Tiada yang lebih menggembirakan seorang wanita selain dari bergelar ibu. Bagi pelakon Farah Nabilah, gelaran ibu yang kini disandangnya cukup membahagiakan. Kehadiran Andre Omar melengkapi rumah tangga yang dibina bersama suami, Mohammed Amirul.
Tidak hairanlah Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 ini dilihat cenderung memperlahankan perjalanan seninya kerana mahu memberi perhatian kepada rumah tangga dan anak yang masih kecil.
Pun begitu, tidak bermakna pelakon yang popular menerusi drama Titian Cinta ini sudah tawar hati atau mahu mengenepikan kerjaya lakonannya.
“Memang ada yang bertanya, saya tak nak berlakon lagi ke? Siapa kata saya tak nak berlakon lagi? Saya memang sudah rindu nak berlakon macam selalu dan beraksi depan kamera. Cuma tunggulah dulu.
Bergelar ibu kepada Andre Omar membuatkan dirinya lebih prihatin dengan keadaan anak berbanding dirinya sendiri. Malah Farah mengakui tugas sebagai seorang ibu tidaklah mudah, bagaimanapun beliau tetap menyukainya.
“I love being a mother, I don’t feel like it’s a chore or a burden but with that being said, still.. it’s not easy, it’s still a tough job. You’ll lose yourself & you’ll learn to lower your expectations about what you can accomplish in a day. Some days it will be all you can do to keep your baby safe, warm, fed and loved. & I think, thats more than enough. Kan ?”
Disebabkan itu, Farah benar-benar lebih memahami istilah “syurga di bawah tapak kaki ibu”:-
“Now I finally, TRULY understand why syurga dekat bawah tapak kaki ibu. (Kalau tau ni dari kecik tak sanggup nak derhaka dekat Umi )
Dalam pada itu, Farah mengakui turut menerima tawaran untuk berlakon, namun terpaksa ditolak demi anak.
Ads
“Tawaran memang banyak, tapi saya terpaksa tolak. Baru sekarang saya memahami perasaan ibu yang tidak boleh berenggang dengan anak mereka. Jujur memang saya belum sanggup berjauhan dengan anak. Rasa macam belum puas menatap dan memeluknya.
“Mungkin selepas raya nanti, sedang elok untuk saya kembali memanaskan enjin dunia lakonan. Ikut rasa hati, sekarang juga nak masuk set penggambaran. Tapi saya terhimpit dengan dilema melihat anak membesar dulu depan mata,” katanya.
Kali terakhir pemilik nama sebenar Farah Nabilah Saipuddin berlakon ialah menerusi telefilem Hantu Ustazah Supiah arahan Hadith Omar.
Ads
“Dalam masa sama nak mencari pembantu rumah dan pengasuh zaman sekarang pun bukan mudah. Saya tak nak silap percaturan, akhirnya menyusahkan diri sendiri.
“Lagipun dalam masa sama, saya masih menyusu badan anak. Pendek kata, ada saja ‘halangan’ itu ini, di saat keinginan berlakon itu membuak buak,” katanya.
Dalam pada itu, Farah berkata, anaknya kini sudah pandai mencuri perhatian dia dan suami.
“Sekarang dia (Andre) sudah dalam fasa boleh meniarap dan bergerak ke depan. Kaki sendiri pun dihisapnya.
“Malah kalau diusik, dia pun sudah mula pandai ketawa besar,” katanya.
Bunga lawang yang sering digunakan dalam masakan mempunyai bentuk yang cantik seperti bunga layaknya dan mempunyai aroma yang tersendiri. Selain untuk masakan, rempah ini juga sering digunakan dalam petua orang dulu-dulu umpamanya untuk penjagaan kesihatan dalaman, menyerikan kulit wajah yang kusam dan pelbagai lagi kegunaan bunga lawang ini.
Pun begitu, tahukan anda bunga lawang ini ada yang jenis beracun? Ini sebagaimana perkongsian daripada saintis Dr Suri Roowi berkenaan perkara tersebut. Pendedahan info ini telah menarik perhatian warganet dan buat anda yang belum mengetahuinya, di bawah ini adaperkongsiannya.
Semoga ianya bermanfaat dan menjadikan kita lebih berhati-hati memilih bunga lawang selepas ini.
BUNGA LAWANG ada yang BERACUN?
1. Terdapat 2 jenis bunga lawang iaitu Bunga Lawang Cina dan Bunga Lawang Jepun. Bunga Lawang CINA TIDAK BERACUN manakala Bunga Lawang JEPUN BERACUN.
2.Bunga Lawang Jepun (Rujuk Gambar) mirip Bunga Lawang Cina, tetapi buahnya lebih kecil dan baunya kurang.
