“Rasa Belum Puas Tatap & Peluk.” Rindu Dunia Lakonan, Farah Nabilah Akui Sukar Berenggang Dengan Anak!

Share

Tiada yang lebih menggembirakan seorang wanita selain dari bergelar ibu.  Bagi pelakon Farah Nabilah, gelaran ibu yang kini disandangnya cukup membahagiakan. Kehadiran Andre Omar  melengkapi rumah tangga yang dibina bersama suami, Mohammed Amirul.

Tidak hairanlah Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 ini dilihat cenderung memperlahankan perjalanan seninya kerana mahu memberi perhatian kepada rumah tangga dan anak yang masih kecil.

Pun begitu, tidak bermakna pelakon yang popular menerusi drama Titian Cinta ini sudah tawar hati atau mahu mengenepikan kerjaya lakonannya.

“Memang ada yang bertanya, saya tak nak berlakon lagi ke? Siapa kata saya tak nak berlakon lagi? Saya memang sudah rindu nak berlakon macam selalu dan beraksi depan kamera. Cuma tunggulah dulu.

Bergelar ibu kepada Andre Omar membuatkan dirinya lebih prihatin dengan keadaan anak berbanding dirinya sendiri. Malah Farah mengakui tugas sebagai seorang ibu tidaklah mudah, bagaimanapun beliau tetap menyukainya.

“I love being a mother, I don’t feel like it’s a chore or a burden but with that being said, still.. it’s not easy, it’s still a tough job. You’ll lose yourself & you’ll learn to lower your expectations about what you can accomplish in a day. Some days it will be all you can do to keep your baby safe, warm, fed and loved.
& I think, thats more than enough. Kan ?”

Disebabkan itu, Farah benar-benar lebih memahami istilah “syurga di bawah tapak kaki ibu”:-

“Now I finally, TRULY understand why syurga dekat bawah tapak kaki ibu. (Kalau tau ni dari kecik tak sanggup nak derhaka dekat Umi )

Dalam pada itu, Farah mengakui turut menerima tawaran untuk berlakon, namun terpaksa ditolak demi anak.

“Tawaran memang banyak, tapi saya terpaksa tolak. Baru sekarang saya memahami perasaan ibu yang tidak boleh berenggang dengan anak mereka. Jujur memang saya belum sanggup berjauhan dengan anak. Rasa macam belum puas menatap dan memeluknya.

“Mungkin selepas raya nanti, sedang elok untuk saya kembali memanaskan enjin dunia lakonan. Ikut rasa hati, sekarang juga nak masuk set penggambaran. Tapi saya terhimpit dengan dilema melihat anak membesar dulu depan mata,” katanya.

Kali terakhir pemilik nama sebenar Farah Nabilah Saipuddin berlakon ialah menerusi telefilem Hantu Ustazah Supiah arahan Hadith Omar.

“Dalam masa sama nak mencari pembantu rumah dan pengasuh zaman sekarang pun bukan mudah. Saya tak nak silap percaturan, akhirnya menyusahkan diri sendiri.

“Lagipun dalam masa sama, saya masih menyusu badan anak. Pendek kata, ada saja ‘halangan’ itu ini, di saat keinginan berlakon itu membuak buak,” katanya.

Dalam pada itu, Farah berkata, anaknya kini sudah pandai mencuri perhatian dia dan suami.

“Sekarang dia (Andre) sudah dalam fasa boleh meniarap dan bergerak ke depan. Kaki sendiri pun dihisapnya.

“Malah kalau diusik, dia pun sudah mula pandai ketawa besar,” katanya.

Sumber: farahnabilahofficial

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub