebut meraih perhatian ramai. Berkongsi perasaan ketika itu, Kak KM meluahkan rasa syukur dengan anugerah yang dikurniakan.
“Alhamdulillah anak mama bawak tuah. Hari kedua dah tumbuh gigi,” tulisnya ringkas.
Cinta Carissa dilahirkan secara normal dengan berat 3.80kg.
Untuk rekod selain Cinta, Liana dan suaminya Razman Ramli juga dikurniakan dua anak perempuan serta seorang lelaki iaitu Nabila Razman, 18, Fariz Razman, 14 dan Rania Razman yang berusia 11 tahun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Untuk menjadi pasangan yang terbaik dalam rumah tangga, perlu ada sikap memberi dan menerima. Tidak hanya sebelah pihak yang memainkan peranan sebaliknya suami isteri kena saling bekerjasama barulah rumah tangga bahagia.
Nak beli jiwa isteri bukannya susah, hargainya selalu. Simple tapi percayalah, isteri amat menghargainya.
Gambar hiasan
Demikian juga suami, penat mana sekalipun bila pulang ke rumah disambut senyuman manis dan layanan baik sang isteri pasti hilang segala masalah.
Setenang mana seorang manusia, mesti akan ada hari extra letih, extra tekanan, extra beban dan segala macam ujian. Begitu jugalah dengan pasangan kita.
Oleh itu, ayat sesederhana ‘Awak okay ke?’ pun sudah cukup menenangkan hati sebenarnya. Itu yang dikongsikan oleh puan Intan Dzulkefli.
Gambar hiasan
Ada orang, dia keluar mencari nafkah waktu pagi, pulangnya pula apabila sudah tengah malam. Masuk rumah, disambut dengan wajah isteri yang juga keletihan.
Ya, kita penat. Jangan lupa isteri pun penat. Begitu juga dengan isteri, jangan sewenangnya meremehkan pengorbanan dan kepayahan yang suami hadapi.
Gambar hiasan
Percayalah, kita masing-masing ada struggle dan battle kita setiap hari – baik sebagai suami dan bapa juga sebagai isteri dan ibu. Jadi, jangan lupa berlapang dada dan bersifat ehsan terhadap pasangan kita.
Bila lihat pasangan, sentiasa fikir, banyaknyalah hak-hak mereka yang masih belum kita tunaikan. Barulah dapat timbul rasa keinsafan, rahmah dan belas kasihan.
Ada mulut, bertanyalah. Pujilah. Ada mata, lihatlah kepayahan dan pengorbanan pasangan. Ada hati, jangan lupa bersyukur dengan nikmat pasangan dan anak-anak. Ada tangan, jangan lupa peluk dan belai pasangan. Ada masanya mereka sangat memerlukan sentuhan kita.
Benda-benda basic yang kadang selalu sangat dilupakan. Ya, memang kadang kita seharian sangatlah sibuk dengan tugasan masing-masing. Namun, ambillah 1 saat untuk tatap wajah pasangan dan tanya dia, ‘awak okay tak?‘
Pertanyaan simple ini mungkin bakal menyelamatkan nyawa seseorang yang telah ‘lost’ jauh dalam depresi.
Ambil berat kepada pasangan kita. Please.
#intandzulkefli
#randomthoughts
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.