3.Bunga lawang Jepun biasa digunakan sebagai racun ikan dan juga racun perosak. Ia juga digunakan untuk mengatasi masalah sakit gigi dan sakit kulit
4.Bahan toksin dalam Bunga Lawang Jepun dikenali sebagai ANISATIN
5.Terdapat kemungkinan produk Bunga Lawang Cina dicemari dengan Bunga Lawang Jepun. Ini kerana, agak sukar membezakan kedua-dua jenis bunga lawang ini menggunakan mata kasar. Satu-satunya cara untuk membezakannya adalah melalui analisis kimia atau dengan melihatnya di bawah mikroskop.
6.Terdapat laporan seorang bayi mengalami masalah serius dan hampir maut setelah diberi minum air bunga lawang. Insiden ini berlaku mungkin disebabkan oleh Bunga Lawang Cina dicemari dengan Bunga Lawang Jepun. Justeru, ELAKKAN memberikan ekstrak air bunga lawang kepada bayi dan kanak-kanak
7.Di Eropah, Bunga Lawang Cina sering digunakan sering dicampurkan dalam minuman teh untuk kurangkan stress. Walaubagaimanapun, terdapat laporan dari Perancis, Sepanyol dan Switzerland menunjukkan peminum air bunga lawang tercemar dengan Bunga Lawang Jepun boleh menyebabkan masalah seperti halusinasi dan loya.
Meninjau di ruangan komen Zaharinah Hussin berpendapat selepas ini sebagai pengguna perlu lebih berhati-hati. Tulisnya “Kena lebih alert lepas ni. Kira bucu bunga lawang. Nampak pelik jer, kita asingkan.”
Begitu juga komen Rose Zeta Jalaluddin, “JazakAllah khyr.. Atas info ni.. Selalu beli je.. Lepas ni kena berhati2..Semoga dirahmati Allah”
Bahkan ramai yang mengucapkan terima kasih kepada Dr Suri Rowwi kerana berkongsi fakta dan info yang bermanfaat. Antaranya seperti Marz Mary. Tulisnya, “Alhamdulillah Moga beri kebaikkan kepada yang membaca info ini. Mubarak Dr. Suri Roowi”
Memikirkan cara bagaimana untuk menambah sumber pendapatan jika anda seorang yang kreatif menggubah dan menghasilkan pelbagai jenis bunga hiasan, apa kata pelbagaikan lagi kemahiran anda dengan mengetahui cara untuk membuat adunan bunga sabun.
Diakui bunga sabun bukan sahaja nampak cantik malah berbau wangi dan bila diletakan sebagai penyeri ruang, turut berfungsi sebagai pewangi udara. Pasti ramai menyukainya!
Untuk itu, di sini dikongsikan resipi untuk hasilkan adunan bunga sabun daripada Hamidah Uda Ahmad. Selamat mencuba!
cexdah nak share resepi doh sabun yang cexdah baru cuba petang tadi.. sesiapa yang teringin nak cuba buat bunga sabun boleh ambik resepi cexdah ni.. cexdah halalkan..
Tak sangka resepi ni simple aje tapi best sangat, doh nya lembut senang nak bentukkan kelopak , tak melekat.. memang best tau..
cexdah Google jer resepi ni kat youtube.. korang jangan susah-susah lagi nak cari resepi kat tempat lain, cexdah kesian kat kawan-kawan yang tak ada duit nak beli resepi.. ada yang jual agak mahal juga, so ambik jer resepi cexdah:
Kediaman yang bersih dan kemas pastinya menjadi penenang jiwa apabila pulang ke rumah.
Bukan sahaja ruang tamu kena kelihatan cantik tetapi setiap sudut rumah perlu kelihatan begitu.
Jika sudah biasa dengan persekitaran yang kemas dan bersih pasti setiap ruang akan di susun atur dengan sempurna.
Begitulah yang dipraktikan oleh puan Farah Fairul yang tinggal di sebuah kuarters polis. Sungguh memiliki ruang yang agak terhad, namun beliau kreatif menjadikan setiap ruang mempunyai fungsi yang sempurna.
Malah beliau telah susun atur ruang yang sempit menjadi ruang yang menarik. Menjadikan balkoni sebagai ruang membersih atau ruang laundry wanita ini telah hias dengan cantik sehingga kelihatan kemas dan sedap mata memandang.
Beliau juga berkongsi gambar sebelum dan selepas. Memang jauh berbeza!
Selanjutnya lihat perkongsian gambar beliau menerusi group Kelab Deko Sebelum & Selepas.
‘Deko mini laundry di yard balkoni rumah kuarters polis’.
SELEPAS
Mesin basuh dan pengering diletakkan bersebelahan. Mudah untuk urusan kerja. Pelengkap hiasan, pokok dalam pasu diletakkan di atas mesin.
Penggunaan rumput tiruan warna hijau penyeri ruang utama menjadikan lebih kemas.
Ruang ini juga jadi tempat penyimpanan penyapu yang disusun kemas.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...